Saturday, 26 October 2013

Pokok Belalai Gajah

Amalan Pemakanan yang sihat : Cegah sebelum parah 




Sumber : Daunbelalaigajah.blogspot.com




KHASIAT DAUN BELALAI GAJAH



Trend masyarakat moden hari ini yang bergantung sepenuhnya kepada perubatan klinikal punca generasi muda tidak lagi menghargai khasiat tumbuhan herba sebagai salah satu sumber rawatan.

Anda mungkin tidak mengetahui tumbuhan hiasan yang selama ini ditanam di kawasan rumah sebenarnya adalah pokok herba yang kaya dengan pelbagai khasiat.


Tumbuhan herba adalah sebahagian daripada warisan budaya Melayu kerana khasiatnya mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit sejak zaman berzaman.

Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass (SSG) misalnya telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.

Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.

Herba ini turut dikenali sebagai You Dun Chao atau Clinacanthus Nutans dan tergolong dalam keluarga Acanthaceae.

Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.

Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, SSG terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida sebenarnya mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan.

Sementara itu, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), SSG bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser.

Kajian-kajian ini membuktikan bahawa penjagaan kesihatan menerusi makanan semula jadi seperti merupakan langkah alternatif yang baik.

Menurut Pengarah Urusan Tenaga Jati Bumi, Norsham Abas, SSG telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksida yang tinggi bagi mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.

"Kelebihan daun belalai gajah sudah lama diketahui oleh orang ramai. Dahulu, daun itu hanya dijual dalam bentuk yang asalnya dan pengidap kanser perlu memakan daun itu sekurang-kurangnya 100 helai sehari tanpa gagal dalam usaha memerangi sel barah.

13 comments:

  1. first time tengok pokok ni.. singgah isi tabung.. :D

    ReplyDelete
  2. Kat kampung saya pun bnyk pokok ni.. :)

    ReplyDelete
  3. 1st time dengar pasal pokok ni.. nice share..
    isi tabung sini

    ReplyDelete
  4. Huh, daunnya nampak biasa sahaja. Tetapi khasiatnya luar biasa. Baru tahu.

    ReplyDelete
  5. selama ni tak pernah dengar dan tengok pun pokok ni.banyak betul khasiatnya.

    ReplyDelete
  6. Akhirnya, berjaya juga sampai di sini. Penat menerjah blog kawan yang lain.

    Oh, baru pertama kali dengar nama pokok ni. Banyak khasiatnya kan.

    ReplyDelete
  7. bru pertama kali rietta tgkpokok nie...

    ReplyDelete
  8. baguslah pokok ni
    byk manfaatnya
    yumida isi tabung Nuffnang sini - nestle - selamat menabung :)

    ReplyDelete
  9. Oh bnyak khasiatnya ye.. T kasih atas perkongsian.. done isi tabung :)

    ReplyDelete
  10. salam blogging , owh info yg menarik done klik :)

    ReplyDelete