Sunday 24 November 2013

Kawah Sikidang, Dieng Plateau

Bekas Letusan Gunung Berapi di Dataran Tinggi Dieng Wonosobo

November, 2013

Kawah sikidang adalah bekas letusan dari gunung berapi di Dataran Tinggi Dieng Wonosobo, Jawa Tengah. Bekas letusan itu telah membentuk kawah yang masih aktif sampai sekarang. Harus diingat bahawa kadar belerangnya sangat rendah, maka saya boleh tahan dengan baunya. Anda boleh berjalan kaki ke kawah yang agak datar ini, sehingga anda boleh melihat gelegak lumpur kawah itu dari dekat. Kawah ini mengeluarkan wap panas disertai semburan air mendidih berwarna kelabu.

Sekiranya anda bernasib baik anda akan berjumpa dengan seorang penjual batu kawah  di bawah kaki bukit kawah sikidang. Batu belerang yang dijual itu berfungsi sebagai ubat gatal di samping bahan campuran komestik.















Legenda Kawah sikidang

Alkisahnya, Ratu Shinta Dewi  telah dilamar oleh Pangeran Kidang Garungan. Kononnya, Pangeran itu tampan dan kaya. Ratu berasa kecewa kerana Pangeran berwajah kijang dan berbadan manusia. Ratu membuat syarat agar dibuatnya satu sumur yang besar dan dalam. Setelah hampir siap, Ratu serta pengawalnya telah menimbus kawah itu saat Pangeran masih berada di dalam kawah. 

Ketika saat Pangeran berusaha melepasi sumur itu dengan menanggung segala kesakitan dan keperitan, tiba-tiba sumur menjadi panas, bergetar dan meledak-ledak. Pangeran hampir berjaya melepasi diri tetapi ratu serta pengawal terus menimbun sehingga tidak dapat keluar dari sumur itu. Pangeran berasa teramat marah sambil mengutuk, kelak Ratu dan keturunannya akan berambut gembel. Bekas sumur Pangeran ini kemudiannya menjadi Kawah sikidang. 

kredit : www.personadieng.com
Anak Gimbal

Anak Gimbal - Raja Tanpa Mahkota dari Dieng. 

Ini adalah rambut gembel sebagaimana yang telah disumpah oleh Pangeran terhadap keturunan Ratu dengan alkisah kawah sikidang yang saya ceritakan di atas. Rambut itu tumbuh dengan sendirinya serta telah menjadi mereka seperti raja.

Fenomena Anak Gimbal ini hanya terdapat di Dataran Tinggi Dieng sahaja. Itu adalah keistimewaan yang dianugerahi oleh Allah SWT.  Rambut gimbal ini bukanlah suatu cerminan gaya hidup. Pada suatu fasa kehidupan, rambut tiba-tiba menjadi gimbal. Kajian secara ilmiah telah dibuat tetapi belum berjaya lagi mencungkil rahsia di bumi yang penuh dengan  mistik.

Masyarakat Dieng percaya ada mahkluk gaib yang menghuni dan menjaga rambut gimbal ini. Rambut seumpama ini bukan genetik yang diwarisi dan tidak tahu anak siapa yang akan menerima anugerah seumpama ini. Seandainya berlaku, anak itu perlu dijaga dan dirawat seperti anak raja.

Rambut itu harus dipotong sekiranya tidak akan membawa musibah kepada si anak dan keluarganya. Anak gimbal itu harus meminta dipotong dan dia sendiri menentukan waktunya. Selagi tidak ada permintaan, rambut itu akan terus tumbuh walaupun dipotong berkali-kali. Selain upacara ritual rambut, permintaan anak gimbal ini harus dipenuhi walau apa sekali pun, jika tidak anak ini akan menderita sakit. 

Sekiranya anda ingin menyaksikan ritual ini, datanglah  ke Dieng pada bulan Ogos dan dijalankan di kompleks Candi Arjuna dan rambut gimbal yang dipotong akan dibuangkannya di Telaga Warna. Justeru itu, anak gimbal akan menjadi ibarat raja kerana akan dikotakan segala permintaan ketika waktu mahkota gimbalnya dipotong.   


30 comments:

  1. ish..ish..ish.. ada jugak mcm tu ye.

    ReplyDelete
  2. hye2....dayat singgah sini :)

    ReplyDelete
  3. salam. betapa agungnya ciptaan Allah...kepingin ke sana nanti..

    ReplyDelete
  4. wah.. seronoknya berpeluang jalan2 di sana.. menarik kisah anak gimbal tu.. :)

    ReplyDelete
  5. wah beznye
    mmg cantik la view kat situ, bertuahnya dapt menikmati n menjejak kaki ke situ

    ReplyDelete
  6. lawa gila tempat nie. mesti mesti kalau photoshoot sini huahua =p

    ReplyDelete
  7. bestnye dapat pergi tengok gunung berapi..

    ReplyDelete
  8. salam..
    wow bestnya.. dapat melawat gunung berapi..
    mesti bau sulfik dia kuat..
    x sangka tempat tu pun ada sejarah..lengendanya tersendiri..
    tq 4 sahring bro :)

    ReplyDelete
  9. wah..ada cerita sebaliknyer..

    ReplyDelete
  10. Indonesia memang terkenal dengan cerita2 mistiknya...

    ReplyDelete
  11. Subhanallah.. best. Teringin pulak nk ke sana... salam hujung minggu.. :)

    ReplyDelete
  12. Style jugak rambut gimbal ni. Ada gaya macam rambut Bob Marley. Tapi natural gaya rambutnya tu, tak payah buat kat saloon. Hehehe

    ReplyDelete
  13. tak pernah lagi melihat gunung berapi secara live.. nampak cantik walaupun merbahaya.. singgah klik-klik tabung.. :D

    ReplyDelete
  14. tak sangka ada history yg mcm tuh.

    ReplyDelete
  15. menarik al kisahnya...dekat indonesia mesti banyak cerita-cerita pasal lagenda yang menarik...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  16. masih berwap tu..huhu....

    singgah menabung

    ReplyDelete
  17. first time masuk sini...tak sangka rupanya ada kisah disebaliknya
    oh...nama pemilik blog ni sama dengan nama bos saya ejaan pun sama.. hehehe

    ReplyDelete
  18. ..rs cm seram sejukkkk je nk g tmpt gini.. :P

    ReplyDelete
  19. ooo patutlah bertutup hidung + mulutnya

    ReplyDelete
  20. macam bestt ja tempat ni... ^_^ rambut gimbal tu ala mcm rambut tread lock jugak lah kan . senang ckap rambut mop .. kikiki

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Seronoknya dapat pergi ke tempat begini. Kalau saya pasti akan abadikan dalam penulisan.

    ReplyDelete
  23. tak bergambar dengan manusia monyet ke di sana ? hehehe

    ReplyDelete
  24. Di dieng juga ada yang dinamakan 'bunga abadi' atau bahasa ilmiahnya bunga edelweiss...bunganya kering,tp bisa tahan bertahun2

    ReplyDelete
  25. Cantek banget tempat nie...

    ReplyDelete