Wednesday 6 November 2013

Day 6 :Golden Triangle (Thailand)

Trip 6 : Enjoying the Nothernmost Large City in Thailand
Hari Keenam (16 Ogos 2013) Part II
Bismillahirahmanirrahim

Penceritaan saya masih berkisar pada hari keenam, tentang lawatan saya ke Golden Triangle. Kami mengikuti pakej yang ditawarkan oleh Big Hmong Tour dengan harga 1200 bath (RM120) untuk sehari perjalanan. Pakej ini termasuk makan minum, perjalanan bot ke Sungai Mekong dan singgah di Loas dan melawat perkampungan orang asli Thailand (termasuk Long neck). Pakej ini adalah antara pakej yang termurah.

Entri sebelum ini, adalah tentang lawatan saya ke Hot Spring Chiang Rai dan The White temple. Ini adalah lawatan ketiga dalam rangka  lawatan sehari ke Chiang Rai.

Golden Triangle terletak di Wilayah Chiang Rai, wilayah yang paling ke utara Thailand. Golden Triangle dalam bahasa Inggeris bermaksud pertemuan tiga buah negara, iaitu Loas, Myanmar dan Thailand. Bagi orang tempatan, adalah Sop Ruak, iaitu pertemuan Sungai Mekong dan Sungai Ruak. 

Golden Triangle terkenal sebagai kawasan pengeluaran dadah di peringkat antarabangsa. Namun begitu, sehingga hari ini adalah kawasan tarikan  pelancongan  yang terbesar di utara Thailand. Kawasan persekitaran yang bergunung-ganang dipisahkan oleh Sungai Ruak yang mengalir ke Sungai Mekong. Sungai-sungai ini membentuk sempadan semulajadi di antara tiga buah negara, Loas ( ke timur Sungai Mekong), Myanmar ( ke utara Sungai Ruak) dan Thailand (ke barat Sungai Mae Khong).

Saya sungguh teruja apabila menyusuri sepanjang Sungai Mekong. Saya penggemar aktiviti air. Kami dikenakan bayaran sebanyak 300 bath visa lawatan masuk ke Loas. Itu sumber hasil bagi Loas. 300 bath sama dengan RM30 kita. Buang kosong je bagi mata wang Thailand akan menjadi sama dengan ringgit kita. Lawatan ke Loas mengambil kira-kira  satu setengah jam. Jenuh juga, terburu-buru, tak menang tangan. Nak snap gambar dan nak shopping lagi. Saya suka tengok benda-benda yang pelik di Loas.  Kita mesti pandai tawar menawar. Fridge magnet (FM) agak mahal, terpaksa beli FM Loas, sebagai cendera hati kenangan.   


Pertemuan di antara Sungai Ruak dan Sungai Mekong dalam musim kering. Dataran berdekatan kita adalah Thailand. Beting Pasir itu adalah Mynamar. Dataran yang paling hujung adalah Loas.
Sumber : Wikitravel 


 Peta menjelaskan pertemuan tiga buah negara





 Negeri China bersempadan dengan Myanmar dan adalah juga jiran terdekat Thailand. Banyak juga kapal dagang China berlabuh dan berdagang di Sungai Mekong. 

 Kapal pelancongan kami



 Patung Buddha di Sungai Mekong

Arak binatang bertujuan untuk kesihatan. tenaga batin dan mengubat penyakit. 









Fridge Magnet (FM) Loas

Welcome drink : Ular, terasa tengkok terbakar dalam mimpi. 

Anda ingin merasa minuman ular

Selamat Datang ke Loas (Pulau Donsao)

Shopping di Pulau Donsao (Loas)









Wind Chimes,alat bunyi-bunyian kegemaran saya 

Arak Ular dan Kala Jengking





Arak Kura-kura







Perjalanan pulang Dari Pulau Donsao





Selamat tinggal Pulau Donsao (Loas)

Menyusuri Sungai Mekong dalam perjalanan pulang ke Chiang Rai
  
Kelihatan Kasino yang dilabur oleh pihak China di Loas
  




Kelihatan kemilau mentari jingga tetap setia menghampar sinarnya, adakah kita setia dengan cinta yang diuar-uarkan? Persoalan untuk difikir sebelum saya mengundurkan diri. Selamat tinggal sahabat sekapal, best jalan-jalan ke Pulau Donsao (Loas).

Buat renungan para pembaca budiman :

ketika kita bersedih, kita akan mgerti nikmat kebahagiaan...
Ketika kita sakit, kita akan mengerti nikmat kesihatan...

Ketika kita sunyi, kita akan tahu berharganya sebuah persahabatan.

Dan ketika menutup mata, buat selama lamanye baru kita tahu nikmat sebuah kehidupan. 
kita bahagia kerana kasih sayang.
kita matang kerana masalah.

kita lemah kerana putus asa.

kita maju kerana usaha.

kita kuat kerana doa.

21 comments:

  1. asslamualaikum suddenly i feel that I miss my thailand trip last year... best kan pergi sana... ^_^

    ReplyDelete
  2. eksotik jugak baran2 kat pasar tu ye. Geli tengok ular dalam botol tu huhu.

    ReplyDelete
  3. Seronok btol yea En. Khai dpt jenjalan tempat org... bile plak nk ajak Giorgio jenjalan skali?... He3
    Salah satu hobby Giorgio gak ni travel2 tempat org... (^_^)

    ReplyDelete
  4. Tempat yang famous dikaitkan dengan aktiviti dadah akibat pengaruh filem aksi Hollywood tahun 80'an dulu. Rasanya, kawasan ni subur dengan aktiviti pertanian kan. Buah-buahan dan sayur-sayuran segar pun senang nak dapat jugak kan?

    ReplyDelete
  5. gelinya tengok ular dan kala jengking tu..

    ReplyDelete
  6. Bestnya dpt tengok sendiri ular dn lain2 binatang dlm balang tu... pastu kedudukan triangle tu sungguh unik, teruja ida nak pegi satu hari nnti

    ReplyDelete
  7. merata tempat admin dah pergi..bestnyer...

    ReplyDelete
  8. Cepat betul update..tak sempat nk kejor...heee..JM pernah naik perahu di Sg Mekong, Ho Chi Minh..kiranya Sg Mekong ni besar dan luas sehinga ke Laos ye

    ReplyDelete
  9. first time tengok arak binatang

    ReplyDelete
  10. Bintang pun jadi arak? Fuh... peliknya cita rasa manusia.

    ReplyDelete
  11. omg...what with those reptiles in the bottles? (-___-)

    ReplyDelete
  12. wah beznye jenjln kat thai
    arak ular n kala tu...geli je tengok..hihi
    menabung kat sini

    ReplyDelete
  13. wahh sangat menarik :)

    arak binatang ?? ohh noo

    ReplyDelete
  14. Jauh perjalanan luas pandangan... Lokasi yg teringin nak dijejaki

    ReplyDelete
  15. Fuhh arak ular tu klu kena sure mabuk melingkar mcm ular punya hehee.. perkongsian terbaik.. :)

    ReplyDelete
  16. pergh.. arak kala jengking...

    ReplyDelete
  17. Renungan yang lebih berharga dari segunung intan, tahniah.

    ReplyDelete