Friday 13 September 2013

Day 5 : Chiang Mai (The Old City) Part I

Trip 5 : Enjoying the Old Charm of Chiang Mai
Hari Kelima (15 Ogos 2013) Part 1

Entri ini telah lama terperap, tak sempat hendak menulis. Sibuk dengan tugasan & rutin seharian. Akhirnya, memaksa diri habiskan juga kerana entri baru ke Bali bakal mengunjung tiba. Di sini,apabila saya meluahkan sesuatu di sini, bukan untuk meminta dikasihani dan disimpati. Begitu juga bukan untuk mencari pengaruh dan besar diri. Saya menulis dari pengamatan dan penafsiran rasa dari setiap sudut dan sisi. Saya memiliki warna-warna kehidupan yang tersendiri yang harus dihormati. Itu adalah diriku yang sebenar yang berpijak di bumi nyata.

Pada jam 9.00 pagi, kami bergegas hendak melihat bandar. Hari ini hati kami ingin meronda-ronda sekitar bandar Chiang Mai mengikut tapak kaki. Kami tak bercadang naik tut tut atau Songthaew, pasal depa suka mengenakan harga yang bukan-bukan. Asyik nak berunding dan bertekak,penat saya dibuatnya. Dah tak larat nak tawar menawar. Lagipun, saya ini jenis suka jalan kaki walaupun beribu-ribu batu jauh. kan, berjalan itu baik untuk kesihatan.

Lanna Thai Guesthouse, tempat penginapan kami




Secara kesimpulannya, saya berasa puas hati dengan tempat penginapan kami. Harga RM40 semalam untuk dua katil bujang berkipas. Hari ini saya bercadang untuk meninjau-ninjau di sekitar Warorot Market dan Wat di sekitar kawasan ini. Tumpuan kami adalah Wat Pan Tao dan Wat Chedi Luang. Berikut adalah gambar jalan keluar dari Lanna Thai Guesthouse iaitu ke kiri. Jalan terus sampai ke simpang terus ke kiri sampai ke jalan besar menghala ke kanan jalan.   

Jalan ke kiri dari Lanna Thai Guesthouse

The Meridien


Anda akan jumpa Kalare Night Bazaar

Jumpa Chiang Mai Night Bazaar di seberang jalan 



Kalare Night Bazaar 

Pejabat telekom

Muzium Filateli Chiang Mai

Wat dan Songthaew

Kuil Cina


Kami berjalan ke arah Warorot  Market. Saya suka meninjau-ninjau di sekitar pasar. Ada pasar bunga, pasar buah dan pasar jual barang-barang. Macam-macam ada. Ini antara tempat yang saya suka di Chiang Mai.


Pasar bunga

Bunga Temu

Papan tanda masuk ke  Warorot Market

Favorite saya

Pemandangan  dari tingkat atas pasar

Ingat hanya ada di Malaysia sahaja

Jeruk-Jeruk 

Pasar buah

Lepas itu kami ke pejabat filteli.Saya ini peminat tegar setem. Hobi itu telah dipupuk oleh arwah ibu saya sampai menjadi tua bangka. Kami juga membeli poskad ditulis beralamat sendiri supaya boleh dijadikan kenangan. Kami pos kepada diri sendiri. Lawak tak? Pengurus pos sangat baik dan pemurah orangnya.

Pengurus Muzium Filateli

Setem Thailand



Hello anda di sana

Setem Gajah lambang penduduk Thailand

Perspektif Tangga

Siapakah gerangan ditaliponnya?


Menulis di atas batu

Mesin Taip lama

Mesin Penimbang



Wat Doi Suthep yang telah kami lawati








Papan Tanda Office Hour



Masjid Islam Hidayatul Banhaw, Masjid komuniti Cina Chiang Mai 

Kami langsung ke masjid untuk solat zohor. Masjid itu kami lalu dalam perjalanan pulang ke Lanna. Day 5 ini ada sambungan lagi.  Ada lagi kisah Part 2 tentang Wat Pan Tao dan Wat Chedi Luang yang kami lawati di sebelah petang..Akhirkata, kebahagiaan akan terasa indah andai kita saling mendoakan dan  mengingati. Kesetiaan itu tak akan hilang andai kita saling memahami. Andaikata kalau kita tidak mampu membuat orang ketawa jangan sekali buat orang menangis. Kalau kita tidak mampu membuat orang rasa bahagia jangan pula kita tambahkan lagi rasa derita. Kalau kita tidak mampu memgubati luka jangan sekali membuat orang lain rasa terluka. Harap pembaca yang setia akan terus berdoa untuk kebahagiaan kami sekeluarga dunia dan akhirat.

15 comments:

  1. hehe..boleh pulak kan..katak tu buncit dengan bulan ..hehe..laak tol :)

    ReplyDelete
  2. best dapat jalan-jalan.. tak pernah lagi pergi ke sana.. isi 3 tabung juga.. :D

    ReplyDelete
  3. waqhh seronoknya jalan-jalan ,...tempat yang menarik:)

    ReplyDelete
  4. wah untungnya...dapat melawat gi sana...:)
    giliran cik akak nie bila lah lagi kan

    ReplyDelete
  5. memang kaki travel sungguh.. sampai chiang mai tu.. pha is kalau siam, pernah sampai munduk je, melalui sungai golok.. heheh

    ReplyDelete
  6. beznye
    sronoknye dpt cuci mata kat tempat org
    mmg sesai blog ni utk blogger travel mcm khairuddin
    thanks sharing pic dgn kte org
    manalah tahu 1 hari nnti nak ke sana jugak
    isi tabung sini
    kalau free, jemput LIKE post ni:

    LIKE SINI

    TQ :)

    ReplyDelete
  7. Betsnye....rietta xpernah pergi jauh...setakat sempadan padang besar jerr....

    ReplyDelete
  8. Fizi : Bulan itu suci..Karang katak bertukar jadi putera yang kacak. Hihihi.

    Mizz : Tq, sering-sering isi tabung saya.

    Aku Penghibur : Suatu hari boleh jalan sama.

    Nao Mei : Insyallah.

    ReplyDelete
  9. pha : Tak lama lagi ke serata pelusuk dunia.

    Yumida : Thanks...insyallah akan like post..baru kembali dari Bali.

    HR : Saya doa anda akan sampai suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  10. Chiang Mai?..tak ramai rakan blogger yg dh samapi sini..dah masuk Day5 eh..byk lagi story yg JM terlepas..akan BW semaua entry berkaitan..

    Kalau mcm ni..perlu masuk kan Chaing Mai dlm list travel heee

    ReplyDelete
  11. JM...best juga ke Chiang Mai & Chiang Rai. Nak habiskan cepat. Pasal ada entri Bali. Baru balik semalam dari Bali.

    ReplyDelete
  12. thanks sharing this great journey of yours. Memang berbaloi tengok gambar2 tu rasa cam kenit pun kat sana jugak hehe.

    Done klik DiGI :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah...saya doa Kenit Cinonet akan ke sana juga suatu hari nanti.

      Delete
  13. Saya pun stamp collector.. huhuuu.. good info ni Tuan Khairuddin :D

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum...suka sy tgk gmbr bunga2 tu...pegi bulan berapa ni? sy cdg nak pi bulan July/Ogos...

    ReplyDelete