Wednesday 21 August 2013

Day 3 : Chiang Mai ( Muang District)


Trip 3 : Chiang Mai (Rose Of the North)
Hari Ketiga (13 Ogos 2013)



Bermain di sekitar Night Bazaar & Sepanjang jalan Thanon Tha Pae
CM terbahagi tiga: Bulatan City CM, Kiri Airport dan Kanan Sungai. 

Assalamualaikum. Selepas solat subuh, kami masak di bilik dengan rice cooker kecil. Jangan lupa bawa international plug or adapter. Bawa sekali extension wire yang ada 2 atau 3 ketul tempat cucuk. Boleh cucuk gajet-gajet anda yang canggih.  Jam 9.00 pagi kami bertolak. Pagi yang terasa mengintai bahagia dari serakan wangian pagi yang mula menghampar kemilau jingga. Bagai seadil mentari yang berbagi cahaya seadil jua kita berbagi rasa. Semoga hari ini akan lebih baik dari semalam serta dipermudahkan segala urusan sepanjang hari. In Shaa Allah,jangan lupa senyuman manis sebagai sedekah kepada sesiapa yang memandang agar hati dan jiwa mereka juga turut bahagia. As true love does not just fill your heart, it over flows into your whole body and soul.

Sebelum bertolak saya menyuruh mamat receptionist menulis dalam bahasa Thai tempat yang kami nak pergi. Kami bercadang ke Wat Phrathat Doi Suthep dan The Bhuping Royal Palace Gardens. Kami bawa ipad juga. Nanti boleh tunjukkan gambar sekiranya tidak memahami tempat tuju kami.


Kami mengambil songthaew berhampiran dengan Tha Phae Gate untuk ke Zoo Chiang Mai. Caj 30 baht. Harga itu memang ditulis di papan tanda di tepi jalan raya. Harga itu harga standard. Dari Zoo Chiang Mai, kami naik songthaew ke Wat Phrathat Doi Suthep. Caj 40 baht. Jalannya bengkak bengkok seperti ular kena palu. Terasa pening dan tak begitu selesa. Nasib baik, Saya bersembang dengan seorang guru dari Poland. Beliau sering bercuti apabila mempunyai cuti yang panjang. Ini mengingatkan saya akan kawan-kawan. Pendek kata, koleksi kawan-kawan adalah mengikut kepentingan seperti berikut :
i)              Yang suka seronok-seronok tak kira masa dan keadaan
ii)             Yang suka menyibuk menyiasat hal peribadi orang
iii)            Yang suka mencari kesempatan nak pinjam wang
iv)           Yang suka mencari peluang minta hp ditopupkan (Kawan fb)
v)            Yang ikhlas berkawan pada saat susah dan senang

Wat Doi Suthep adalah kira-kira 18 km dari bandar Chiang Mai. Dibina pada tahun 1383 pada zaman Lanna Thai dan mempunyai legenda tersendiri. Anda mempunyai pilihan sama ada menaiki kereta kabel (20 baht) atau memanjat 300 anak tangga. Saya cadangkan anda memanjat tangga yang  tidak begitu mencabar langsung. Di sepanjang jalan sebelum memanjat tangga, banyak kedai jualan berhampiran. Saya sempat beli air kelapa 30 baht. Walhal anda boleh beli di Warorot Market dengan harga 10 baht. Tangga berbentuk naga sangat cantik. Anda dicaj 30 baht untuk masuk ke wat. Pemandangan dari wat sangat cantik. Jika tidak ada kabus, dan bernasib baik anda dapat melihat bandar Chiang Mai. 

Jalan Masuk Ke Wat Doi Suthep

Depan Wat Doi Suthep

Cable Car

Masih di Luar Wat Doi Suthep

Jalan menghala ke Bhubing Palace

Jalan menghala ke tangga Naga

Kedai-Kedai sepanjang jalan menghala tangga Naga

Permulaan tangga Naga

Keindahan Naga

Naga Bengkak bengkok

Naga dan Buaya

Tangga yang kurang mencabar

Kepala Ayam badan Anjing

Ayam Anjing 

Begitu kuatnya saya berimaginasi. Ayam Anjing. Adakah? Masa kecil selalu berimaginasi. Naik kereta, tengok bulan dan ingat bulan ikut kita. Lukis burung guna huruf V. Lukis mentari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit. Tutup peti sejuk dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.


