Thursday 30 January 2014

Mom Blogger Top Referral Contest

Jom Sertai Mom Blogger Top Referral Contest 

Assalamu'alaikum  dan selamat sejahtera rakan blogger sekalian.
  
Segmen ini telah dianjurkan oleh Mom Blogger Ummi Hanie.

Hadiah berupa wang tunai disediakan oleh  Mom Blogger Top Referral Contest adalah seperti berikut : 

RM70 untuk top referral no 1
RM50 untuk top referral no 2
RM30 tambahan untuk entri review terbaik

Mom Blogger Top Referral Contest


Peraduan ini berlangsung dari 6 Jan 2014 hingga 6 Feb 2014. Anda boleh menghantar sebanyak mana pun penyertaan. Keputusan akan diumumkan di blog Mom Blooger Ummihanie.com selepas tamat contest,yakni antara 7hb Feb- 10 Feb 2014. Hadiah akan diberi selepas pengumuman pemenang.

Walaupun tinggal beberapa hari lagi, saya mengambil peluang kerana ingin  memberi sokongan kepada ummihanie sebagai rakan blogger.

Kenalilah Mom Blogger Ummihanie

UmmiHanie adalah ibu kepada enam orang anak. Beliau adalah seorang yang penyayang dan penuh dengan ciri-ciri keibuan. Mom Blogger menjalankan bisnes online dari rumah dengan rangkaian produk seperti baju kanak-kanak jenama boboiboy original, tas tangan jenama Coach dari USA original dan menjual pakaian muslimah. Beliau juga menjana pendapatan dengan blogging. Mom Blogger juga menerima job review produk, pengiklanan win-win atau advertorial. 

Review Blog Mom Blogger

Mom Blogger adalah usahawan wanita internet Small Office Home Office (SOHO) sejak tahun 2008. Beliau telah menjana pendapatan dengan bisnes online dari rumah. 

Beliau juga telah juga menjana pendapatan dengan berblogging. Di antara bidang penulisan yang menjadi tumpuan adalah tentang kekeluargaan, gaya kehidupan, travelog, dan SOHO bisnes online dari rumah. 

Saya sukakan blog Mom Blogger yang berwarna lembut dan berlatar putih. Saya telah menimbang berat blog Ummiehanie kira-kira 38.26kb. Berat blog di bawah 100kb adalah baik untuk proses loading yang cepat. Lebih rendah kb lebih cepat proses loadingnya. 

ummihanie.com/blog-tools/timbang-blog/
We took 5.46 seconds to load all content and files from this page
5.46
SECONDS

Saya lebih suka sekiranya Mom Blogger memberi perhatian kepada header. Warna pink sangat menarik. Cuma kurangkan gambar atau item-item yang terdapat dalam header itu sahaja.  


Selamat Maju Jaya buat Mom Blogger, Ummihanie. Semoga bertambah murah rezeki dengan bisnes online dari rumah dan juga menjana pendapatan dengan berblogging. Semoga menjadi ibu mithali di samping suami serta anak-anak tersayang.


JOM SERTAI MOM BLOGGER  TOP REFERRAL CONTEST DAN PENAJA ADALAH :

Mom Blogger Top Referral Contest dianjurkan oleh ummihanie.com dengan kerjasama AnnisaBiz dan Ziefauzi.com“.














Read more ...

Wednesday 29 January 2014

Kuching Waterfront

Trip Kucen Meow-meow 24 hb hingga 26hb Januari 2014

Sekali lagi saya berpeluang ke Kucen Meow-meow untuk urusan rasmi. Saya bertolak dari Tanjung Malim seawal jam 8.00 pagi. Flight kami jam 12.00 tengah hari. Flight adalah selama 1 setengah jam. Lebih kurang pukul 1.30 tengah hari kami sampai ke Kuching. Kami check ini di  Grand Margherita Hotel. Jalan Tunku Abdul Rahman, 93748 Kuching, Sarawak. Phone : +60822423111. 

