Monday, 23 December 2013

Bukit Fraser Pahang

The Little England

Bukit Fraser terletak dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang. Fraser mendapat nama dari pengembara British yang hidup pada zaman British iaitu Louis James Fraser. 

Saya mendapati terdapat banyak rumah banglo, apartment serta bangunan berbentuk British. Warna juga hitam putih. Pagar rumah pun banyak diselang seli dengan pokok-pokok bunga. Jalannya juga sempit dan berliku-liku. Udara di sini pun sejuk dan nyaman. Airnya begitu sejuk sampai adakalanya terasa sampai ke suam-suam tulang. Sememangnya Bukit Fraser layak digelar sebagai The Little England bagi kami. 

Tumpuan adalah di sekitar kawasan menara jam, pejabat pos dan balai polis. Itulah pekan  yang gaya dan suasana kehidupan sederhana desa Inggeris seperti perkampungan di pedalaman negara Scotland. Kebanyakan bangunan di sini adalah granit kelabu dengan gaya Tudor.

Bukit Fraser adalah pusat utama untuk memerhatikan pelbagai jenis burung. Terdapat pelbagai laluan trek di dalam hutan yang disediakan untuk menikmati kicauan unggas di sebalik rimbunan kehijauan. Saya ke sini untuk menikmati udara yang sejuk nyaman. Saya telah singgah di kedai cenderamata dan melawat air terjun Jeriau. Cubalah mandi jikalau berani dan tahan sejuknya.Air Terjun Jeriau adalah kira-kira 4km dari pekan kecil Bukit Fraser. Ada peta di tengah pekan. Yang penting, sebelum sampai anda pergi melalui Smokehouse hotel dan jalan itu berakhir di tempat letak kereta dan pintu pagar utama. Jika ingin membeli cendera mata, anda boleh berkunjung ke kedai cenderahati terletak bersebelahan dengan Pejabat Pos Bukit Fraser.   

Pertandingan burung antarabangsa Bukit Fraser diadakan setiap tahun. Acara utama ini diadakan dalam bulan Jun antara pertengahan bulan atau dalam 20 haribulan. Pada masa ini, bilik hotel penuh dan orang memang ramai. Pelbagai jenis burung akan dapat kita lihat pada waktu ini. Jika anda berminat, mesti tempah hotel awal-awal lagi.

Masjid Sultan Mahmud satu-satunya masjid di sini. Tandas awam, taman permainan kanak-kanak, dan medan selera juga disediakan. Anda juga boleh memenuhi aktiviti dengan jungle trekking, memanah, menunggang kuda, dan bersampan di Allan's Water dan melawat Taman Flora Bukit Fraser (Fraser's Hill Garden Center)

Bukit Fraser adalah kira-kira 103 km dari Kuala Lumpur. Terdapat dua laluan ke Bukit Fraser. Jika anda dari Kuala Lumpur, anda perlu exit di Tol Rawang melalui Lebuhraya Utara Selatan. Dari Rawang anda menghala ke  Kuala Kubu Bharu dan terus menghala ke Jalan Kuala Lipis dan terus ke 'The GAP'. Jika anda dari Utara Semenanjung, exit di Tol Tanjong Malim, terus ke Kuala Kubu Bharu dan terus menghala ke Jalan Kuala Lipis dan terus ke 'The Gap'. Bukit Fraser hanya boleh dikunjungi menerusi sebatang jalan melalui 'The GAP' yang terletak di kaki bukit. Jalan ini adalah jalan sehala sahaja. Naik bukit sejauh 8 km adalah sehala. Turun bukit sejauh 8 km adalah juga sehala.    

Jika anda keluar dari Bukit Fraser di sebelah petang, jangan lupa singgah di Empangan Kuala Selangor untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang amat indah.

Anda boleh menyewa rumah Peranginan Bukit Fraser.  Kadar sewa bagi rumah banglo adalah RM200.00. Rumah besar RM50 dan bilik kecil RM40. 

