Tuesday 6 August 2013

Day 1 : Banda Acheh


Charming Banda Aceh  (Menjejaki Tsunami; Aceh Bandar Serambi Mekah)

Aku bertolak ke Aceh jam 10.30 dari LCCT. Penerbangan mengambil masa selama sejam setengah.  Pergi balik RM72 tanpa tambang, hanya caj airport tax dan minyak sahaja. Perjalanan adalah pada hari jumaat 26 Julai, 2013. Aku berangkat balik pada 29 Julai 2013.  Aku bercuti bersama cinta dan mak mertua. Kereta saya ditinggalkan di tempat letak kereta dengan caj RM16 sehari di LCCT. Bulan Julai adalah bulan yang sesuai untuk melawat Acheh, sebagaimana dicadangkan di antara bulan Mei sehingga September adalah bulan yang kering untuk Banda Aceh. Saya melawat Aceh di bulan puasa kerana ingin menikmati keenakan masakan tempatan dan merasai semangat ramadhan di Bandar Serambi Mekah ini.  


Kedudukan Banda Acheh di Sumatra
Sumber : www.lonelyplanet.com

Hari Pertama (Jumaat,26 Julai,2013) BANDA ACEH

Saya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandara Sultan Iskandar Muda,Banda Aceh. Banda Aceh adalah ibu kota Aceh. Lapangan terbang itu adalah lapangan yang baru dibina hasil bantuan dunia akibat berkat tsunami. Setibanya saya di sana, saya amat tertarik dengan dua buah kubah yang sangat cantik dan indah seni ukirannya. Tidak pasti akan kewujudannya, saya hanya membiarkan gambaran itu tersimpan di kotak pemikiranku. Seperti yang dikatakan, Keberkatan Tsunami adalah kerana Banda Aceh dibina semula dengan begitu indah dengan bantuan dunia. Disebabkan tsunami 2004 juga telah menamatkan perang saudara dan Aceh diberi kuasa autonomi  untuk menjadi wilayah istimewa di Indonesia.




Hampir 200,000 rakyat Aceh terkorban dalam bencana Tsunami. Rakyat Aceh percaya perang saudara adalah malapetaka yang datang dari Allah dengan kejadian Tsunami. Sebahagian besar rakyat Aceh bangun menentang pemerintah Indonesia yang dikatakan zalim dan inginkan perpisahan daripada Indonesia. Rakyat Aceh ingin membentuk negara mereka sendiri. Selepas kejadian Tsunami gencatan senjata telah berlaku, perjanjian perdamaian telah termeterai pada 15 Ogos 2005. Dengan itu, sektor pelancongan telah bertumbuh dengan pesat sejak itu sekaligus menambahkan pendapatan negara.


Lukisan Gambaran Tsunami

Ketibaan disambut oleh En. Safriya,SE. Pimpinan Hotel Rumoh PMI. A Place to Share. Alamat : Jalan Nyak AdamKamil ll N0 1, Kp.Ateuk Munjeng-Banda Aceh, Indonesia 23224. Paket kami adalah paket wisata ramadhan iaitu hanya Rp299,000 seorang= RM90.  Kamar hotel 2 Malam (AC,TV), 2X sahur dan 2X berbuka Puasa. Mobil dan supir selama 18 jam. Tempat kunjungan yang ditawarkan adalah solat subuh,maghrib,isya,tarawih dan tadarus di Masjid Raya Baiturrahman.  Solat Dzuhur di Masjid Rahmatullah Lampuuk-Lhoknga.  Solat ashar di Masjid Baiturrahim Ulee Lheu. Juga kunjungan ke tempat-tempat wisata. Termasuk dalam pakej kunjungan ke pusat jualan penganan berbuka puasa dan shopping di Hermes Mall dan Pasar Aceh (di atas permintaan).  Secara jujurnya, ini adalah pakej yang terbaik setakat di antara semua negara yang pernah saya lawati setakat ini. Email : income.generating@yahoo.co.id.


 Bahagian Kaunter Hotel Rumoh PMI 

Ruang Atas Hotel Rumoh PMI

Kamar Tidur Kami : Dua Katil Berasingan 

Pemandangan Hotel Rumoh PMI

Pandangan Sisi Hotel Rumoh PMI

Satu lagi tempat penginapan yang menarik untuk dipertimbangkan adalah di laman web : www.Ladinghotelaceh.com. Lading hotel acheh ini berdekatan dengan Masjid Raya Baiturrahman, Pasar Aceh dan  Sungai Aceh, sungai terbesar di Aceh. Email lading hotel aceh : info@ladinghotelaceh.com . Lading hotel terletak di kawasan Peunayong. Kami bersetuju untuk memilih pakej Hotel Rumoh PMI. Cintaku  mengambil pakej Wisata Ramadhan dan maklumat diperolehi dari agoda.com.  Safriya melayan kami sejak ketibaan sehingga berangkat pulang dari Bandar Tsunami.

