Friday, 25 October 2013

Bali Island-Tegalalang, Ubud-Part IX


Bali - The Island of Gods.

(14hb September - 17hb September,2013)


Hari telah hampir melabuhkan tirai. Ini adalah destinasi kami yang terakhir untuk hari yang kedua di Bali. Banyak juga tempat yang kami lawati kerana pemandu pelancong sungguh baik hati dan mengikut kehendak hati kami. 

Kami sempat singgah di Tegalalang, Ubud. Pemandangan adalah padi bukit yang sungguh hijau menawan. Kami sepatutnya dikenakan bayaran Rph5,000. Tapi memandangkan sudah lewat petang kami masuk secara percuma. Memang dah rezeki kami. Kawasan ini adalah destinasi pelancongan yang terkenal. Anda pasti bertemu dengan Tegalalang kerana terletak di tepi jalan dalam perjalanan ke kitamani dari Ubud. Sebahagian penduduk bekerja sebagai petani mengusahakan padi bukit. Di kiri kanan jalan, anda pasti bertemu dengan kedai cendera hati di tepi jalan.
















Sebelum pulang ke hotel, kami sempat singgah di Bensin untuk bersolat. Solat di belakang Petrol Station Pertamina. Tempat solat tidak disediakan. Rugilah terlepas waktu solat. Kita perlu bersyukur kerana Allah memberi kita nikmat berjalan dan melancong melihat tempat orang. Terjumpalah seekor rusa seperti yang di bawah. 




Kami makan malam di Wang Solo. Wang Solo terkenal dengan ayam bakar  tapi saya makan ayam penyet, salah satu makanan kegemaran saya. Terdapat dua kedai Wang Solo di Bali dan alamat adalah tertera seperti berikut :


Jalan Raya Kuta no 887 Kuta, 
phone 0361 7435459


Jalan Merdeka 18 Denpasar

phone 0361 231191

Tapi saya makan di  Ayam Bakar Wang Solo di Kuta, kerana berdekatan dengan tempat penginapan kami. Wang Solo ada juga cawangannya di Kuala Lumpur.

Ayam Penyet Wang Solo


Menurut sahabat blogger, supermeng ( http://supermengmalaya.blogspot.com/) tempat yang lagi cantik dan luas teres padi adalah Desa Jatiluweh. Setelah menemui Uncle Goggle, Jutiluweh adalah terletak di Tabanan, di Central Bali. Insyallah. saya akan lawat pada trip yang akan datang. Desa itu adalah kira-kira 3 jam dari airport dan jalannya sempit dan kecil tetapi pemandangannya lebih cantik dan luas daripada Padi Teres Tegalalang, Ubud.

  Sumber : bjorngrotting.photoshelter.com

18 comments:

  1. salam jumaat.. percutian yang menarik.. singgah isi tabung.. :D

    ReplyDelete
  2. Nak kumpul duit bebanyak, nak pergi travel jugak. Best ja tengok. Hehe

    ReplyDelete
  3. rasanya kena start kumjpul gak duit pergi bali nie..nmpak menarik betul tempatnya...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. nak pi sana juga...nak kumpul duit dulu...

    ReplyDelete
  5. cantik nya teres padi tu.. 1st time tgk.. teringin nak pegiii :)

    ReplyDelete
  6. Cantiknya tanaman padi berteres tu. Sangat mengimpikan satu hari, dapat ke sawah bendang padi untuk mencari inspirasi. Cuma belum rezeki. :)

    ReplyDelete
  7. cantik gambar padi tu...
    isi tabung sini..

    ReplyDelete
  8. Cantik kan tegalalang ni. Terbaik untuk photoshoot! Ayam penyet wong solo terbaik!

    ReplyDelete
  9. Ayam penyet sedap tu dgn nasi daun pisang.. mmg best. Permandangannya pun nyaman menghijau.. Salam Jumaat :)

    ReplyDelete
  10. Sungguh indah...kehijauan alam yg memukau pandangan. Boleh kaku saya kat situ

    ReplyDelete
  11. Bali Memang awesome tapi x sesuai untuk kanak2...untuk bulan madu memang sesuai...

    ReplyDelete
  12. sungguh cantik panorama je kan, sejuk mata memandang, subhanallah... cantik model tu.. hihi

    ReplyDelete
  13. Cantiknya. Kalau saya dapat ke sana pasti memberi ilham kepada saya untuk menulis sesuatu.

    ReplyDelete