Saturday, 12 October 2013

Kuching Sarawak

Trip Kucen Meow-meow 4hb hingga 6hb okt 2013

Saya berpeluang ke Kucen Meow-meow untuk urusan rasmi. Kami bertolak dari Tanjung Malim seawal jam 8.00 pagi. Flight kami jam 11.30 pagi. Flight adalah selama 1 setengah jam. Lebih kurang pukul 1.00 tengah hari kami sampai ke Kuching. Kami check ini di  Grand Margherita Hotel. Jalan Tunku Abdul Rahman, 93748 Kuching, Sarawak. Phone : +60822423111. Of course, kali ini bawa Cinta bersama atas tugas rasmi. Nanti dimeow-meownya saya.

50 Tahun Sarawak Merdeka dalam Malaysia


Grand Margherita Hotel. 

Riverside Majestic

Hilton

Saya pergi kuching dah banyak kali. Semua atas urusan tugas rasmi. Kuching bukanlah suatu destinasi yang baru buat saya. Saya memang sukakan kuching. Tempat yang menarik untuk berjalan-jalan dan sebagai destinasi pelancongan. Saya akan menulis ceritera berdasarkan pengalaman kali ini saya melawat kucen dan aktiviti yang saya lakukan. Masa begitu mencemburui saya memandangkan ada tugas rasmi  harian yang perlu diselesaikan.

Tugu Kucing : Tugu terletak di depan hotel penginapan saya. Grand Margherita Hotel. Meow-meow. Sejuk mata memandang. Kan, kucing binatang kesayangan nabi kita.


Meow-Meow

Itulah kucing kesayanganku, Meow-meow.


Waterfront. Kita boleh shopping di sepanjang waterfront. Sovenir. Cinta beli fridge magnet. 4 keping FM untuk RM10. Ada yang FM 5 keping RM10. Beza antara dua adalah 4 keping tu besar dan lagi cantik. Dari waterfront saya naik bot ke seberang. Ada kedai makan dan tempat kek lapis. Dewan Undangan Negeri Sarawak boleh lihat dari jauh dan ada di seberang sungai.. Naik bot ke seberang perlu bayar lima puluh sen. Pada waktu malam waterfront banyak jual cenderamata murah berbanding kedai-kedai yang ada di kuching. Apa yang saya makan di seberang iaitu pada waktu malam hari pertama sampai adalah nasi goreng ikan terubuk masin. Sedap ikan terubuk masin goreng. Lebih-lebih lagi, sambal belacan. Harga Rm8.00. Lokasi adalah gerai-gerai di sepanjang sungai. Salah sebuah gerai berkhemah putih di tepi muara sungai sepanjang jalan. Lokasi di depan kedai My Village kedai Barok. 

Dewan Undangan Negeri Sarawak

Sampanku Sayang

Dayung sampan dayung 

Bot-bot tradisional

Kek Lapis Sarawak. Kita perlu naik bot ke seberang untuk membeli kek lapis. Kita akan jumpa kedai my kedai village barok (kedai Makan), kemudian kita akan jumpa mira cake house then jalan depan lagi jumpa Kek Lapis Dayang Salhah. Femes. Jalan kaki ke dalam sikit .Bisnis dari dalam rumah. Saya suka membeli di Kek Lapis di Mira Cake House. 

Kek lapis Mira boleh dikatakan kek yang basah dan sedap. Meow-meow suka kek lapis berasa sisik ikan dan kek lapis cadbury. No contact Kek Lapis Mira : 0146863112/0146853112/0138078077/0105454045/082448112. Http://miracake.blogspot.com. Facebook : mirakeklapis@gmail.com. Email : miracake@gmail.com. Alamat : Mira Cake House, Thiha Dhuha Enterprise, Kiosk no. 15. Tebingan Permaidani Boyan-Gersik-Sourbaya, 93050 Kuching Sarawak.

Mira Cake House

Pemandangan Sekitar Mira Cake House

Rumah Kayu Sarawak sebelah kedai kek Mira

Kek Lapis Milo dan kek Lapis Masam Manis

Hornbill River Cruise : kita boleh menyusuri Sungai Sarawak naik bot tradisional RM15. Departure time : 10.30 am, 12.30 pm, 4.00pm dan 6.00 pm. selain itu, kita boleh naik Sarawak River Cruise tengok sunset Rm 60.



Pasar Serikin, Serikin, Bau. : Pasar ini saya pergi pada hari Ahad, hari terakhir saya di Sarawak. Pasar ini buka hari sabtu dan ahad sahaja. Kawasan itu begitu  panas kerana dekat dengan garisan khatulistiwa dan perlu ikut jalan ke bau dan dari situ, ikut signborad untuk ke  Serikin. Perjalanan adalah satu setengah jam dari kuchen dan terletak di sempadan Malaysia dan Indonesia. Barang-barang  adalah murah seperti Rantau Panjang di Kelantan. Saya boleh katakan harga tidak banyak beza dengan Bukit Tinggi atau Bandung. Terdapat juga kain telekung dan baju sulam. Dalam perjalanan ke Serikin, anda akan jumpa dengan Tasik Biru (bekas lombong dan airnya warna biru). Juga terdapat Gua Angin @ Wind Cave di situ. 