Selepas check in hotel, kami dibawa ronda-ronda Banda  Aceh dan kami shopping di banda aceh.Saya sempat beli baju koko(Rp100,000=Rm30), baju tradisional aceh dan cinta beli telekung bali (Rp120,000=Rm36)yang bercorak bunga-bungaan fesyen terkini dari Bali. Rasanya lebih murah di Bali. Bulan September,2013 kami akan ke Bali. Dah jatuh cinta, apa nak buat,beli je le.


Kedai DT Diana Textile
Jalan Tgk.Chik Pante Kulu


Baju Koko beli di Kedai DT

Baju Koko Raya : Ukiran Aceh Di Tengah Baju

Telekung Bali : Bunga-bungaan



Pandangan Jualan di Pasar Aceh

Kami sempat bersolat di Mesjid Raya Baiturrahman bersebelahan dengan Pasar Aceh. Masjid ini terletak di pusat Kota Banda Aceh adalah simbol keagamaan, keberanian dan nasionalisme rakyat Aceh. Masjid ini salah satu masjid yang terindah di Indonesia memiliki tujuh kubah, empat menara dan satu menara induk. Saya suka akan keindahan yang disinari lembayung senja dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa dan salah satu objek wisata yang perlu dilawati.


Masjid Raya Baiturrahman


Menara Masjid Raya Baitulrrahman



Di samping itu, kami juga dibawa melawati Ulee Lheue, Pelabuhan untuk ke Pulau Sabang-Weh. Kawasan ini dijadikan kawasan rekreasi santai pada waktu malam. Kawasan ini juga adalah kawasan rekreasi untuk menahan ombak sekiranya tsunami berlaku lagi. Kawasan ini juga mempunyai kuburan massal Ulee Lheue, yang terletak di Jalan Sultan Iskandar Muda, jalan menuju Pelabuhan Ulee Lheue. Sebelum tsunami, lokasi ini merupakan rumah sakit umum Meuraxa,namun ketika tsunami melanda kota Banda Aceh rumah sakit tersebut rosak teruk dan halamannya dijadikan pemakaman bagi korban tsunami.



Di sebelah malam kami kepenatan dan berehat di hotel. Kami berbuka puasa di hotel dengan  pakej yang telah disediakan. Kami dihidangkan dengan masakan aceh.  Salah satu menu yang saya ingat adalah ayam tangkap. Sajian makanan ini sangat terkenal di Aceh, ayam kampung yang digoreng bersama daun rempah yang beraroma harum dan menggugat selera. 


Sumber; www.foodspotting.com 


Ayam Tangkap
Sumber; www.foodspotting.com 

Kuih-Muih Aceh pun sedap dan salah satu kuih yang saya suka adalah timphan.  Kuih tradisional ini dibuat dari tepung kentang dan dibungkus dengan daun pisang.  Isinya dibuat dari inti kelapa yang diberi gula merah dan juga aso kaya(Seri Kayu).

Timphan
Sumber : Resep.acehnet.org

Sahur pula kami disaji dengan nasi Gurih, mirip nasi uduk di Jakarta ataupun mirip nasi lemak di Malaysia dan Singapura. Beranika jenis lauk pauk dimakan bersamanya seperti contoh ayam puyuh,dan tempeh.  Saya suka masakan Aceh!

Nasi Gurih
Sumber : Wengi920.pixnet

21 comments:

  1. Baru tahu kisah di sebalik Tsunami ni.... mereka juga ingin menuntut kebebasan

    ReplyDelete
  2. Sedap weh ayam tangkap tu.

    ReplyDelete
  3. boleh ker emailkan pada saya contact no en. safriyal tour guide di acheh tu.. saya dh bli tiket p acheh this weekend tp xder tour guide pun. tq. (nadawildan.nw@gmail.com)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam....email je yang ada : income.generating@yahoo.co.id. Saya tak tahu mana letaknya no talipon En. Safriyal.

      Delete
    2. En Khairuddin Salam Hangat dan Terimakasih telah memasukkan Hotel RUmoh PMI di Block En. No Contack Saya : +62 811 6859 22 dan Email: safriyal_se@yahoo.co.id

      Delete
    3. Terima kasih En. Safriyal Riyal kerana telah memberikan no contact dan email beliau. Semoga anda terhibur di Acheh nanti.

      Delete

  4. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  5. Macamana cara yg terbaik dan murah jika saya ingin melawat Acheh, jika saya pergi sendiri tanpa pekej elok kah.Jika pergi dgn pekej ada pendpt kata kos mahal?

