Sunday, 3 November 2013

Pantai Kemasik dan Tanah Lot Part 1

Kemasik Beach Tanah Lot Kemaman


Kemasik adalah bandar yang terletak di daerah Kemaman, Terengganu. Kemasik terletak di antara Kerteh dan Kijal di antara Jalan Kemaman-Kuala Terengganu yang merupakan jalan utama dari Kemaman ke Kuala Terengganu. Kemasik berada kira-kira 30 kilometer dari Bandar Chukai dan kira-kira 10 minit dari Kertih.

Anda wajib singgah di Pantai Kemasik sekiranya dalam perjalanan ke arah kuala Terengganu. Pantai ini adalah di antara pantai yang tercantik di negeri Terengganu. Lihat sahaja pintu masuk ke Pantai Temasik yang dipenuhi dengan tugu tanda yang menggamit mata yang memandang. Banyak kemudahan disediakan di sini seperti taman permainan kanak-kanak, tandas awam, tempat letak kereta, deretan kedai jualan, jeti kayu dan wakaf.

Pintu Masuk ke Kemasik Beach
dtajuzzhomestay. blogspot.com




 Taman Permainan Kanak-kanak






Jangan lupa singgah di Jeti Kayu yang dibina khas untuk menikmati keindahan pantai. Jika diperhatikan di bawah jeti kayu, banyak anak ikan bermain-main dengan manjanya di celah-celah paya bakau. Saya merasa begitu khusyuk sekali berada di sini ditemani bisikan geseran desiran angin pantai dengan keindahan panaroma pesisir pantainya.  



 Jeti Kayu



Paya Bakau


Jika anda seorang peminat photography, pantai Kemasik adalah satu tempat wajib bagi anda untuk kunjungi jika datang ke Terengganu. Suasana yang begitu indah di kaca mata setiap pengunjung diwarni lagi dengan  keunikan bongkah-bongkah batu yang kelihatan seperti bukit-bukit kecil di tepi pantai menambahkan seri wajah pantai. Jika berani anda boleh menyeberangi alur sungai berhampiran dan ketika air surut tidak menjadi masalah untuk kita melalui sungai ini dan berjalan terus ke arah ‘bukit batu’. 

Bukit batu ini saya kaitkan dengan Tanah Lot di Bali. Pemandangan bukit batu begitu mengasyikkan saya ketika bercuti di Bali pada suatu ketika dahulu. Sekarang saya menggelarkan Pantai Kemasik Tanah Lot Kemaman walaupun bezanya langit dengan bumi. Sekurang-kurangnya kita ada juga keindahan Tanah Lot yang tersendiri.




Perkampungan Nelayan

Ketenangan Muara Sungai  

Bukit Batu

Di sini, kita dapat melihat terdapat juga perkampungan nelayan berhampiran dengan pantai. Biasanya, para nelayan akan pulang dari laut secara berperingkat sekitar jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Sekiranya kita bernasib baik, kita boleh membeli hasil tangkapan kaum nelayan dengan  secara langsung. Apa kata sekiranya anda ada masa dan ruang, turunlah ke laut menjadi seorang nelayan, terutamanya pemimpin negara. Lakukan perkara ini sekali sekala agar anda dapat memberitahu rakyat bahawa anda merasai denyut nadi rakyat.
  











Pohon-pohon renek di pesisir pantai

Pepohon yang menjalar

 Butir Pasir halus


 Batu kelikir Pantai

 Sisa-sisa Kerang

 Saya dan Tanah Lot ala Bali yang kerdil










Sebelum mengakhiri segmen ini, bagi Piala Malaysia 2013, Pahang telah menjuarai dengan menewaskan Kelantan 1-0. Kelantan selama ini menjadi favorite saya. Apa sekali pun, rebah bukan bermakna satu ketewasan, kekalahan bukan bermakna satu pengakhiran dan tersingkir bukan bermakna satu ketempangan, jaguh tidak pernah runtun dan runsing atas ketewasan, atas puing-puing keruntuhan itulah kita bangkit mencipta masa depan gemilang ...Ayuh Kelantan dan kawan-kawan blogger yang pernah jatuh dan tewas gerakkan langkahmu ...atur strategi mu untuk luaskan taklukan jajahanmu ....Amin, insyallah.






13 comments:

  1. cantik-cantik gambarnya ..ambil sendiri ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami ambil sendiri...Pantai Kemasik memang cantik semulajadi.

      Delete
  2. Wow, menarik...kaki travel betul ko ni bro hehe..

    ReplyDelete
  3. Wah! Ada perkampungan nelayan. Selalunya banyak cerita di sebalik satu-satu kawasan nelayan itu yang kita tak pernah tahu. :)

    ReplyDelete
  4. tak penah pi lagi terengganu nie

    ReplyDelete
  5. pergh.. kalau boleh duk termenung kat situ sambil layan angin laut, mmg best..

    ReplyDelete
  6. kalau anda rajin boleh pergi check balik ada gambar wordless wednesday dekat blog aku..aku ambil gambar dekat sini..hu3

    p/s: tepat gua dating ni dulu2...hahaha

    ReplyDelete
  7. teringat zaman kecik2.. suka sangat dgn taman permainan

    ReplyDelete
  8. Sungguh cantik permandangannya.. melihat dari gambar terasa keredupannya & nyaman tiupan angin laut dgn deru ombak memukul pantai.. terbaik.. :)

    ReplyDelete