Hari Pertama (Jumaat). Saya saje-saje lepas di waterfront, Kuching. Kawasan favorite. Anda boleh berjalan sejauh satu kilometer menyusuri hotel-hotel utama, dan pusat-pusat utama komersial sampai ke penghujung bandar Kuching. Anda akan bersua dengan pelbagai aneka restoran dan, gerai-gerai makan.  Di samping itu, kita akan menikmati pemandangan The Astana, Fort Margherita dan Dewan Undangan Negeri Sarawak. Selain itu, terdapat juga menara pemerhatian, teater terbuka dan pancur air muzik.


Khatulistiwa : Restaurant & Cafe 24 hour

Sampan 5 kupang

Kampung tradisional seberang kuching waterfront

Sampan oh sampan 
Arca Kayu

Jualan barang-barang

Perahu tradisional

Kuching-Kuching

Arca Besi

Muzium Sejarah Cina

Masa buka dan tutup muzium

Tahun Lawat Malaysia 2014

Persembahan Pop Jalanan 
Read more ...

Tuesday 28 January 2014

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Rebutlah peluang menyertai Peraduan Ilmu Blogspot Blogger Malaysia


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Para Blogger Malaysia.

Kali ini saya ingin menyertai Peraduan yang dianjurkan oleh blogger Hasrulhassan iaitu Contest Ilmu blogspot Blogger Malaysia. Hadiah yang ditawarkan agak lumayan iaitu RM400 untuk hadiah utama dan RM200 untuk hadiah tempat pertama, hadiah tempat kedua Rm100, hadiah tempat ketiga RM50 dan hadiah Saguhati RM 20 untuk lima pemenang yang bertuah. 

Saya ingin berkongsi tiga (3) ilmu blogspot yang seringkali menjadi amalan dalam berblogging.  

(a)  Ilmu Teknik SEO

Ramai blogger termasuk saya kurang mahir dalam menggunakan ilmu SEO (Search Engine Optimization). Kita perlu terus belajar agar link blog kita berada di halaman utama muka surat pertama google. Dalam ertikata lain, berada di bahagian atas sekali. 

Untuk Ilmu Teknik SEO ini, anda boleh gunakan 'Ilmu Blogspot Blogger Malaysia' sebagai anchor text. Letakkan link di komen blog lain, di laman ping atau backlink ke blog blogger yang trafiknya tinggi. Contohnya, blog saya ada di blog blogger www.hasrulhassan.com. Selain itu, anda boleh pelbagai keyword anchor text. Contohnya seperti Blogger Malaysia,dan Ilmu Blogspot.         

(b) Ilmu Ping entri anda

Apabila anda ping bererti anda telah menghantar link entri ke laman sosial group blogger dan website yang menyediakan perkhidmatan ping. Contohnya busuk orang, apesal .com dan pingje.com. Saya banyak menggunakan perkhidmatan pingje.com. Selain itu, sebagai blogger, saya menggunakan facebook dan Goggle Plus untuk bantuan trafik yang tinggi dan juga sebagai medium blogwalking. Saya seringkali tinggalkan komen yang positif. Di sini disertakan enam (6) group facebook yang seringkali dikongsi entri terbaru saya . Di antaranya adalah facebook sendiri (MK Pydee), Kelab Blogger, Sembang Blogger, Aku Blogger, dan Blogger Area (ini tempat K.I. T. Semua). Semua pendaftaran yang dinyatakan di atas adalah percuma.


(c) Ilmu Menjana Pendapatan

Saya telah menjana pendapatan dengan meletakkan iklan dari syarikat pengiklanan nuffang. Selain itu, terdapat pengiklanan yang lain seperti syarikat Komli, goggle adsense dan juga 8 share. Mana yang lebih menguntungkan ? Tepuk dada tanya selera.

Semoga perkongsian saya memberi manfaat kepada semua blogger Malaysia. Kita sebagai blogger semestinya menguasai sedikit sebanyak ilmu berblogging.


Penaja IImu Blogspot Blogger Malaysia


Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.
Read more ...

Monday 27 January 2014

Salji di Indonesia

Gambar Hiasan : Salji di Mesir [kredit]

Kenyataan Rasmi Jabatan Meteorotologi Malaysia [Kredit]

Read more ...

GA Tip-top Bloglist Ibu 2014



Jom Join Ramai-ramai dan link adalah seperti berikut : 

http://mahligaikasihaifaa.blogspot.com/2014/01/ga-tip-top-bloglist-ibu-2014.html

Read more ...

