Monday 4 November 2013

Day 6 : Hot Spring Chiang Rai

Trip 6 : Enjoying the Nothernmost Large City in Thailand
Hari Keenam (16 Ogos 2013) Part 1
Bismillahirahmanirrahim


Dari cetusan rasa saya, suatu hakikat yang tidak mampu kita nafikan. Dan apabila kita terbiasa pada awal pagi, tengah hari, petang dan malam bertemankan lakaran rasa, usikan jiwa, senda gurau dalam pelbagai warna yang tercalit di kanvas diari kehidupan masing-masing. Tiba-tiba pada suatu hari kita kehilangan semuanya. Masa akan tiba dan pasti tiba. Maka, masa itu pasti kita akan rasa kesunyian dan merindui detik-detik indah itu. Di sini, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan detik-detik keindahan itu dalam blog yang tidak seberapa ini.

Kami telah bersiap sedia untuk bertolak kira-kira 7.30 pagi ke Chiang Rai dengan Big Hmong Tours. Alamat dan No. perhubungan telah kami disertakan dalam entri trip 5 atau entri sebelum ini. Kami telah mengambil pakej dengan Big Hmong Tours . Itu adalah pakej yang termurah hasil penat lelah tinjauan kami ke lebih 10 agensi pelancongan.


Saya suka akan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Big Hmong Tours. Dalam rombongan kami ada lebih kurang 10 orang pelancong yang diketuai oleh seorang tour guide tempatan. Entri ini akan saya rakamkan gambar-gambar di Hot Spring Chiang Rai. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke Chiang Rai. Perjalanan balik adalah lebih kurang 4 jam. Kami sampai ke Lanna Guest House lebih kurang jam 9.00 malam. Entri ini juga saya masukkan sedikit gambar White Temple (Temple Wat Rong Khun), satu-satunya kuil berwarna putih di Thailand. Ada entri khas dibuat semata-mata untuk White Temple dalam laman blog yang berikutnya.


Hot Spring Chiang Rai      



























White Temple. atau Temple Wat Rong Khun. 






















9 comments:

  1. bestnya dapat jejalan macam ni...enjoy ur trip ^0^

    ReplyDelete
  2. pagi2 kat situ mesti best..

    ReplyDelete
  3. seronoknya selalu pergi bercuti.. aiza singgah isi tabung2.. :D

    ReplyDelete
  4. Uniknya senibina bangunan-bangunan tu.

    ReplyDelete
  5. Cantik senibina bangunan tu.. x pernak ke thailand, teringin nk ke sana tp bila terbaca cerita2 yg bukan2 jadi risau pulak.. semoga ceria :)

    ReplyDelete
  6. macam best je.. teringin nak pergi jugak lah.. :)

    ReplyDelete
  7. JM pun ada plan nak ke Chiang Rai ni..ingat nk backpack je..nampaknya.perlu ambil tour guide jgk lah ye sbb kat sana susah nk dpt public transport eh

    ReplyDelete
  8. Kalau di Chiang Mai boleh backpack je....Kalau di Chiang Rai, boleh backpack, cuma kami mengejar masa dan masa itu musim hujan.

    ReplyDelete