    ReplyDelete
  6. Kalau nak ambil pakej pun, ambil di Acheh sendiri. Tapt di Pulau Sabang, sewa transport untuk jalan-jalan. Kena round satu pulau. Cuba survey harga terkini. Pasal harga minyak turun naik.. Cuba tanya

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wr. Wb.
    Alhamdulillah... kami sebagai orang Aceh tentunya sangat bangga dan bahagia dengan komentar2 dari Puan2/Tuan2, Rekan2 dan semuanya yang telah berpartisipasi di Blog ini. Kami secara pribadi mengucapkan terima kasih setingginya kepada Pemilik Blog ini yang telah menyediakan satu wadah informasi yang sangat menarik tentang Aceh. Jika Puan2/Tuan2 memerlukan informasi lebih luas lagi tentang Aceh, boleh segera hubungi kami PT. SARDIFA TOUR & TRAVEL – Banda Aceh, Mobil : +62 853 6139 2880, WA +62 812 6988 331, PIN BB 2A3DD196, email : sardifa_travel@yahoo.co.id, InsyaAllah akan kami bantu. Bagi yang membutuhkan PAKET TOUR ACEH DAN SABANG atau Paket Tour Banda Aceh Plus visit PASANTREN/RUMAH ANAK YATIM, dengan harga terjangkau, silakan contact kami atau kunjungi website kami www.tour-aceh.com atau www.sardifatravel.blogspot.com.
    Banyak sudah pengalaman kami melayani Tamu dari Malaysia dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

    Terima kasih, Assalamualaikum wr. Wb.

    Sardifa Ilyas.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.. saya warga Aceh senang bisa berkunjung di blog ini. Terimakasih Pak Khairuddin sudah berkunjung ke Aceh. :)
    kebetulan Hotel PMI dekat dengan rumah saya. hehee.

    Mohamad Lehan: Aceh dulu berperang lawan Indon menuntut kemerdekaan, karena Indon tidak memberi Aceh kebebasan untuk menjalankan agamanya sesuai syariat Islam, dan sumber daya alam Aceh juga dikuras habis sama orang-orang Jakarta. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum
      mau nanya kalau sewa mobil di acheh berapa rupiah ya

      Delete
  9. NICE...
    adei... sib baik tak puasa masa tengah baca ni

    ReplyDelete
  10. memang aceh sgt cantik dimata sy. dan yg pasti budi bhs org aceh sgt lemah lembut dan senang telinga mendengar. mereka tidak kasar.saya udah byk kali kesana mulanya ingin melihat sendiri bagaimana tanah yg pernah diuji allah ini. 5h4m masih rasa tak cukup pertama kali. kebetulan sy punya adik angkat yg belajar diaceh jd diorg nila yg jd tour guide. Dan mulai dari situ tak sangka hingga saat ini sy telah membawa ramai kwn2 utk melancong ke aceh. disebabkan keseronokan sy tak rasa jemu kesana. Dan tanpa sedar sy menjadi tour guide utk kwn2 rapat.So kepada sesiapa yg perlukn pertolongan utk berholiday diaceh boleh saja hubungi sy.Insya allah sy sedia bantu mana yg termampu.Bumi aceh ni bumi yg bertuah.

    ReplyDelete
  11. Assalamulaikum tuan2 dan. saye budak aceh yang pernah berkerja dimalaysia selama 5 tahon .sekarang saye buka perkhitmatan kreta sewa diaceh.bila tuan2 dan puan2 berminat ke aceh bleh call saye. di 081263979828 thanks.

    ReplyDelete
  12. Salam pada Admin

    Mohon maaf saya iklan sikit di blog ini. Kami dari PT. MENARA HOLIDAY menawarkan pakej Percutian Bukittinggi – Padang. Banyak tempat-tempat indah yang dapat kita lawati. Sekiranya tuan dan puan ada rancangan untuk datang kesini, sila coba perkhidmatan dari kami, karna dalam perjalanan tuan dan puan kami siapkan juga insurance untuk memberi kenyamanan dalam perjalanan tuan dan puan. Untuk info tempat-tempat lawatan dan haraga pakej sila contack kami
    Whatsapp : +6285658236999
    Email : menaraholiday88@gmail.com
    Facebook : https://www.facebook.com/menara.holiday.9 ( Menara Holiday )

    Insya allah kami akan memberikan pelayanan yang memuaskan dengan harga yang berbaloi.
    Jom datang Bukittinggi – Padang

    Trims
    Wassalam

    PT. Menara Holiday

    ReplyDelete
  13. sebagai seorang yang separuh berdarah Aceh, sedikit sebanyak kisah di sebalik tragedi tsunami memang sangat meninggalkan kesan dalam diri.

    ReplyDelete
  14. KERETA SEWA BANDA ACEH & SABANG

    Salam... Kepakaran Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Banda Aceh, Sabang,Airport & lain2 tempat. Kami juga menyediakan perkhidmatan sewa kereta dgn pemandu ke tempat shopping, melancong dan sebagainya sekitar Banda Aceh. Utk booking call. +6281263979828
    call. +6281263979828
    whatsapp +6281263979828

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete