Tuesday, 29 October 2013

Ikan Patin, Titik tengah dan Temerloh.

Temerloh ada Ikan Patin, Titik Tengah dan Sudirman


Temerloh adalah titik pusat atau titik tengah bagi Semenanjung Malaysia. Temerloh adalah bandar kedua terbesar selepas Kuantan, dalam negeri Pahang Darul Makmur. Bandar yang paling hampir dengan Temerloh adalah Mentakab, kira-kira 10 minit perjalanan, ada ura-ura dijadikan bandar Temerloh dan Mentakab sebagai bandar berkembar. Temerloh terletak di persimpangan antara Sungai Temerloh dan Sungai Semantan.

Temerloh terkenal dengan gelaran bandar ikan patin. Apa kata kita mengambil masa untuk melancong ke bandar Temerloh. Hari yang terbaik untuk datang ke Temerloh adalah pada setiap hari Ahad. Macam-macam ada dijual di pekan sehari yang dibuka  seawal 7.00 pagi dan berakhir kira-kira pada pukul 1.00 tengah hari. Pasar Pekan Sehari ini dikatakan yang terbesar dan terpanjang di Pahang. Selain ikan Patin (Silver Catfish), ada dijual ikan Jelawat, Baung, Tenggalan, Lampam, Belida, Tilapia dan Kerai.  Sekiranya anda adalah penggemar ikan sungai maka seharusnya berkunjung ke bandar ini untuk menikmati keenakan masakan spesies ikan ini. Pastikan anda membeli ikan patin sangkar yang mengalir airnya dan bukannya ikan patin kolam yang hanyir yang berbau tanah dan lumpur.  Ikan patin sungai mahal harganya dan boleh mencecah ratus ringgit. Maklumat ini berguna bagi mereka yang ingin menjamu selera di restoran atau gerai. Ingatlah bahawa harga seketul ikan patin sama ada ekor, kepala atau isi adalah lebih kurang RM10.00 pada waktu artikel ini ditulis. Tanya dahulu sebelum makan.  



Masakan kesukaan saya dengan ikan patin adalah seperti berikut :
i)  Ikan Patin masak tempoyak
ii) Ikan Patin bakar cecah air asam
iii)Ikan Patin goreng
iv)Ikan Pekasam Patin

Sementara itu, pengiktirafan Temerloh sebagai daerah titik tengah Semenanjung Malaysia bukan saja menamatkan perdebatan di kalangan ahli akademik, malah secara langsung memberi kelebihan kepada daerah ini dalam menarik pelancong.Titik tengah Semenanjung Malaysia yang dikenal pasti terletak di Kampung Paya Siput, Lanchang sudah tentu menjadi tarikan untuk pengunjung melawat Temerloh yang sebelum ini terkenal dengan produk pelancongan alam sekitar. Kedudukan Kampung Paya Siput terletak di antara Sungai Kepong dan Kampung Bongsu. Ia dikenal pasti sebagai titik tengah Semenanjung Malaysia berdasarkan pengiraan matematik oleh JUPEM. Lebih menarik, titik tengah sebenarnya terletak betul-betul di bawah sebuah pondok di pusat pengajian agama, Madrasah Darul Ulum yang diusahakan Sabaruddin Othman.Madrasah Darul Ulum kini mempunyai penghuni termasuk dari kalangan remaja, anak yatim dan pasangan warga tua yang ingin mendalami ilmu agama secara percuma. 

Bandar ini juga merupakan tempat kelahiran Seniman Sudirman, penyanyi  yang namanya terkenal di peringkat antarabangsa.  Dato' Sudirman bin Haji Arshad (lahir 25 Mei 1954 – meninggal 22 Februari 1992 pada umur 37 tahun) adalah salah seorang penyanyi, penghibur, penggubah, penulis, pengarang buku anakpelukis kartun, pengusaha, dan pemeran terkenal Malaysia. Ia juga pernah dinobatkan sebagai "Penghibur Nomor Satu Asia" setelah pertama kali memenangkan Anugerah Penyanyi Asia pada tahun 1989 di London, Inggris. Sudirman juga diberi julukan sebagai "Penghibur Milik Rakyat", "Seniman Rakyat", dan "Elvis-nya Malaysia". Nama sudirman terinspirasi dari nama seorang pejuang kemerdekaan indonesia Jendral Sudirman. sebenarnya, Sudirman memiliki darah Indonesia dari orang tuanya. Kakek dan neneknya Lahir di Bangkinang RiauIndonesia dan kemudian pindah ke daerahTemerloh Pahang Malaysia yang menjadi tempat perantauan utama warga Kabupaten Kampar Riau Indonesia. Saya begitu menyukai lagu Basikal Tua nyanyian Sudirman yang begitu menggamit kenangan yang telah berlalu. Teringat dahulu ada seorang Abang Benggali mengayuh basikal begitu jauh menjual roti tawar dengan roti kayanya di kampong saya. 

Selain itu, tarikan terbaru yang boleh menjadi pelengkap kepada destinasi pelancongan sedia ada seperti Gunung Senyum; Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah; Santuari Rusa di Bukit Rengit dan Lembah Harimau.

Temerloh ada ikan patin, titik tengah dan Sudirman. Moh kita lawat Maran yang mungkin terkenal dengan bandar ayam kampong atau ayam beroga. Jerantut bandar ikan kelah, Bera bandar Sawit, Lipis bandar Empang Jalih. Tersenyum anda membaca pernyataan saya.  Moh kita teruskan ikut saya menjadi kaki travel.






Sumber ini saya perolehi dari Uncle Goggle sebagai bacaan tambahan anda:
Temerloh is a town in Central PahangMalaysia in Temerloh district. Located about 130 kilometres (81 miles) from Kuala Lumpur along the Kuantan-Kuala Lumpur trunk road, Temerloh is the second largest town in Pahang after Kuantan. It is situated at the junction of the Pahang River and the Semantan RiverToday, "Temerloh" usually refers to the territory under the administration of Temerloh Municipal Council or Majlis Perbandaran Temerloh, which includes the smaller towns adjacent to the city such as MentakabLanchang, Kuala Krau and Kerdau. Temerloh district is bordered by Maran district on the east, Bentong on the west, Jerantut and Bera on the north and south, respectively.

Temerloh has been rebranded as "Bandar Ikan Patin", which literally means "Patin Fish Town". Patin ( Pangasius sp.), a type of freshwater catfish is a local delicacy highly sought after in the country. Patin fish is famous for its juicy taste and can be considered one of the best freshwater fish in Malaysia and world.

As it is situated at the junction of two rivers, the town is once called "Kuala Semantan" (literally: Semantan River Confluence). The name Temerloh was derived from the Malay word mereloh meaning sleep. It is said that "Temerloh" came about when a group of Minangkabau settlers, who came to settle at the place, noticed an Orang Asli (aborigine) who slept (mereloh) all through the day without a care in the world. Perhaps as a mark of amazement on such lazy conduct and perhaps for lack of other names to give, or probably just in jest, he then called his settlement there as "Temerloh". Another more plausible theory claims the town's name is derived from the sleep place of orang asliwhich is called Tempat Mereloh. As the word Tempat Mereloh is hard to pronounce, the Minangkabau settlers shortened it to "Temerloh" as it is easier to pronounce.

As the home of the Patin fish, the Temerloh folks have special dishes that bring out the best taste of the fish. Besides, a visit to the Sunday Bazaar Pekan Sehari is not to be missed. Located along the town's riverside, Pekan Sehari is a place where all kinds of goods and commodities can be found and sold at a reasonable price. In fact this Pekan Sehari is said to be the longest and biggest in the whole of Pahang. The sellers normally come by riverboat early in the morning, and take their place before the customers arrive about 7:00 in the morning. Sunday mornings are busy when boats come and go ferrying passengers and goods to the Pekan Sehari.

Apart from its variety of fish, the town of Temerloh also offers a variety of jungle and wild-life experiences. The Kuala Krau Wildlife Reserve, a virgin forest reserve with untouched flora and fauna, is also where you can find the Kuala Gandah Elephant Conservation Centre and the Seladang Breeding Center. Gunung Senyum Recreational Forest, a paradise for nature and cave lovers is just about 20 kilometres (12 miles) away. Located at Bukit Rengit, Lanchang, the Deerland Park is where you can learn not only about deer, feed and touch them, but also other animals such as ostrichpeacock, tuna deer, nilga deer (India) and wood-duck (Canada). Home to the albino monkey,porcupineblack leopardcivet, the Malayan gharial crocodile and alligators, the town's mini zoo covers over 1.5 hectares (3.7 acres) of land, and is located at Jalan Bahagia, near Kampung Sungai Rabit. There's also a recreational park located right in the middle of Temerloh town, behind the Courthouse, called Taman Bandar (Town Park). Among the facilities provided here are skate-board track, playground, jogging trails and a mini stadium.

Source :http://en.wikipedia.org/wiki/Temerloh

Lokasi  yang menarik untuk dilawati apabila ke bandar Temerloh. Lawatan seharusnya bermula dengan Sungai Temerloh, bersebelahan dengan terminal bas, Petronas dan juga Stadium Temerloh. Itu adalah pandu arah untuk anda untuk melawat pekan sehari Temerloh pada hari Ahad nanti. 

Gerai Buah-buahan

Medan Selera Lurah Semantan

PETRONAS di Jalan Lurah Semantan



21 comments:

  1. saya suka patin masak tempoyak
    kuala lipis hometown saya!

    ReplyDelete
  2. tak berapa minat ngn ikan patin ^^ tp kalau kena cara masaknya .. mmg selera jgk

    ReplyDelete
  3. mama belum pernah merasa ikan ini.. sedap ker??.. hihi
    mama singgah dan menabung juga..

    ReplyDelete
  4. tak mkn ikan patin..:)
    singgah menabung..:)

    ReplyDelete
  5. Ikan patin masak tempoyak saya sangat suka..

    ReplyDelete
  6. macam best :) tapi licha xmkn patin

    ReplyDelete
  7. Ikan patin goreng pernah makan, br je beberapa minggu lepas, boleh tahan juga..

    *Klik tabung En. Khairuddin kat sini k..tq

    ReplyDelete
  8. hihi..ikan patin cik akak tak makan...hihi....

    singgah menabung :)

    ReplyDelete
  9. ikan patin tu mmg tahu. tapi baru tahu yg kat situ lahirnya sudirman...

    ReplyDelete
  10. Saya ni memang anak jati Pahang. Tapi ikan patin tak pernah usik. Tak makan ikan patin. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga macam tu...saya bukan orang Pahang. tapi minat ikan patin

      Delete
  11. So far aku belum pernah berjalan-jalan kat temerloh kecuali dulu dulu laa time abg aku kawin ngan orang temerloh..but baru2 ni ade ade pergi kuantan..patin masak tempoyak dia sedap gak (walaupun aku tak mkn sgt ikan) but they said temerloh lagi sedap..maybe one day kalau aku temerloh aku akan cari gak kedai yang sedap..heheh

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. salam.. suka baca enty mcm ni
    perkongsian pengalaman..
    nice enty :)

    ReplyDelete
  13. sayangnya aiza tak makan ikan patin dan tempoyak.. singgah isi tabung2..:D

    ReplyDelete
  14. Mmg best makan ikan patin tempoyak kt temerloh.. lama juga x ke kesana menjamu selera.. Thanks sharing.. :)

    ReplyDelete
  15. Saya penggemar ikan sungai termasuklah ikan patin, kalau tengok entri2 banyak yg berkaitan dgn patin..serius sblm ni tak pandai makan ikan ni , bila orang Kedah masak tempoyak patin buat kali pertama...dan terus menjadi fav kami sekeluarga.

    ReplyDelete
  16. saya juga penggemar tempoyak ikan patin. di ipoh perak pun ada juga di kedai makan. tapi tak tahu beza dengan pahang

    ReplyDelete
  17. dulu saya belajar di jengka pahang. sempat juga berjalan di termerloh

    ReplyDelete
  18. baru balik dari taman negara pahang minggu lepas..sambal hitam pahang n tempoyak ikan patin maish terngiang-ngiang...sedap sgt..

    ReplyDelete