Sunday 26 January 2014

Nyamuk oh Nyamuk


Sepasang nyamuk lovely (Sumber gambar : dear nyamuk )




Assalamualaikum w.t.b.,

Baru-baru ini, ade Pegawai Kesihatan datang rumah ke rumah untuk cek pembiakan nyamuk di dalam rumah dan di luar rumah termasuk rumah saya. Bagi perumahan yang belum didatangi pegawai kesihatan. Sila lah mengecek kawasan halaman dan di dalam rumah anda bagi mengelakkan penalti yang dikenakan oleh pegawai kesihatan.hehehe.

 tempat pembiakan nyamuk. Sumber gambar : link 

Mari kita mengikuti kisah guru dan murid.

Cikgu     : Murid, ape kerja nyamuk ni?*cikgu tunjuk gambar nyamuk dalam kelas*
Murid E  : Ape? Ape? Ape?
Murid A : Kerje nyamuk ni gigit orang, cikguuu..
Murid B : Hisap darah macam darkula, cikgu..
Murid C : nyamuk jahat, cikgu. Semalam die gigit saya sampai gatal tangan saya. Tengok cikgu, merah.
Murid D :Nyamuk gigit pakcik saya, lepas tu, pakcik saya masuk hospital, mak cakap kena deman denggi.

Murid pun pandai jawab keje nyamuk. hehehe.
Untuk mengetahui tentang deman denggi dan penyakit berkaitan dengan nyamuk. Silalah klik : link ini.

Bagi yang menghidap penyakit deman denggi. Boleh baca di link ini. Kawan luar negara saya ada pesan bagi mengelakkan kena deman denggi makanlah buah jambu merah, selalunya jambu merah dibuat jus untuk diminum.

Hujan tak menentu, Cuaca sejuk. Kes deman denggi berleluasa. Awas! Nyamuk Bekerja!

Nyamuk oh Nyamuk!
                                                     Nyamuk oh Nyamuk (Sumber gambar : link )

Semoga bermanfaat.



Read more ...

Saturday 25 January 2014

Because I could not stop for Death

Death is a daunting topic. It's the fear of the unknown... Fear of the uncertainty it brings. But we all know that no one gets out of this place (this world) alive.

Let us make the most of this life. This life is but a short stop towards our final destination in the Hereafter. Hopefully once we reach there, we will be amongst the people of Paradise, amin!


Let me share with you a poem by Emily Dickinson. For me, it's a really poignant poem, forcing us to ponder upon Death... and the uncertainty that comes with it.


Allahul musta'an (in Allah do we seek aid!)!

Because I could not stop for Death
by Emily Dickinson

Because I could not stop for Death—
He kindly stopped for me—
The Carriage held but just Ourselves—
And Immortality.
We slowly drove—He knew no haste
And I had put away
My labor and my leisure too,
For His Civility—
We passed the School, where Children strove
At Recess—in the Ring—
We passed the fields of Gazing Grain—
We passed the Setting Sun—
Or rather—He passed Us—
The Dews drew quivering and chill—
For only Gossamer, my Gown—
My Tippet—only Tulle—
We paused before a House that seemed
A Swelling of the Ground—
The Roof was scarcely visible—
The Cornice—in the Ground—
Since then—'tis Centuries—and yet
Feels shorter than the Day
I first surmised the Horses' Heads
Were toward Eternity—
Read more ...

Friday 24 January 2014

SEGMEN : JM @ 2014 # 1


Selamat Bersegmen dan jom join segment berikut :

http://jmbelog.blogspot.com/2014/01/segmen-jm-2014-1.html



DOB : March 1, 1984




Read more ...

Thursday 23 January 2014

Gumuk Pasir Parangtritis, Bantul ,Yogyakarta

Gumuk Pasir,satu-satunya gurun di Indonesia dan Asia Tenggara.