Alamat :-
RPP BUKIT FRASER
JALAN GIRDLE 
49000 BUKIT FRASER
PAHANG
No.Talian :TEL – 017-2968670, FAKS - 09-362 2692.  Penyelia : EN. AZHAR BIN HASHAN
Link adalah seperti berikut : http://portal.bph.gov.my/v3/index.php?

     Anda perlu mencari peta Bukit Fraser dan berada di depan Puncak Inn

 Puncak Inn


Pejabat Pos Bukit Fraser


Kedai Cendera hati Bukit Fraser

Latar belakang Padang Golf Bukit Fraser
 

 Penceritaan akan Fraser Hill




 Masjid Sultan Mahmud
  




 Air Terjun Jeriau



31 comments:

  1. Memang cantiklah tempat ni.......in sha ALLAH kalau ada rezeki akan sampai ke sini juga.

    ReplyDelete
  2. ada dalam list bagi tempat untuk dikunjungi... in sha Allah

    ReplyDelete
  3. memang indah tempat ni disamping melihat desa ala inggeris, taman2 bunga yg cantik n pasti kagum menikmati pemandangan jaluran banjran titiwangsa yg mempesona....subhanallah...

    ReplyDelete
  4. lamanya tak ke sana, hampir 5 tahun....

    ReplyDelete
  5. very nice. Kami pernah ke sini empat tahun yang lalu.
    nostalgia

    ReplyDelete
  6. Cantik Pejabat Pos kat Bukit Fraser.. farah tak pernah p Bukit Fraser lagi.. nnti nak p la.. =D
    isi tabung kat sini sekali..

    ReplyDelete
  7. Fraser Hill..bila turn JM pulak ni hiksss

    ReplyDelete
  8. Wahhh.. Memang mcm kat barat ni. Cantik!

    ReplyDelete
  9. wahh..best nye..cantikk..!! bila saya nak smp ke fraser hill nie..

    ReplyDelete
  10. dari aku kecil sampai sekarang terinign nak pergi ke sana..INSYA ALLAH akan ke sana nanti.

    ReplyDelete
  11. mmg cantik tempat ni..btw cantik gambar bunga En.khairuddin ambik tu..hihihi

    ReplyDelete
  12. waaah.. tempatnya menarik.. ermmm bilalah dapat menjejakkan kaki ke sana ni..

    ReplyDelete
  13. Walaupun dekat dah lama xnaik Bukit Fraser ni.

    ReplyDelete
  14. Saya tak pernah sampai Bukit Fraser ni lagi...

    ReplyDelete
  15. CANTIKNYE BUNGA..SUKE...
    http://northstarian.blogspot.com/2013/12/tips-20-secrets-to-happiness.html

    ReplyDelete
  16. Satu lg tmpt yg teringin nak pegi tp x prnh sampai. Bestnya ada air terjun... Huhu

    ReplyDelete
  17. wah beznye gambar atas ni..sume bez2..tringin gak nak pgi ke situ

    ReplyDelete
  18. Dulu baca dalam buku teks dedulu memang dh tanam impian nk pergi Bukit Fraser tapi tak sampai lagi..

    ReplyDelete
  19. Seronoknya ke Fraser Hill. Dapat menikmati alam semula jadi yang sungguh indah.

    ReplyDelete
  20. kalau ada kesempatan waktu dan wang saya pasti juga ke sana..insya Allah

    ReplyDelete
  21. Seronoknya.. sy dah lama x ke sana. Kali terakhir pun 8 tahun lepas. Teringin rasanya nk jenjalan ke sana lagi nnti. Thanks sharing sahabat.. :)

    ReplyDelete
  22. Klik inti, inti & inti sbg penghargaan kpd perkongsian saudara yg best & mengancam.. :D

    ReplyDelete
  23. Tempat yg sgt sesuai utk rilex2. Dah lama teringin nak ke sana.. tapi masih tak sampai.

    ReplyDelete
  24. waaa.. tak pernah sampai lagi kat situ..

    ReplyDelete
  25. Memang Bukit Fraser dikenali oleh peminat bird watching seluruh dunia.

    ReplyDelete
  26. Tq kawan-kawan blogger atas lawatan dan komen anda semua.

    ReplyDelete