Monday 19 August 2013

Sesuci Lebaran Ogos 2013

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum..

Syawal menjelang tiba,dengan seikhlas hati, setulus budi,kami sekeluarga memohon ampun dan maaf; di atas kesalahan yang lalu, tanda persaudaraan sesama kita.



30 Ramadhan (7 Ogos,2013) :  Melangkah dari Tg Malim balik Kg di Batak Rabit, Teluk Intan untuk beraya. 


1 Syawal (8 Ogos, 2013) : Raya bersama opah Asiah. Cantik baju Opah diterbang khas dari Aceh.




Bersama Keluarga Yeop pengamal homeopathy yang tinggal di Kg Gajah. Kome sungguh hebat.




Keluarga Ngah Suami Isteri kelulusan kejuruteraan tinggal di Johor Bharu. Keluarga yang mesra.



Keluarga Wan Anjang, Ustaz dan Ustazah kelulusan Universiti Al-Azhar, Mesir. Keluarga yang penuh hubungan silatulrahim dan persahabatan. Itu relationship bukan relationshop.


Anak-anak Uda, mak ayah peniaga yang berjaya. Moga berjaya dunia akhirat. 


Keluarga Pak Chu dan Wan Chu yang masih bergelumang dengan kesarjanaan masing-masing.


Anak-anak mak berhimpun di rumah. Semoga mak berkat usia dan dapat melihat kejayaan anak cucu cicit dan piut dalam meniti perjalanan ke akhirat.  


2 syawal (9 Ogos 2013): Beraya di rumah sanak saudara sebelah mak. Sungguh bergaya belaka.


Bakal Ustaz bakal ke Mesir ingin menjadi pendakwah bebas.Ingin mengikut jejak langkah ayahnya.

                                    

Bergembira di hari raya. Cinta tersorok di belakang tabir. Celah-celah mak bedah.



Naimah digelar deme Najwa latif. Kak Sab tertanya-tanya akan usikan dan gelaran anak-anak buahnya. Adalah rupe katanya.  


Pasangan yang bagaikan pengantin baru walaupun telah berkahwin 1hb June 2012.


Cicit pertama mak, lahir 2012 dari keluarga ngah. Naimah (Najwa Latif)bersama baby comel,Syifaa. Kecomelan yang melampau.


Anak Yong, baby Syifaa baunya bau bedak syurga.Very the girl-girl. Baby pun suka kereta mainan Naim. 


Lawatan ke keluarga sebelah arwah ayah di Sepintas,Sabak Bernam.
Hari sebelum itu,terfikir hati ini teringin benar melawat Kak Utih punya open haus, baju melayu lama tak maut kat bahu, ketat. Kalau mengeliat konfirm koyak, kalau pakai singlet gi beraya ok tak? 


Jambatan Kampung dengan orkid putih yang sungguh cantik dan boleh buat corner boring. 



Orkid air tumbuh indah arah ke rumah kak Utih. Minat sungguh saya. 


Cantik tak? Saya dan Ngah Nassir masing-masing minta sebagai bekalan di hari raya.



Anak-anak buah yang  bakal meneruskan perjuangan Islam kami ke arah menegakkan kalimah Allah.


Dalam perjalanan pulang dari Tanjong Ketum, Sepintas. pohon tumbang menghalang jalan pulang.



Amboi semua nak jadi Sang Badang. Wahai adik-adik yang manis dan abang-abang yang masam. Adakah? Si adik posing manja-manja. Si abang kena kerja. Lari! Nanti dihambat Sang rimau rimba.


Masih berposing lagi terutama si baju biru yang kurus melidi.Baju payung yang cun meletop. Ha!ha!Ha! Matilah kena hamun karang.



Sempat lagi 3 anak dara pingitan berposing-posing. Mahu juga anak teruna menumpang sekaki. 



Ini gambar pandangan jauh. Yang atas posing dekat-dekat.



Inilah pokok yang tumbang menghalang jalan.Masing-masing perlu mencari mesin pemotong pokok untuk menyelesaikan masalah.  


Masing-masing bergembira dan santai je sementara menunggu bantuan datang. 



3 Syawal (10 Ogos, 2013): Sempat lagi deme nak beraya ke rumah Pak Chu dan Wan Chu di Tg Malim. Bawa deme ke Teratak Riverview.  


Si Kecil comel mandi-manda. Amboi seronoknya.Babanya tak nak tumpang sekaki ?


Pesta air cucu mak. Mana pergi cintaku? Hilang di telan sang buaya.Boleh le cintaku beli topi besar nak posing tepi pantai, pakai baju mandi strip harimau belang.


Tengok si Naim sempat lagi peace walaupun dalam menggigil ketakutan.Masing-masing tak nak tunjuk dada yang ada huruf S besar-besar? S untuk seksi ke atau siksa.



Alah, Ustaz tayang body. OMG. Ustaz terus berzikir. Anak murid semua nak kena rotan ni haha. 


                                        

Bergurau senda amalan kami tanda kemesraan adik beradik. Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara.Bertakwalah kepada Allah, supaya mendapat rahmat.


Kalau Sicomel tahu Pak Chu dan Wan Chu asyik berjalan ikut AirAsia pasti tak terkata. Pasal besok jam 7.00 pagi kami akan bertolak ke Hat Yai, Chiang Mai dan Chiang Rai, Thailand. Si Comel hanya mampu senyum lebar je. 

Bon Voyage.Moga selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air. Hujan emas di negeri orang baik lagi hujan batu di negeri sendiri.Pray for Mesir. R4BIA.

2 comments:

  1. Apa kata Ngah Nassir Hanapi: "Terkilan tidak berpeluang untuk mengalihkan batang pokok tu sebab kita guna laluan lain. Kalau tidak awek-awek kat keliling tu, yong, ida, dan samihah pasti kagum, hehehe."

    ReplyDelete
  2. ooo tuan org batak "rabbit" ea?

    ReplyDelete