 Taman Bunga sebelum masuk ke Wat

Laman Bunga yang cantik

Loceng


Gajah



Garangnya


Ruang Legar melihat bandar Chiang Mai


Loceng


Pepatung Buddha


Taman dalam Wat

Indah tersergam


Sami dan Pengikutnya

Buddha yang dibuat dari Jade


Puncak Wat Doi Suthep


 Indahnya

 Sembahyang


Tulis di atas kain  

Jam 12 tengah hari kami bertolak ke The Bhubing Palace yang terletak kira-kira 4 km dari Wai Doi Suthep. Kami dicaj 30 baht seorang dengan menaiki songthaew.  Istana yang dibina pada tahun 1961 terletak di daerah Muang dan adalah istana musim dingin. Raja Thai akan menginap di Istana itu pada musim dingin untuk melawat penduduk utara Thailand pada musim tersebut. Istana itu ditutup pada pukul 1.00 tengah hari untuk rehat. Kami sempat merayau-rayau di kedai-kedai yang berhampiran di seberang jalan istana. Saya sempat membeli bag galas koala bear dengan setiap satu berharga 250 baht.

 Cintaku

Tiket Booth

Beg Koala Bear

Beg Koala Bear London

Sebelum masuk ke istana pastikan anda mendapat peta Bhubing Palace untuk memudahkan perjalanan anda. Pastikan anda berpakaian sopan seperti mana anda melawati sebuah wat di Thailand. Orang Thai sangat menghormati raja mereka seperti mana mereka menghormati sami-sami Buddha. Orang lelaki dilarang berseluar pendek, nanti anda terpaksa memakai seluar yang longgar  bagaikan badut sarkas. Harga tiket masuk adalah 50 baht.

Peta Bhubing Palace

Perjalanan anda ke dalam taman istana diraja akan bermula seperti berikut dan ikut urutan dari :
i)              Ruen Peek Mai (Log Cabin)
ii)             Ruen Rab Rong
iii)            The Bhubing Palace
iv)           Pha Mon Pavilion and Fern Garden
v)            Water Reservoir
vi)           Phra Tamnak Siri Song Nakornbing
vii)          Phra Tamnak Payak Sathit
viii)         Suan Suwaree
ix)           Hor Phra
.

Terdapat 10 tempat yang boleh anda lawati. Ada tandas awam yang sangat bersih di beberapa perhentian. Ada juga perkhidmatan trolley car. Tema utama taman adalah Rose Garden.  Bunga rose sangat cantik dan beranika jenis serta warna. Ia adalah Queen of flowers. Melihat bunga-bungaan kadang-kadang terasa seperti ada rindu yang masih menggebu. Kadang-kadang terasa seperti ada sayang yang telah hilang.Tiba-tiba ada sesuatu yang berbisik. Mungkin ada sesuatu yang terusik. Apa sekali pun, ada terasa cinta itu lahir dari pergelutan jiwa yang memiliki pertalian rasa untuk saling menyayangi dan memiliki. Tatkala cinta sudah terpatri, kita memperjudikan hati,perasaan, ego dan harga diri. Semua tergambar dalam sekuntum bunga ros yang harum mewangi semerbak taman istana raja.  

Songthaew dan Bhubing Palace

Topi warna warni

 Bhubing Palace

Rent Cloth pasal pakai short

Mari kita berjalan-jalan dalam taman Bhubing Palace. Kita perlu mengikut urutan seperti yang dicadangkan dalam peta yang dibekalkan.  Pertama, kita lawat Ruen Peek Mai( Log cabin).  

 Ruen Peek Mai (Log Cabin)

Queen of Flowers : Ros

  
                                    
Orkid

 Cintaku

 Ros Jingga

 Ros Merah


Kedua, kita lawat Ruen Rab Rong. Dikatakan tempat persinggahan tetamu-tetamu diraja Thai. 


 Royal Guesthouse

Ketiga, kita ke Bhubing Palace. Istana ini tertutup kerana dalam proses pembaikan dan pemuliharaan. Ini adalah istana hinggap raja Thai pada musim dingin.

 The Bhubing Palace


 Mekar berkembang

Keempat, kita akan melawat Pha Mon Pavilion dan Fern Garden. Pokok serta paku pakis ada diantaranya berusia 60 hingga 100 tahun.

