Thursday, 14 November 2013

Gulai Tempoyak Lambuk Udang/Ikan

Resepi oleh Cinta(Ida).


Pokok Keladi Lambuk
Sofiahhanim.blogspot.com

Keladi lambuk biasanya tumbuh meliar di merata tempat di Malaysia.  Batangnya tidak menyebabkan kegatalan, tidak seperti keladi yang lain. Batang keladi boleh dimakan sebagai ulam. Cuba anda lihat disekeliling anda. Sekiranya tidak ada, anda boleh membeli di pasar tani, pekan sehari atau biasanya adalah dijual di seksyen sayur kampung.  





Batang keladi yang telah disiat kulitnya

Caranya adalah siat kulit batang keladi. Rendam seketika dalam air garam. Anda boleh menjadikan batang keladi sama ada sebagai ulam atau masak lemak. Sekiranya dijadikan ulam, cicah mengikut selera masing-masing. Contohnya,budu, sambal belacan,dan sambal kelapa. Tetapi dalam resepi yang dimasak oleh Cinta (Ida) adalah dijadikan gulai tempoyak.  


Gulai Tempoyak Lambuk Udang

Bahan-bahan :

1. Cili kering *
2. Bawang besar*
3. Tempoyak*
4. Kunyit hidup*
* Dikisar halus

5. Serai (diketuk)
6. daun kunyit
7. daun kesom
8. Udang atau ikan
9. Lambuk

Cara-cara :

1.  Rebus Lombok terlebih dahulu dalam periuk lain. Letak asam keping. Bila lombok tu dah lembik, toskan dan basuh.
2.  Blender bahan-bahan *
3. Campurkan bahan-bahan yang dah diblender dengan lombok tadi
4. Masukkan serai, daun kunyit dan daun kesum
5. Bila dah nampak gulai hampir masak, letakkan udang atau ikan (supaya tak hancur)
6. Letak garam dan gula, adjust supaya secukup rasa.

**Bila dah siap, letak dalam pinggan dan boleh la baca doa makan nyum nyum nyum..

32 comments:

  1. Sejak duduk Kolumpo ni, dah lama betul saya tak nampak pokok keladi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demi pembangunan. Tapi boleh di tanam di belakang rumah kita.

      Delete
  2. Ingatkan blog ceita pasal travel je...resipi pun ada....nampak sedap lah...alahai..JM puasa hari ni tak leh tenung lama2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga diselitkan resepi. Tapi janji saya juga pandai masak dan ada selok belok tentang masakan itu. Tempoyak adalah salah satu masakan yang dikuasai saya.

      Delete
  3. kenit taK pernah merasa lagi masakan guna keladi ni :).

    ReplyDelete
  4. wah.. sedapnya gulai lambuk.. tapi aiza tak makan tempoyak.. selalu mak masak gulai lemak je.. :D

    ReplyDelete
  5. Memang sedap..saya suka gulai tempoyak keladi.Mak azlea suka masak tempoyak keladi.lagipun senang dapat tanam kat belakang rumah je.

    ReplyDelete
  6. Boleh masak gulai tempoyak udang atau ikan tanpa keladi.

    ReplyDelete
  7. selalunya makan keladi buat asampedas je.. x pernah lagi merasa gulai keladi..

    ReplyDelete
  8. macam sedap je macam enak je. tak pernah makan :D

    ReplyDelete
  9. biasanya ditempat saya asam pedas keladi di makan dengan nasi ulam...memang sedap

    ReplyDelete
  10. mak selalu jugak masakkan keladi macam ni kat rumah..

    ReplyDelete
  11. Fuh.. memang sedap gulai tempoyak ni.. lama juga x makan. Klu gulainya terlalu pedas menyengat sgt pun sy x tahan.. biar yg sedang2 je... mmg sedap.. :)
    Menabung churp2 kt sini.. :D

    ReplyDelete
  12. sedapnya bro..meleleh air liru ni bro...

    ReplyDelete
  13. sedapnye, 1stime tgk masakan kat blog ni
    selalu cuci mata tgk tmpt org
    hmmm sedap la keladi tu

    ReplyDelete
  14. saya kalah dgn batang keladi . org lain mkn ok jer . tapi saya mkn trus jer gatal kat mulut ...

    ReplyDelete
  15. Alamak, saya kalau nampak makanan pelik-pelik memang takkan pernah dicuba. hehe.

    ReplyDelete
  16. kalau di tempat kami, tanaman ini diberi nama 'bak ampeuk'
    tetangga sering memasak dan membagi dengan kami :)

    ReplyDelete
  17. terbaik punya resepi..terima kasih kerana perkongsian..


    p/s:Entri terbaru saya.... Blogger Aka Pegawai Pemasaran

    ReplyDelete
  18. PERGHHH yang udang tu boleh buat meleleh air liuq nie... pas la sikit kat saya.. huhu :D

    ReplyDelete