Tuesday 24 December 2013

Air Terjun Jeriau Bukit Fraser

Little England

Bukit Fraser terletak di Daerah Raub Pahang. Fraser mendapat nama dari pengembara British yang hidup pada zaman British iaitu Louis James Fraser. 

Tumpuan adalah di sekitar kawasan menara jam, pejabat pos dan balai polis. Itulah pekan 
bergaya dan suasana kehidupan sederhana desa Inggeris seperti perkampungan di pedalaman negara Scotland. Kebanyakan bangunan di sini adalah granit kelabu dengan gaya Tudor.

Dalam entri khas ini, saya ingin menulis tentang air terjun Jeriau. Cubalah mandi jikalau berani dan tahan sejuknya. Air Terjun Jeriau adalah kira-kira 4 km dari pekan kecil Bukit Fraser. Ada peta di tengah pekan. Yang penting, sebelum sampai anda pergi melalui Smokehouse hotel dan jalan itu berakhir di tempat letak kereta dan pintu pagar utama. 

Bukit Fraser adalah kira-kira 103 km dari Kuala Lumpur. Terdapat dua laluan ke Bukit Fraser. Jika anda dari Kuala Lumpur, anda perlu exit di Tol Rawang melalui Lebuhraya Utara Selatan. Dari Rawang anda menghala ke  Kuala Kubu Bharu dan terus menghala ke Jalan Kuala Lipis dan terus ke 'The GAP'. Jika anda dari Utara Semenanjung, exit di Tol Tanjong Malim, terus ke Kuala Kubu Bharu dan terus menghala ke Jalan Kuala Lipis dan terus ke 'The Gap'. Bukit Fraser hanya boleh dikunjungi menerusi sebatang jalan melalui 'The GAP' yang terletak di kaki bukit. Jalan ini adalah jalan sehala sahaja. Naik bukit sejauh 8 km adalah sehala. Turun bukit sejauh 8 km adalah juga sehala.    

Anda boleh menyewa rumah Peranginan Bukit Fraser.  Kadar sewa bagi rumah banglo adalah RM200.00. Rumah besar RM50 dan bilik kecil RM40. Link adalah seperti berikut : http://portal.bph.gov.my/v3/index.php?

















22 comments:

  1. dulu Pontianak Menjerit shooting kat sini..

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi dtg kat cne..memang menarik la tmpt nie

    ReplyDelete
  3. xde org mandi, atau berkelah ke kt situ tuan?

    ReplyDelete
  4. Pasti sejuk airnya klu nk mandi.. udara pun dah sejuk... :)

    ReplyDelete
  5. subhanallah.indah ciptaan Allah.belom pernah kesini lg..t.kaseh share.rase nk pergi pula

    ReplyDelete
  6. Masa mula2 pergi kesini dulu, ingatkan dah sesat...laluannya, hmmm...

    ReplyDelete
  7. hai..tak sampai lagi mi..

    ReplyDelete
  8. nak sampai ke sini bercinta juga dgn jlnnya yg sempit n bengkangbengkok...tapi bila dh sampai ke atas mmg terbalas semua kepenatan dgn view alam yg indah...

    ReplyDelete
  9. tak pernah sampai lagi kat sini.... boleh masuk kan dalam list tempat melawat taun depan....

    ReplyDelete
  10. Seronoknya tengok air terjum tu, kalau mandi... mesti sejuk dan nyaman. :)

    ReplyDelete
  11. wah beznye kat air terjun
    cantik view dia
    akak n abg x main kat sana erk....
    isi tabung nuffnang sini-transitions

    ReplyDelete
  12. teringin sangat nak pegi bkt fraser.. insyaAllah akan singgah nanti.. :)

    ReplyDelete
  13. salam blogging , bukit fraser mmg best sunyi jerr , cuma nak sampai atas tu jerr yg siksa sikit gayat ooo drive he3 .. done klik :)

    ReplyDelete
  14. waaaa.. cantik.. lama x mandi air terjun..

    ReplyDelete
  15. few month ago saya ade pergi fraser...tapi tak perasan plak tempat air terjun nie..cantiknya air terjunya...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  16. Saya belum pernah pergi lagi ke sini.

    ReplyDelete
  17. First time pergi dulu....ahh dah terlalu lama.

    ReplyDelete
  18. Thank you for sharing... syok baca & banyak gambar :)
    For sharing, Kolam Renang Putrajaya

    ReplyDelete
  19. 20.04.2016, pergi air terjun ni. Tp takde org, x berani nk mandi. Mcm seriau je Jeriau ni. Hihi.. Jlnnye, aduhhhh..

    ReplyDelete
  20. air terjun yang segar pak kim...

    ReplyDelete