Kedai Kopi Porog-Manak

Antara barang-barang yang dijual di Pasar Tamu Serikin :

Barang-barang daripada rotan

Tikar dan Kekabu

Cincin

Baju-baju


Ubi Keledak

Halia Sarawak

Kayu Manis (RM5.00)

Medan Niaga Satok. Pasar Satok telah digantikan dengan Medan Niaga Satok, sebelah shopping complex Kubah Ria. Pada sebelah malam, diadakan pasar malam Satok di kawasan itu. Kita boleh membeli sovenior, kain pua kumbu, makanan, seafood, terubuk masin, kek lapis. buah-buahan, sayur, ikan,cenderamata dan baju. Beras bario yang dijual di situ memang sedap.

Ikan Terubuk : Kita boleh beli dengan Pak Ibrahim. Pak Ibrahim adalah usahawan ikan terubok masin. (U.I.T.M).  Sebarang pertanyaan boleh menghubungi beliau di talian 0198484920. Ada seorang lagi En. Zul di No 0198266766. Gerai mereka terletak di B83, Medan Niaga Satok, Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak. Selain ikan terubok masin, mereka juga menerima tempahan seperti udang, ikan bawal putih, ikan kurau dan ikan terubok segar.

Raja Ayam Penyet : Gerai kecil je dan terletak sebelah masjid bahagian kuching. kami pergi tapi telah berpindah.

Ayam Penyet Station 12. Kami jumpa station 12 ,di bawah sebelah Masjid Bahagian Kuching dan pada saya makanan di situ sedap juga. Kami berjalan sampai ke penghujung Waterfront dan menanya orang  di mana letaknya  Masjid Bahagian Kuching. Ada kuburan di depan masjid. Saya makan ikan talapia penyet, dan cinta makan ayam penyet. Ada juga  dijual sotong penyet. 

Kami bertolak balik pada sebelah petang hari Ahad, jam flight 4.00 petang. Dalam perjalanan balik, dari Grand Margherita Hotel kami jumpa RJ ayam bakar sebelah kiri jalan menghala ke airport.Tak jauh dari hotel yang kami menginap, boleh jalan kaki sepelaung sahaja. Lain kali kami akan cuba, memang  terasa sedap dalam imaginasi saya sehingga menjilat jari. Hujan-hujan renyai semasa kami dalam perjalanan pulang ke Malaya. Hujan manifetasi kejujuran tentang hati dan perasaan, yang tertinggal dan yang ditinggalkan.





Ikan Duyung pulang ke darat

42 comments:

  1. seronok nya dpt pegi Sarawak ye. Bila la saya nak sampai ke sana. Byk rupanya tmpt2 bess kat Sarawak ni. Belanja makan mahal tak ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga standard. Lebih kurang sama macam Terengganu.

      Delete
  2. tak pernah lagi sampai sarawak.. isi semua 3-3 tabung.. :D

    ReplyDelete
  3. Wah.. seronok. Belum berpeluang utk smpi ke Sarawak lg. Thanks for the tips ye.. done klik2 tabung :)

    ReplyDelete
  4. masih banyak suasana kampung yer ... seronok jer tgk ...

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Saya memang teruja apabila ke Sarawak..best sangat.

      Delete
  6. Replies
    1. saya ni jarang dapat melancong tmpat jauh2.. baca travel blog orang je la... hehe

      Delete
  7. Belum pernah jejak Sarawak lagi. :(

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Salah satu nikmat dunia kurniaan Allah. Syukur.

      Delete
  9. paling suka kek lapis kat sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap..Salah satu kek favorite abang.

      Delete
  10. Replies
    1. Insyallah.. Saya pernah tinggal di Sabah selama sepuluh tahun..Kota Kinabalu.

      Delete
  11. mmg seronok hehe

    tumpang bace cni jom ke blog sy jgk ek,nk exchange bloglist ngan sy bgtau la :)

    Tak Mungkin Benar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah, no hal. Kita tukar bloglist. kita sokong antara satu sama lain. Sepakat bawa berkat.

      Delete
  12. Datang Kuching tak bagitau hehe..boleh pusing habis ni, sampai ke serikin juga walau ada tugas rasmi ye..nice entry bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next trip, saya bagi tahu bro..Kita boleh eratkan tali persaudaraan selain sebagai kawan blogger.

      Delete
  13. Bestnye....rietta blom permah ke sarawak...ke sabah pown hjg thun lepas bru seklai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya doakan agar anda akan ke Sarawak suatu hari nanti..Beli tiket Airasia, ada promosi yang best harganya.,

      Delete
  14. ..pnh duk setahun kat swk..ms blaja dulu..tmpt2 kat ats tu ade yg dh pnh pg..rindu nk g swk lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga akan pergi lagi untuk mengimbau kenangan indah yang telah berlalu.

      Delete
  15. wah beznye akak n hb ke miaw2
    tugu miaw2 yumida pernah ambik gambar situ
    mira cake house x pnh lg pg..mmg cantik n unik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doa akan jejak kaki ke sana untuk mengimbau kenangan lalu yang indah.

      Delete
  16. Saya pun dah banyak kali ke Sarawak.... tapi tak pernah sampai dekat tugu kucing tu.... Dayang Salhah dah selalu gi juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan. Kucing, antara salah satu destinasi pelancongan kegemaran saya.

      Delete
    2. wow sangat menarik , salam aidiladha .

      Delete
  17. My husband Sarawakian.. tpi tahun nie tak blik kg pun.. insyaallah thn depan kot nk blk kuching lg..=D

    ReplyDelete
  18. Seronok nyer jalan2 di Kuching..ini je ibu negeri yang belum saya sampai.. insyallah nekad tahun ni jalan sana :D

    ReplyDelete