Fenomena gurun pasir (Bukit Pasir atau sand dune) ini terdapat di sebelah barat  Pantai Parangtritis, Kabupateh Bantul, Daerah Istimewa Yogyakarta. Penduduk setempat menyebutnya sebagai daerah "Gumuk Pasir". Gumuk Pasir memiliki panjang 15,7 kilometer dari hilir Sungai Opak menuju ke  Pantai Parangtritis dan dua kilometer dari garis pantai. Perjalanan dari Yogyakarta menuju Gumuk Pasir memakan masa lebih kurang lebih 45 minit. Anda perlu menuju ke Jalan Parangritis dan meneruskan perjalanan ke selatan (lebih kurang 30 Km). Apabila sampai ke Pantai Parangtritis, anda akan menemui Hotel Gandung dan ambil arah ke barat ke arah pantai Depok. 

Pada waktu siang hari, udara di Gumuk Pasir sangat panas. Pada waktu malam, udaranya sangat dingin, seakan-akan temperatur di Gurun Sahara, Afrika atau Guru Gobi,China. Fenomena unik ini hanya ada satu-satunya di Indonesia. Gumuk Pasir terbentuk akibat pergerakan angin. Angin membawa pasir-pasir dari letusan Gunung Merapi. Pasir ini terbang ke arah laut kemudian bersatu dengan air dan menjadi pasir halus. Proses ribuan tahun membuat pasir-pasir halus terbentuk menjadi bukit pasir seperti kelihatan sekarang.. 

Gumuk Pasir telah dijadikan pusat penyelidikan bagi ahli penyelidik dan berbentuk bulan Sabit. Bahkan, Keindahan dan keunikan fenomena Gumuk Pasir menjadi inspirasi kebanyakan photographer untuk mengambil gambar. Selain itu, kadang-kadang  jemaah haji di Yogyakarta menjadikan Gumuk Pasir tempat melakukan manasik haji sebelum berangkat ke Mekah, untuk berlatih menyesuaikan diri dengan udara di gurun Arab nanti. Anda boleh mengunjungi Museum Geospatial Gumuk Pasir untuk mengetahui lebih lanjut tentang Gumuk Pasir.
















Rujukan :

http://travel.okezone.com/
Read more ...

Wednesday 22 January 2014

Pantai Kelebang, Pantai Tanjung Bidara & Pantai Pengkalan Balak.

Senja di Pantai hatiku

Sempena hari keluarga Disember 2013,  kami lapan sekeluarga sebelah Aisah dan Hanapi telah melawat ke Pantai Kelebang, Pantai Tanjung Bidara dan Pantai Pengkalan Balak untuk menyaksikan senja melabuhkan tirainya. Pantai itu adalah pantai yang berkesinambungan dari bandaraya Melaka sampai ke Masjid Tanah. Kami telah melewati ketiga-tiga pantai itu yang terletak besebelahan antara satu sama lain. 

Berikut adalah keterangan akan Klebang, Pantai Pengkalan Balak dari http://ms.wikipedia.org.

Klebang merupakan sebuah pantai yang terkenal di negeri MelakaMalaysia. Ia terletak berhampiran Tanjung Kling. Klebang dibahagikan kepada dua bahagian, Klebang Besar dan Klebang Kecil.
Klebang merupakan bahagian Melaka Tengah yang kedudukan di tengah antara Bandar Melaka dan juga Sungai Udang. Klebang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, Klebang Besar dan juga Klebang Kecil. Klebang Besar merupakan kawasan klebang yang mempunyai Pantai Klebang, mengunjur sehingga ke kawasan Balik Buloh, Klebang Kecil pula bermula dari kawasan Pokok Mangga sehingga ke Masjid Klebang Besar.
Klebang besar mempunyai beberapa kawasan kampung antaranya Pulau Gadong, Kampung Permatang, Balik Buloh yang menganjur sehingga ke arah Bertam Perdana, Cheng.Jalan Pulau Gadong merupakan laluan utama kenderaan dari sungai Udang untuk ke Bandarraya Melaka melalui Lebuh AMJ (Alorgajah- Melaka- Jasin).
Di kawasan Pantai Klebang, kerajaan Negeri Ali Rustam telah pun menambak kawasan pantai tersebut untuk dijadikan kawasan rekreasi untuk penduduk melaka, kawasan tambak ini mengunjur sehingga ke pantai Kundor, Tanjung Kling (dikenali juga sebagai Pantai Puteri).