 Paku Pakis


 Pha Mon Pavilion


 Cintaku

 Hutan Paku Pakis


 Periuk Belanga 

 Aku yang usang 


 Cinta dan Kegelapan


 Indah berseri 

 Tangga berbunga


Kelima, kita menjelajah ke Water Reservoir. Ini adalah tempat bekalan air bersih untuk istana Bhubing. Tempat ini mempunyai musical fountain yang dinamakan "The Fountain of Celestial Water of People"


 Water Reservoir

 The Fountain of Celestial Water of People

 Cintaku

 Bunga Daisy
  
 Langit Membiru

 Air Menghijau

Awan Membiru

Keenam, kita akan menemui Phra Tamnak Siri Song Nakornbing. Ini adalah bagi peminat yang ingin menggunakan eucalyptus wood sebagai bahan binaan rumah.

Phra Tamnak Eucalyptus

 Pandangan ke Bawah dari Phra Tamnak Eucalyptus

 Pondok di Phra Tamnak Eucalyptus 

Ketujuh, kita akan melawat Phra Tamnak Phrueksa Wisuthikun. Di sini kami dah mula rasa penat kerana terkejar-kejar waktu. Bayangkan masa yang diperuntukan adalah 2 setengah jam. Memang tak cukup kerana alamnya begitu indah buat diri kami.
.
 Phra Tamnak Phrueksa Wisuthikun

 Pandangan depan

Kelapan, Hor Phra iaitu tempat ibadat diraja Thailand. Sampai di sini pun dah pukul 3.30 petang. Dekat masa tutup, itu pun terkejar-kejar. Ada tempat yang kami sekali harung sahaja. Dekat balik kami nak pergi check point pertama pun, Pak Guard suruh exit dengan muka yang garang dan macam gangster. Menyumpah-yumpah saya dengan Pak Guard. Itu pun kami orang muda. Senang cerita, bagi mereka yang tak larat sewa kereta Troli. 

 Hor Phra

 Payung Chiang Mai


Kreatif

 Pokok Senduduk

Jam 3.30 petang istana ditutup dengan rasminya. Waktu lawatan di sebelah pagi adalah dari jam 8.30 hingga 11.30 am. Di sebelah petang dari jam 1 hingga 3.30 petang. Open daily.  Temporary close during royal visit : January – March. Tel :0-5322-3065 atau 0-5321-9932. Masa yang lebih sepatutnya diperuntukan untuk pengunjung melawat taman dengan selesa. Sepatutnya 4 jam. Ini tidak, hanya 2 setengah jam. Pandai-pandailah anda menguruskan masa yang sempit itu. Jadilah superman, supermeng Malaya. Bergurau bro Meng. 

Tha Phae Gate

Kami turun ke Tha Phae Gate dengan songthaew. Caj 100 bath. Perjalanan adalah dari Bhubing Palace, Wat Doi Suthep, Zoo Chiang Mai dan akhir sekali Tha Phae Gate.
Pada sebelah malam, kami singgah ke Kalare Night Market yang tak jauh dari tempat penginapan. Hala kesebelah kiri jalan dari Lannathai Guest House, belok ke kiri apabila sampai ke simpang jalan. Jalan seterusnya dan menghala ke kanan apabila sampai ke simpang sekali lagi. Di situ adalah Kalare Night Market.  Saya sempat beli The Singing Bowl dari Nepal.(The Musical instrument of Nepal). Bowl ini adalah untuk meditasi, muzik, relax dan personal well-being. Saya sempat juga menonton sebuah persembahan tarian tradisonal Thai di Kalare Night Bazaar.  

The Singing Bowl

Apabila saya menulis sesuatu yang berbentuk nasihat, bukan bermakna anda adalah sasaran saya atau anda lebih memerlukannya. Tetapi nasihat tersebut adalah peringatan untuk diri saya terlebih dahulu. Saya bertanggungjawab di atas setiap coretan di hari pembalasan nanti. Bersangka baik itu lebih utama dari bersangka buruk. Moga perjalananan saya memiliki nilai. Perjalanan yang tidak membawa nilai  sama ertinya dengan menafikan keberadaan manusia sebagai makhluk yang membawa sifat-sifat keilahian. Seperti satu perkara yang nyata dalam hidup ini. Setiap orang ada cerita dan kisah silamnya. Setiap orang ada keinginan dan impiannya. Setiap orang ada batas dan sempadannya. Namun begitu, kita sepatutnya tidak terleka untuk menghargai sesuatu hinggalah kita kehilangannya. 











1 comment:

  1. Dah semangat nk stdy pasal chiang mai sb plan nk ke sana during chinese new yr next yr tp tix mahal mlampau. Dkat 1k.. huhu. So cancel la. sayang pula duit nk bayar smp 1K untuk ke Chiang Mai jer.

    ReplyDelete