Friday 27 September 2013

Tasik kenyir, Kuala Berang Terengganu

Trip ke Pengkalan Gawi,Tasik Kenyir, Kuala Berang Terengganu
24 September, 2013

Bismillahirahmanirrahim





Tasik kenyir 



Syukur Alhamdulillah,di atas segala nikmat  Allah.  Semoga pembaca terus  setia dengan  kaki travel with Khairuddin dan sihat-sihat belaka. Salam ceria selalu. Hari yang ceria, saya dan anak, Nurul Nadiah telah melawat ke Tasik Kenyir, Kuala Berang, Terengganu. Kami telah singgah ke Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Kuala Berang, Terengganu. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Tasik Kenyir mengambil masa hampir satu jam sejauh ± 72km. Sepanjang perjalanan ke tasik terbesar di Asia Tenggara ini, terdapat banyak jualan buah-buahan tempatan yang murah. Saya telah membeli buah duku, rambutan dan kacang tanah  untuk santapan di sepanjang perjalanan ke tasik kenyir. Dengan menaiki kereta, jalan ke tasik penjana elektrik ini agak meletihkan sebab kurangnya tanda papan menuju ke tasik ini. Kadang kala, kami menjadi bingung dan teragak-agak.

Read more ...

Saturday 21 September 2013

Cuci Mata, Cuti perut & Cuci poket di Kuala Terengganu.

Masjid Kristal
Sumber : Mtmuzu.blogspot.com(Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum)

Cantik sungguh pemandangan di tanah airku di kala waktu senja.
Jom kita cuci mata, cuci perut dan cuci poket di Kuala Terengganu. 

Dapatlah bersantai di pantai, pulau dan tasik. 


Kuala Terengganu di hatiku selalu....akan berada di kuala Terengganu dari 20hb September hingga 26hb September,2013. 
Jom kita jalan-jalan cari makan.    
Read more ...

Thursday 19 September 2013

Day 5 : Chiang Mai (The Old City) Part II

Trip 5 : Enjoying the Old Charm of Chiang Mai
Hari Kelima (15 Ogos 2013) Part II
Bismillahirahmanirrahim


Bersyukur kita atas kenikmatan  dan bersabar atas segala musibah....Assalamumalaikum dan selamat membaca. Di sini adalah sambungan penceritaan akan hari kelima bahagian kedua berada di Chiang Mai. Selepas solat, kami pun pergi makan di kedai restoran Islam. Di sekitar kawasan masjid Islam Hidayatul Banhaw banyak terdapat kedai makanan Muslim. Masyarakat Cina Muslim Chiang Mai asal usul keturunan adalah dari wilayah Yunan di negeri cina.


Khao Soi Islam seakan Mee Kari di Malaysia.

Saya tidak menggemari Khao Soi Islam. Mungkin bukan citarasa saya. Apa sekali pun, saya suka pau, makanan bergoreng seperti udang tepung dan cucuk-cucuk yang dijual di sana. Sedap sangat rasanya di sepanjang jalan ke Masjid Islam Hidayatul Banhaw. Senang dapat makanan muslim di Chieng Mai.
Read more ...

Friday 13 September 2013

Day 5 : Chiang Mai (The Old City) Part I

Trip 5 : Enjoying the Old Charm of Chiang Mai
Hari Kelima (15 Ogos 2013) Part 1

Entri ini telah lama terperap, tak sempat hendak menulis. Sibuk dengan tugasan & rutin seharian. Akhirnya, memaksa diri habiskan juga kerana entri baru ke Bali bakal mengunjung tiba. Di sini,apabila saya meluahkan sesuatu di sini, bukan untuk meminta dikasihani dan disimpati. Begitu juga bukan untuk mencari pengaruh dan besar diri. Saya menulis dari pengamatan dan penafsiran rasa dari setiap sudut dan sisi. Saya memiliki warna-warna kehidupan yang tersendiri yang harus dihormati. Itu adalah diriku yang sebenar yang berpijak di bumi nyata.

Pada jam 9.00 pagi, kami bergegas hendak melihat bandar. Hari ini hati kami ingin meronda-ronda sekitar bandar Chiang Mai mengikut tapak kaki. Kami tak bercadang naik tut tut atau Songthaew, pasal depa suka mengenakan harga yang bukan-bukan. Asyik nak berunding dan bertekak,penat saya dibuatnya. Dah tak larat nak tawar menawar. Lagipun, saya ini jenis suka jalan kaki walaupun beribu-ribu batu jauh. kan, berjalan itu baik untuk kesihatan.

Lanna Thai Guesthouse, tempat penginapan kami

Read more ...

Wednesday 11 September 2013

Istiadat Konvokesyen ke 15 UPSI 2013




Pelajar-pelajar kesayangan saya

Syukur alhamdulillah, akhirnya tibalah masa untuk Istiadat Konvokesyen UPSI Kali Ke-15 yang berlangsung selama empat hari bermula hari Selasa sampai Jumaat (10hb Sept - 13 Sept,2013) di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City. Yang turut hadir,Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalananthan dan Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Zakaria Kasa.

Terima kasih tak terhingga buat pelajar-pelajar sepanjang perkenalan di UPSI.
Happy graduation for batch Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Keusahawanan dan Perdagangan)  09/10. 4 years of awesome. Kita saling menghormati dan menghargai apa yang dimiliki. Itulah yang memaknakan sebuah persahabatan. Terima kasih para pelajar, kerana berkongsi rasa kita akrab.


Pemandangan Banjaran Titiwangsa dan  UPSI dari jendela kamarku.
Read more ...

Monday 9 September 2013

Nasree, Dublin dan Ziela Jalil


Nasree,Dublin dan Ziela Jalil & anaknya,Julia Megat Junid. 

