Wednesday 6 November 2013

Day 6 :Mae Sai and Hill Tribes

Trip 6 : Enjoying the Nothernmost Large City in Thailand
Hari Keenam (16 Ogos 2013) Part III
Bismillahirahmanirrahim


Hari telah pun menjelang petang. Selepas menyusuri Sg Mekong dan balik dari membeli belah di Dansao, Laos. Kami ke sebuah restoran di  Pekan Chiang Rai untuk makan tengah hari. Pakej makanan tengah hari telah termasuk dalam RM 120 yang kami bayar kepada Big Hmong Tour. Kami makan buah-buahan sahaja sebagai tengah hari kami. Saya asyik makan buah mangga. Sedap sungguh buah mangga Siam. Selepas makan, kami mencari tempat untuk solat. Kami solat di  tepi van memandang semua tengah mengejar masa. Kan, Islam itu mudah.  

Kemudian, kami dibawa ke Mae Sai, sebuah pekan di sempadan Myanmar dan Thailand. Bandar ini adalah pintu masuk ke Myanmar. Kami tidak melintasi sempadan ke Myanmar kerana akan dikenakan RM50 untuk visa. Lagipun, masa sangat mencemburui kami. Kami shopping di Mae Sai. Barang-barang  di sini murah juga. Saya beli Tshirt dan FM. Cuma setiap tempat yang kami singgah ada barang-barang keluarannya sendiri yang tidak terdapat di tempat lain. Sekiranya anda tidak membeli barang-barang keluaran hasil tempatan di sesuatu tempat anda pasti tidak akan menjumpainya di tempat lain lagi. Misalnya, barang-barang keluaran khas di Doi Suthep temple tidak terdapat di Mae Sai.


Membeli belah di Bandar Mae Sai

Sekitar Bandar Mae Sai


Mae Sai Customs House : Boundary Post. Nun di seberang sana adalah sempadan Thai- Myanmar. Caj RM50 visa masuk ke Myanmar.

Kesibukan Pekan Mae Sai

Buah Berangan

Destinasi terakhir kami adalah melawat perkampungan orang asli di Thailand. Orang asli telah datang ke sini dari selatan negeri Cina beratus tahun dahulu. Mereka masih mengekalkan kehidupan tradisional dan tidak mengikut arus perdana dunia. Lawatan ke Perkampungan orang Yao, Palong, Akha, Long Neck dan Long Ears adalah lawatan yang bermanfaat. Pakej kami RM120 telah termasuk lawatan ke Long Neck dan Long Ears. Sekiranya tidak termasuk anda perlu membayar RM25 lagi. Lawatan untuk beramah mesra dengan Long Neck dan Long Ears adalah sangat istimewa.    

 Perkampungan Orang Asli Thai

Check Point Pertama untuk masuk ke Perkampungan Orang Asli

Mula-mula kami jumpa Orang Yao

Orang Yao

Tempat tinggal Orang Asli Thai

Kain tenunan Orang Asli

Long Neck

Pemandu Pelancong Kami

Kaki pun dililit dengan besi



Lilitan di leher pada suatu masa dahulu adalah untuk menggelakkan gigitan harimau yang akan mematahkan tengkok mangsanya. Kaum Hawa memakai kerana dianggap lemah berbanding kaum Adam.

Betapa beratnya lilitan besi. Kalau saya dah lama tersiksa hidup.

















Long Ears

Long Ears tetapi ada lilitan besi di kakinya

Long Neck yang terpanjang lilitan 

Tunjuk cara lilitan

Long Ears









Lilitan leher terpanjang





Kaum Yao







Kaum Akha

Pemandangan di perkampungan orang asli



Bunga ros di tempat persinggahan akhir. Kami singgah untuk berehat sebentar di pusat membeli belah beli dan tandas

Replika Buah Gajus. Teringat Ayam Masak Gajus Thailand

Wakaf 

Pusat membeli belah dan Tandas.

Akhir kata, saya sangat seronok dengan lawatan ke Chiang Rai. Dengan hanya RM120 anda dapat ke semua tempat di Chiang Rai. Layanan diberikan oleh Big  Hmong Tour cemerlang. Saya dapat ke Hot Spring Chiang Rai, White Temple, menyusuri Sungai Mekong ke Loas, Mea Sai, dan Perkampungan Orang Asli. 

Hujan renyai-renyai sesampai kami lebih kurang pada pukul 9.00 malam setelah bertolak jam 7.30 pagi dari Lanna Guest House. Hujan adalah manifestasi sebuah kejujuran tentang harapan dan impian yang hilang, tentang rasa yang tidak pernah terpadam, menjadi paradoks yang membelenggu dalam setiap degup nafas yang berlagu. Dan hujan adalah irama terindah mengulit hati nan gundah.





14 comments:

  1. Utara Thailand memang menarik, belum dapat sampai lagi, hanya pernah di sekitar Bangkok sahaja. Next time...Insyaallah

    ReplyDelete
  2. Mcm takut pulak tgok leher panjang tu haha..

    ReplyDelete
  3. takut pulak tgk leher diorang jadi panjang...

    ReplyDelete
  4. Tertarik dengan tradisi 'long neck' tu. Nampak macam menakutkan je. Tapi, tradisi sesuatu kaum itu, mesti ada sebabnya mengapa diamalkan. Menarik!

    ReplyDelete
  5. Cantik permandangan.. tp leher tu ngerilah tengok.. :D

    ReplyDelete
  6. Wah kecil2 lagi dah diajar pakai Long Neck tu yer...pastu kain tenunan tu cantik sangat!

    ReplyDelete
  7. Orang Yao...kat Guilin pun ada...kalaudh di belit kat leher macam tu..mcm mana lah dorang mandi eh...ke mmg tak pernah bukak2 llilitan tu...yeksa diri je kan..apalah tujuan dorang pakai mcm tu..nak cantik ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tujuannya adalah untuk mengelakkan daripada dipatah tengkok bila diserang harimau. Sebagai senjata mempertahankan diri kerana kaum long neck ini hidup seperti nomad.

      Delete
  8. Cantiknya kawasan perkampungan. Suka tengok kampung. Macam tenang je. Tapi seram la pula tengok leher diorang. tak sakit ke diorang ni?

    ReplyDelete
  9. bestnya travel mcm ni..mcm2 leh jmpe..

    ReplyDelete
  10. pernah terbaca pasal kaum yg tengkuk panjang ni.. menarik..

    ReplyDelete
  11. Menariknya tempat nie.. tak pernah sampai lg..kalaibada rezeki nk pergi sini jugak la.. =D

    ReplyDelete
  12. Kawan-kawan jangan lupa singgah di perkampungan Long Neck bila singgah di Chiang Rai atau Chiang Mai.

    ReplyDelete
  13. Bukan senang nak cerita satu tempat ke satu tempat dengan tepat melainkan kita sendiri yang pergi. Kalau dapat saya ke sana, sudah tentu saya abadikan dalam karya saya.

    ReplyDelete