Pantai Pengkalan Balak merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung BidaraMelaka. Pesisir pantainya yang luas didampingi keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitarannya amat damai dan permai.
Pantai yang popular dengan pelbagai bentuk chalet persendirian ini memberikan peluang kepada pengunjung dan pelancong untuk menginap dan menikmati suasananya yang permai pada sebelah malam. Para Pengunjung juga berpeluang menyaksikan kegirangan nelayan-nelayan yang pulang membawa hasil laut menjelang senja hari.
Pantai Pengkalan Balak merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung Bidara. Pesisir pantainya yang luas di dampingi keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitarannya amat damai dan permai.
Pantai yang popular dengan pelbagai bentuk chalet persendirian ini memberikan peluang kepada pengunjung dan pelancong untuk menginap dan menikmati suasananya yang permai pada sebelah malam. Para Pengunjung juga berpeluang menyaksikan kegirangan nelayan-nelayan yang pulang membawa hasil laut menjelang senja hari.Pengkalan Balak merupakan sebuah pantai yang terkenal di negeri Melaka, Malaysia dalam daerah Alor Gajah. Pantai Tanjung Bidara terletak berdekatan dengan Kem Terendak, sebuah kem tentera dan pantai Tg Bidara. Pantai yang terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah ini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka.
Penempatan ini terdiri daripada 11 buah kampung tradisional dengan kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani dan nelayan.
Pengunjung ke Pantai Padang Kemunting akan berpeluang melihat penyu karah, spesies yang hampir pupus. Pusat Penetasan Penyu Jabatan Perikanan di Padang Kemunting berperanan dalam menyelamat dan melindungi penyu karah ini. Pantai Pengkalan Balak pula merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung Bidara
Berdekatan pantai terdapat Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang menempatkan Balai Cerap, Planetarium, Pusat Latihan Falak dan Balai Cerap Robotik.













Read more ...

Wordless Wenesday #9

Pelajarku Sayang

Read more ...

Tuesday 21 January 2014

Keselamatan, Pelancongan & Thailand 2014

Jom kita melawat Thailand

Adakah anda akan membatalkan rancangan untuk melancong ke Thailand kerana keadaan politik yang tidak stabil. Jom kita meninjau-ninjau akan dua belas kawasan yang menjadi pilihan hati saya di Thailand.

Dua belas (12) tempat pelancongan yang terkenal dengan keindahannya di Thailand

Antara tempat yang disyorkan adalah :

(1) Chiang Mai



Chiang Mai terkenal dengan pasar malamnya bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Biasanya, pasar malam akan dibuka di sebelah petang sehingga 12.00 tengah malam. Beranika jenis barangan dan makanan dijual pada pasar malam ini. Pada mulanya pasar malam ini dimiliki oleh pedagang cina tetapi sekarang telah diusahakan oleh penduduk asli Thailand.

(2) Chiang Riang


Chiang Mai terkenal dengan White Temple atau Wat Rhong Khun yang kira-kira 5 kilometer ke Selatan Bandar Chiang Rai, wilayah Utara Thailand. Kuil ini adalah idea pelukis Thailand yang terkenal, Chalermachai Kositpipat pada tahun 1997. Kuil ini masih belum siap sepenuhnya.

(3) Cha-am

www.travelblat.com

Cha-am terletak di sekitar 161 km sebelah selatan kota Bangkok. Pantainya adalah pantai pasir putih yang terpanjang di Thailand.

(4) Hua Hin

www.golf-huahin.com

Hua Hin adalah tempat untuk berekreasi. Hua Hin terkenal dengan keindahan pantainya serta tempat untuk berolahraga. Keunikan di sini, para pengunjung dapat bermain di golf di bawah pohon kelapa.

(5) Koh Samui

www.frugaltravelguy.com

Koh Samui terkenal dengan keindahan pantai dan pulaunya. Lautnya tenang dan mendamaikan hati. Ada banyak juga tempat menarik sepanjang perjalanan, air terjun, trek gajah dan tiger and sea lion show.

