Thursday 7 November 2013

Ping di Facebook


Bantuan untuk Trafik Lebih Tinggi



Sudah acapkali kita mendengar perkataan Facebook ini. Malah jaringan laman sosial ini sememangnya sudah bertakhta di mata masyarakat selari dengan perkembangan teknologi komunikasi yang kini pelbagai sehinggakan ada antara pengguna menjadi ketagih dan memberi impak kurang sihat. Baik buruk terpulang kepada diri sendiri.

Bercakap mengenai Facebook dan Twitter, memang sudah tidak asing lagi bagi pengguna media sosial. dan semestinya antara facebook dan twitter mempunyai peminatnya masing-masing. Fakta yang sebenarnya menunjukkan Facebook mendahului Twitter dari pelbagai aspek. Dari sudut pendapatannya Facebook jauh mendahului twitter sebanyak 5.3 billion berbanding Twitter hanya 422 juta sahaja. Dari segi pengguna yang aktif pada setiap bulan Facebook seramai 1.2 billion manakala Twitter 232 juta sahaja. Untuk bacaan lanjut sila 


Facebook adalah sebuah jaringan laman sosial yang sangat popular buat masa sekarang yang mula dibina pada tahun 2004 oleh Mark Zuckerberg - seorang mahasiswa University Harvard. Mark Elliot Zuckerberg atau Mark Zuckerberg dilahirkan pada 14 Mei 1984 di Dobbs Ferry, Westchester County, New York, Amerika Syarikat (AS).

Sebagai blogger, saya menggunakan facebook untuk mendapatkan trafik yang tinggi dan juga sebagai medium untuk blogwalking. Di bawah saya sertakan enam (6) group facebook yang saya seringkali berkongsi entry terbaru saya. 

Harapan saya semoga saya meninggalkan ilmu yang bermanfaat apabila saya pulang ke pangkuan Allah S.W.T. kelak. Bukankah seseorang anak adam akan meninggalkan tiga (3) perkara sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W. 

" apabila mati seseorang anak adam itu...maka akan terhenti segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang berguna, doa anak-anak yang soleh "

Dipersilakan klink pada link yang tertera seperti di bawah :


(i) MK Pydee (Face Book kita)






Anda boleh promote di facebook masing-masing. Ini adalah facebook saya sendiri. Kita perlu promote blog kita sendiri. Kalau kita tidak bantu diri sendiri, siapa lagi. Link ini anda jangan klik. Ping di facebook masing-masing. Nak add sebagai sahabat mukabuku, no hal punya.   Poyonya saya. 


(ii) Kelab Blogger.






Blog ini adalah blog OH blogger Blogspot Malaysia yang seringkali menjadi rujukan saya. Hasrul Hassan adalah seorang blogger yang terkenal. Beliau seringkali memberi panduan menulis blog yang baik serta memberi nilai kepada pembaca. 

(iii) Sembang Blooger







Faizal Fredley adalah pemenang favorite Travel blog di Berjaya Times, KL. pada 3 March,2013. Pertandingan itu dianjurkan oleh Social Media Awards 2013. Beliau adalah pelajar tahun terakhir di bidang kejuruteraan.   


(iv) Aku Blogger






Blog ini dikendalikan oleh Woofer Strom (Achie). Blog ini adalah untuk blogger berkongsi entri masing-masing.


(v)  Kelab Blogger





Kelab Blogger ini dikendalikan oleh Ben Ashaari. Beliau adalah blogger yang terkenal dan mempunyai ramai peminat. Coleteh beliau berkisar di sekitar anaknya yang comel. Kata Ben, Promote blog , promote blog dan bersantai .. Tiada otai , tiada retis , tiada poyo poyo. Sama je dalam ni."



(vi) Blogger Area (ini tempat K.I.T.A Semua)





Blog ini adalah group yang tertutup. Harapan blog ini semoga kita tidak melanggar senstiviti dan blog-blog lucah akan disingkirkan. Blog ini menyeru kita semoga menjadi blogger yang beretika.  Blog ini mengalu-alukan kehadiran semua blogger baru. 


Bak kata, "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama". Justeru itu, saya rasa ada lagi group facebook yang lain yang tidak tercapai oleh saya. Sila tinggal di ruang komen supaya kita sama-sama mendapat manfaatnya. Sharing is caring. Insyallah. 




Rujukan 

http://striderbuzz.blogspot.com

http://nazifhakim.blogspot.com


23 comments:

  1. menarik juga...tapi saya tak aktif dekat FB
    menulis dekat blog pun suka-suka je =)

    apapun sudi-sudikan singgah BLOG saya ye =)

    ReplyDelete
  2. hebat2 group fb tu, tq sbb berkongsi :D

    ReplyDelete
  3. terima kasih di atas perkongsian ini.. singgah klik2 tabung.. :D

    ReplyDelete
  4. datang singgah... sepintas lalu rasanya bro ni memang banyak melancong... :)

    ReplyDelete
  5. Ping di FB kurang memberikan trafik... Pilihan saya, lebih baik guna ping agregator.
    Ini pengalaman saya, tidak semestinya di ikut.

    ReplyDelete
  6. Good info. Thanks sebab sharing. =)

    ReplyDelete
  7. ping entry kat blog tu dah mcm aktiviti wajib.. dari situ banyk boleh dapat sumber trafic blog..

    ReplyDelete
  8. saya setuju dengan bro. saya suke guna fb sebab interface dia awesome.

    ReplyDelete
  9. nak ping la entri lepas ni kat fb :)

    ReplyDelete
  10. Datang singgah ke sini... Terima kasih sudi datang ke blog saya....

    ReplyDelete
  11. dulu rajin ping kat kelab blogger
    cepat dpt respond dri ahli kelab tu jugak
    isi tabung nuffnang sini-hotlink

    ReplyDelete
  12. Thanks 4 sharing yer.. farah jarang ping entri kt facebook kecuali kt page sendiri. Hehehe

    ReplyDelete
  13. T kasih diatas perkongsian.. done klik sini.. :)

    ReplyDelete
  14. Ooo tah tahu pula ada group macam tu, terima kasih atas perkongsiannya ;)

    ReplyDelete
  15. Saya tak ada FB, jadi tak dapatlah guna kemudahan ni.

    ReplyDelete
  16. btol tu boss... kenkadang trafik kt fb pon.. mcm ada xde je...

    Kereta Sewa Langkawi d' KSLangkawi.com

    ReplyDelete