Tuesday 12 November 2013

Teladan Love You Mr Arrogant


Azlee Khairi dan Zara Zya




Tamat sudah drama Love You Mr Arrogant, cerita yang menjadi kegilaan ramai.. Drama yang mempunyai 26 episod. Drama lakonan Azlee Khairi dan Zara Zya ini benar-benar menghiburkan ramai. Apa sekali pun, lelaki yang playboy walaupun ada ramai teman wanita, jauh di sudut hatinya, dia masih lagi tercari-cari perempuan yang mampu mengubah hidupnya.

Sifat sombong dan angkuh itu dikatakan sifat lelaki yang digemari oleh kebanyakan wanita. Sifat ini dikatakan mempunyai daya tarikan seksual terhadap wanita berdasarkan sebuah kajian yang dijalankan oleh Universiti of British Columbia. Barangkali, perubahan mentaliti dan juga amalan gaya hidup materialistik sedikit sebanyak telah memberi perubahan terhadap cita rasa wanita terhadap lelaki.

Bukankah lelaki yang angkuh ini kelihatan diselubungi oleh misteri yang mendorong kepada terdetiknya hati wanita untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Adakah angkuh itu gagah ? Ah, perempuan gemar sungguh berimaginasi tanpa hujung pangkal.  

Kamus Oxford mendefinisikan orang yang angkuh sebagai, "berperilaku dalam cara kebanggaan dan unggul, menunjukkan terlalu banyak kebanggaan diri dan terlalu sedikit pertimbangan untuk orang lain". ("behaving in a pride and superior manner, showing too much pride in oneself and too little consideration for others").  

Tiga (3) contoh manusia yang angkuh dan sombong  tercatat dalam Al-Quran  :

i. Firaun dan bala tenteranya telah tenggelam di lautan kerana kesombongan itulah dia lupa diri sehingga  keangkuhannya  dia menyatakan dirinya adalah tuhan yang harus disembah.

ii. Kehancuran Kaum Nabi Luth kerana kesombongan menolak kebenaran disampaikan Nabi Luth agar meninggalkan kegiatan homoseksual yang diamalkan mereka selama ini. 

iii. Qarun tenggelam dengan segala hartanya ke dalam perut bumi kerana kesombongan dan keangkuhannya terhadap Allah dan kaumnya.

Jusetru itu, orang yang sombong akan menjadi penghuni neraka. QS az-Zumar :72, pintu hatinya terkunci dan tertutup, telah mengabaikan perintah Allah, dan kesombongan akan membawa kepada kehinaan di dunia dan akhirat.








35 comments:

  1. semoga kita semua dihindarkan daripada sifat sombong ...

    p/s: Jom baca entri terkini saya di [SINI]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah baca...ada masa akan saya kunjung dari masa ke semasa untuk mendapatkan tip-tips yang hebat.

      Delete
  2. keangkuhan tidak bertempat tetap patut dielakkan.. :)

    ReplyDelete
  3. JM tak tengok drama melayu ni..so tak tahu langsung storyline citer ni..RUGI tak ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak rugi pun....cerita sekadar hiburan dan bagus sekiranya terselit pengajaran dalam diri kita.

      Delete
  4. Sombong & angkuh adalah salah satu senjata iblis utk menjahanamkan umat manusia agar bersama mereka.. menabung sunsilk di sini.. :) :)

    ReplyDelete
  5. bagus sekali entri ini. siapa kita hendak bersombongan...Allah Maha Besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia lupa dan alpa dalam perjalanan ke destinasi kekal.

      Delete
  6. Bagi yang menonton dengan mencari pedoman, beginilah hasilnya. Dapat pengajaran untuk diri.

    Bagi yang tonton untuk keseronokan, hanya seronok yang dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengajaran membawa ke syurga, keseronokkan di dunia sahaja.

      Delete
  7. x perlu la nk angkuh sangat.. hidup kat dunia bukannya lama.. nnti nk kena bergantung kepada org jugak.. heheh

    ReplyDelete
  8. Ada juga jenis wanita yang suka pada lelaki yang arrogant atau sombong nie.. tapi mungkin sebilangan kecil... apa agaknya yang menarik tu ye?? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daya tarikan (Kacak) atau diri seseorang diselubungi misteri...semakin ingin mengenali semakin lari..semakin dikejar akhirnya jatuh hati.

      Delete
  9. muhasabah diri... semoga kita dijauhkan sifat sombong

    ReplyDelete
  10. sombong itu sementara, amalan baik itu dunia akhirat.. sama2 la kita muhasabah diri :)

    ReplyDelete
  11. elok lah dah habis... terima kasih untuk tazkirah itu, sungguh bermakna :D

    ReplyDelete
  12. tdk ikuti sangat dgn citer ni..tp nice info dr kamu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

      Delete
  13. Menarik perkongsian ni. IM sibuk post tentang download tak terselit pengajaran pun. Kita tak perlu nak bersifat sombong sebab kita tak punya apa-apa pun, semuanya datang dari Allah :)

    ReplyDelete
  14. ingat salah masuk blog tadi,
    tiba-tiba dok cerita pasal i love you mr arrogant...hehe
    kajian perempuan yang suka lelaki angkuh tu sudah semestinya bukan saya
    saya tak masuk dalam statistik
    benci dengan manusia hidung tinggi

    ReplyDelete
  15. sombong hanya akan jadikan kita hidup sendirian ...

    ReplyDelete
  16. ske tengok drama mr arrogant tu
    lokanan mantap..terselit byk pengajaran
    aah kengkdg diri ini tertarik pd perwatakan macho ala2 control ensem gitu..haha
    tp jika bersifat angkuh, x ske

    ReplyDelete
  17. semoga kita semua mengambil ikhtibar dan teladan dari cerita itu..

    ReplyDelete
  18. Secara jujurnya ida tidak mengikuti sgt cerita ni cuma tahu bila rakan2 sekelas bercerita jer...

    ReplyDelete