(6) Koh Chang


www.paradise.bungalows.net

Koh Chang mempunyai tema taman nasional laut yang sangat indah dan damai. Terletak di dekat dengan perbatasan Kemboja, Koh Chang adalah pulau terbesar kedua di Thailand, dan yang terbesar di Koh Chang adalah Marine Park Nusantara. Koh Chang adalah salah satu pulau yang paling indah di Thailand dengan beberapa air terjun, terumbu karang berkembang, hutan hujan dan pantai berpasir putih panjang. Koh Chang  masih jauh lebih tenang daripada pulau-pulau seperti Phuket atau Ko Samui.

(7) Krabi
www.tripadvisor.com

Ko Phi Phi adalah kepulauan kecil yang sangat menarik untuk dikunjungi di Krabi, Thailand Selatan. Ko Phi Phi Don adalah pulau terbesar dari kelompok kepulauan tersebut, dan merupakan satu-satunya pulau berpenghuni tetap, sedangkan yang lebih kecil adalah Ko Phi Phi Leh yang sangat popular kerana pantainya dan aktiviti menyelamnya. Ko Phi Phi Leh digunakan sebagai lokasi untuk film The Beach. Tempat ini merupakan tempat yang sangat indah untuk dikunjungi.

(8) Phuket

www.mrstyleking.com

Phuket juga terkenal dengan nama 'mutiara dari Selatan'. Apabila anda sampai ke sini, anda perlu melawat restoran-restoran yang terdapat di sekitar Phuket yang disajikan dengan pilihan makanan yang terbaik dari masakan Thailand. Anda harus melawat Phang Nga Bay kerana adalah salah satu daerah pemandangan yang paling indah di Thailand. Tempat ini terdiri dari gua-gua yang indah, gua-gua air dan pulau-pulau batu kapur. Pulau yang paling terkenal di teluk adalah setumpuk laut yang disebut Ko Ping Kan (lebih dikenal sebagai James Bond Island) yang ditampilkan dalam film James Bond "The Man dengan Golden Gun". Satu cara yang popular untuk mengunjungi Phang Nga Bay adalah dengan menggunakan kayak laut kerana itu adalah satu-satunya cara untuk masuk ke dalam gua-gua lautnya.

(9) Pattaya


www.pictures.Thailand.com

Pattaya terkenal dengan keindahan pantainya, walking street, dan pulau-pulaunya yang indah. Pantai ini adalah syurga untuk hiburan, menyelam, dan lautnya. 

(10) Bangkok


www.99holidays.com

Bangkok adalah ibu kota Thailand dan adalah bandaraya yang terbesar sekali. Terdapat banyak tempat yang menarik untuk dilawati di sini. Di antaranya Grand Palace, Siam Ocean World, Wat Pho, Wat Arun, The Giant Swing, Jim Thompson House, Damnoen Saduak Floating Market dan Sungai Chao Phraya.

(11) Ayuthaya
   
www.bangkok.com

Di sini anda dapat menyaksikan keruntuhan candi, sisa-sisa kuil dan istana Ayuthaya yang sekarang ini telah menjadi taman bersejarah untuk dilawati.

(12) Lop Buri

penceritamaya.blogspot.com


Bunga Matahari banyak terdapat di Lop Buri, Thailand. Bunga Matahari kembang mekar dengan begitu banyak seperti cerita sebuah dongeng. Sungguh menawan hati yang memandang. Sungguh cantik sehingga tak terkata. Anda boleh mengunjungi tempat ini dari bulan November sehingga bulan Januari setiap tahun. Saya peminat bunga matahari sehingga rasa boleh meleleh air mata.


Sejak akhir-akhir ini, heboh dipersoalkan keselamatan yang berlaku di Thailand. Selamat atau tidak untuk kita melancong.  Sedia maklum Thailand telah diancam oleh beberapa siri keganasan, bom dan demontrasi.  Secara keseluruhannya, selagi belum ada amaran khusus, kawasan pelancongan itu masih selamat dilawati kecuali Bangkok dan wilayah-wilayah di selatan Thailand. Bangkok menjadi tumpuan pusat demontrasi serta kawasan-kawasan Islam di Selatan Thailand yang  diancam oleh beberapa siri keganasan serta bom. 





Read more ...