Saturday, 9 November 2013

Share If You Love Your Son


KASIH IBU




Hargailah pengorbanan ibu anda. Ingatlah kasih sayang ibu walau pun di mana kita berada terutama anak lelaki setelah menikah..


Tanggungjawab Anak Lelaki Kepada Ibu bapa Setelah Menikah.


Kawan-kawan yang dimuliakan,




Walaubagaimana pun anak lelaki telah memiliki keluarganya sendiri tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya tidak boleh diabaikan kerana masih terikat dengan tanggungjawab tersebut.

Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya :
“Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”Jawab Nabi “Ibu kamu”“Selepas itu?”- “Ibu kamu”“Selepas itu?”- “Ibu kamu”Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”Jawab Nabi “Ayah kamu”

Lihatlah betapa tingginya nilai ibu di dalam Islam. Seorang ibu tidak ada apa cara sekalipun dapat kita membalasnya. Seorang lelaki datang kepada Sayyidian Umar al-Khattab r.a dan berkata, "Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu." Jawab Umar r.a., " Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu."

Hadis di atas menjelaskan selepas Allah dan Rasul-Nya, orang yang perlu dihormati dan dikasihi adalah ibu dan bapa. Bukan setakat menghormati dan mengasihi mereka tetapi segala keperluan hidup ,keselamatan dan hak-hak mereka perlulah di penuhi sekadar kemampuan si anak tadi.

Menurut Al Qurthubi, derhaka kepada kedua orang tua ialah menyalahi perintah keduanya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, jika perintah itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis mubah, begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat).

Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah s.a.w. bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: 'Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang ke sini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis'. Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Jadi perintah ibu atau bapa yang bukan bersifat maksiat atau mempersekutukan Allah, maka kita wajib mentaatinya. Namun jika perintah nya bersifat melawan kehendak dan hukum agama, maka tolaklah dengan cara yang baik.

Sekadar untuk peringatan dan pengetahuan buat diri saya. kan,pengetahuan adalah warisan yang mulia, budi pekerti ibarat pakaian yang baru dan fikiran ibarat cermin yang berkilau.


17 comments:

  1. Pernah baca kata-kata di atas tu. Sungguh bermakna kata-katanya. :')

    ReplyDelete
  2. Teringatkan ibu di kampung.. banyak pula rasa dosa-dosa yang pernah Abak lakukan.. semoga Ibu bapa kita diberkati dan dirahmati Allah..Amin ya Rabb..

    ReplyDelete
  3. Kasih bapa bahagia kehidupan, kasih ibu membawa ke syurga.. sy sayang ibu & ayah, anak2, isteri & semua insan yg baik.. Salam sabtu sahabat.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup hanya sekali...berjasalah dengan mereka.

      Delete
  4. maka sbb itu Allah berikn lelaki 9 akal ... done isi tabung .

    ReplyDelete
  5. betul tu bro..berkonsi untuk manfaat bersama..thanks bro :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu sedekah kita untuk akhirat...ilmu

      Delete
  6. Terima kasih atas perkongsian ini. Moga sama-samalah kita jalankan tanggungjawab yang diamanahkan untuk menjaga kedua ibu bapa kita.

    ReplyDelete