Sunday 10 November 2013

Day 8 : Amazing Hatyai City (Finale)

Day 8 :  Hat Yai City - Southern Largest City
Hari Kelapan (18 Ogos,2013)

Masa begitu pantas berlalu telah meluruhkan dedaun hari yang menjadi nostalgia pahit dan manis. Tinggal lebih kurang dua bulan lagi sebelum detik penentuan antara harapan dan kehilangan. Lepas itu, tahun 2014 tahun baru lagi.  Antara kehidupan dan kematian. Hanya Dia yang memiliki ketentuan. Bersyukurlah selagi nafas masih berbaki.

Syukur alhamdulillah, ini adalah entri terakhir saya untuk kembara dari Hat Yai, Chiang Mai dan Chiang Rai. Hat Yai adalah sebuah bandaraya di selatan Thailand bersempadan dengan Malaysia. Hat Yai adalah bandaraya terbesar di wilayah Songkhla,dan bandar metropolitan terbesar di Selatan Thailand. Hat Yai adalah bandar metropolitan ketiga terbesar di Thailand. Ia seringkali disalahertikan sebagai ibu negeri. Ibu negeri, pusat pentadbiran dan pusat kebudayaan adalah Songkhla. Sementara Hat Yai adalah pusat kegiataan perdagangan dan perniagaan. Hat Yai dan  Songkhla sebenarnya adalah bandaraya kembar. Anyway, The name "Hat Yai" is a short version of "Mahat Yai", meaning big mahat (Thaiมะหาด) tree, a relative of jackfruits in genus Artocarpus. (Sumber : Wikipedia.com)


 Perarakan Buddha di sekitar bandar menyebabkan bilik hotel penuh.




Pasar Talad Kim Yong tidak berapa jauh dari Lee Garden.  





Longan Kering. Boleh dibuat minuman. Banyak di jual di Hat Yai 

Hamid Restaurant sebaris dengan Konsortium Bas Ekpress Sem. Bhd.







Pelbagai jenis Kotak Mancis sebagai koleksi anda juga dijual di sini.





Kami naik bas ALISAN yang terus menuju ke Kuala Lumpur. Kami  berhenti di R& R Behrang, kerana rumah kami di Tanjong Malim. Bas ALISAN ada free wifi atas bas.

Hentian R & R di Kedah salah sebuah hentian pilihan Syarikat Bas ALISAN sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur

Kami dari Hat Yai melalui Sadao, Danok, dan terus ke Sempadan Perlis (60 km sahaja dari sempadan Malaysia).

Akhir kata, Allah SWT telah menghapuskan setiap luka , mengingatkan saya  tentang mimpi terpendam agar semua akan menjadi nyata ". Bukankah Hamzah Fansuri mentamsilkan hidup kita seperti perahu di lautan menuju ke perhentian abadi. Sepanjang perjalanan kita diduga dengan pelbagai halangan, olengan ombak dan arus deras. Hanya yang bijak mengemudi perahu akan sampai ke destinasi dengan selamat. Hamzah Fansuri merupakan penyair sufi pada zaman kegemilangan Acheh 1600an. Saya dah sampai ke  Acheh, dan kita akan kembara dan terus kembara di bumi Allah selagi hayat dikandung badan. Apasekali pun, patah tumbuh hilang berganti, datang dan pergi, bertemu dan berpisah, ketika, dan kenangan, suka dan duka. Itulah asam garam kehidupan.




11 comments:

  1. Wah cukup menyeronokkan.. buah naga tu pasti manis2 kan.. :)

    ReplyDelete
  2. Setiap kali ke mana-mana, saat nak meninggalkan tempat yang dilawati mesti ada satu perasaan hiba. :)

    ReplyDelete
  3. Bro pegi bercuti ke tgh bekerja ni?... Sampai hari ke-8 tu... (^_^) seronok btul dpt tgk pelbagai budaya ni... btw, Giorgio dh letak backlink Blog Bro ni dlm Blog Giorgio Izas... Tabik Spring

    ReplyDelete
  4. Best kan kalau dpt berjalan tgk2 tmpt dn budaya org.. =D
    Done isi tabung sekali..

    ReplyDelete
  5. Wah.. pengalaman yang sangat menyeronokkan...

    ReplyDelete
  6. best dapat jalan-jalan.. singgah menabung.. :D

    ReplyDelete
  7. Hat Yaii dekat dengan sempadan Perlis kan? Mungkin saya boleh ke sana suatu hari nanti

    ReplyDelete
  8. Tg Malim? Dekat kampung emak Ida tu!!!!

    ReplyDelete
  9. ada jugak restoran melayu yer..

    ReplyDelete
  10. Tak pnh lg jln2 disini..klu sdh ckup bdget dan ada masa teringin jgk nk berjln2 timba pengalaman

    ReplyDelete