Assalamualaikum.


Pada 5hb September, 2013 anak saya,Nasree telah kembali ke Dublin,Ireland. Nasree akan menyambung pengajian  tahun 2, pengajian perubatan di RCSI,Dublin. Semoga alang berjaya dengan cemerlang pada semester barunya. Itulah doa seorang ayah untuk anak-anaknya. 

Kami bertolak jam 9 malam dari Tanjong Malim,Perak dan tiba pada jam 10.30 malam. Nasree check in jam 11.00 malam. Kami menunggu sehingga jam 1.00 pagi bersama-sama keluarga sahabat Nasree.


Berikut adalah gambar-gambar kenangan sebelum Nasree bertolak balik ke Dublin, Ireland.
Read more ...

Sunday 8 September 2013

1st Giveaway by adkdayah

Jom Join Ramai-ramai 




cepat tekan link berikut..
hadiah yang ohsemmenanti anda

antara hadiah yang ohsem
novel terpakai (nama je terpakai tapi still cantik dan elok lagi tau)
4 pemenang ( sape cepat bole pilih yang mana satu)

majalah ujang keluaran terbaru x 2 pemenang
(gambar contoh)

Felt keychain yang superb cumel x 1 pemenang

cover photo x 3 pemenang
(gambar contoh)
topup RM10 x 4 pemenang
topup RM5 x 2 pemenang

Fridge magnet x 3 pemenang
(xde gambar)
bloglist x 3 pemenang
bloglist sebulan + review blog x 3 pemenang (dayah sendiri)



Read more ...

Besok 8hb September hari terakhir untuk ke Matta Fair

Matta Fair 2013 (6-8 Sep): Holiday & Travel Promotion Package

JOM KE MATTA FAIR PWTC SEPT 2013
Bertempat di PWTC, Kuala Lumpur.
Jam : 10am sehingga 9pm.



Selamat Datang

Bismillahirahmanirrahim
Salam. Semoga pagi yang indah ini diukirkan dengan senyuman di bibir agar resah di jiwa terusir. Hari ini hari kedua. Saya telah pergi pada hari pertama. Hari Sabtu dan Ahad,saya ada urusan penting yang perlu diselesaikan. Anak saya pergi pada hari kedua. Anak saya pun suka melancong. Ibarat kata," kalau kuah tak tumpah ke mana kalau tak ke nasi. Banyak perkara positif yang kita boleh pelajari. Ibarat kata,"yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan." Saya suka melawat ke ruang pameran Matta Fair. Kita perlu bayar RM4.00 sebagai bayaran masuk. Kanak-kanak di bawah 18 tahun adalah percuma.


Kaunter Tiket

Read more ...

Friday 6 September 2013

Matta Fair 2013 (6-8 Sep): Holiday & Travel Promotion Package

JOM KE MATT FAIR PWTC SEPT 2013

Pantai Iboih-Sabang di Aceh,Indonesia


Jom Ramai-Ramai Ke Matta Fair 2013
(6-8 Sep) :
 Holiday & Travel Promotion Package.

Bertempat di PWTC, Kuala Lumpur.
Jam : 10am sehingga 9pm.

Baca lebih lanjut di 
Link : www.mattafair.org.my

Jom bercuti 

Read more ...

Wednesday 4 September 2013

Rumah terbuka adilfitri di hari kemerdekaan

BismillaahiRRahmaaniRRahiim.

Rumah terbuka adilfitri di hari kemerdekaan

Kami telah mengadakan rumah terbuka adilfitri pada 31hb Ogos 2013. Kami ingin mengeratkan siratulrrahim sesama kawan yang rapat. Hanya kenalan rapat yang dijemput termasuk kawan-kawan anak. Jamuan hari raya kami bermula selepas zohor dan berakhir pukul 6.00 petang. Cinta masak rendang ayam kampung dan rendang ayam bandar, pulut kuning dan laksa. Ada hajat mungkin kerana masak pulut kuning.Tapi mak cinta suka masak pulut kuning. Masakan yang paling popular di kalangan kawan adalah laksa penang. Juga ada disajikan jeruk-jeruk teluk intan dan air bunga roselle. Seperti biasa, memberi angpau kepada kanak-kanak atau mereka yang belum bekerja.


Farah dan anaknya, Wan dan Cinta
Read more ...

Monday 2 September 2013

Mencari Ikan di Bagan Sungai Kajang ( 25 Ogos 2013)

Ikan fresh.

SubhanALLAH. Saya terpaksa ke Bagan Sg Kajang, Tanjong Karang, Selangor untuk mencari bekalan ikan mentah. Saya suka makan ikan yang segar termasuk udang, sotong dan ketam. Pasal ikan segar hanya terdapat di bandar-bandar tepi pantai sahaja.  Kali ini kami dah tak lalu makan ketam. Pasal dulu kami  dah beli ketam 2 kilo dan adik saya memberi hampir 6 kilo ketam sebelum puasa, semasa saya balik ke kampung melawat ayah. Jenuh cinta memikirkan menu setiap hari. Air tangan cinta memang ada sentuhan khas pada para suami. Macam tersambar jantung sang suami. 

Saya bertolak ke Bagan Sg Kajang dari Tanjong Malim. Saya terpaksa merempuh tol Bukit Tagar dan melalui UNISEL sebelum tiba ke Bagan Sg. Kajang,Tg Karang. Di Tg Karang sendiri ada Bagan Pasir,  kampung nelayan bagi kaum cina. Kaum cina menangkap ikan dengan menggunakan bot tunda. Di Bagan Sungai kajang, kaum Melayu menjual ikan yang ditangkap di pinggir pantai. Harga ikan adalah jauh lebih murah dari pasar Tg Malim dan lebih segar.


Jejak kaki
Read more ...