Monday, 13 January 2014

Semarang di Gedung Pintu Seribu


Assalamualaikum w.t.b.,

Bangunan Bersejarah peninggalan Jajahan Belanda

Kali ini, saya nak cerita tentang kejadian bangunan tua pada dua zaman pejajahan yang berbeza. 


Salah satu bangunan yang telah dibaik pulih. 
 
 Lawang Sewu berasal dari bahasa Jawa yang bermaksud Pintu Seribu. Mulanya ingat bangunan ni ade Seribu Pintu la sebab namanya Pintu Seribu tapi pintu tak sampai seribu pun, cuma dari jauh nampak pintu macam banyak dan tingkap yang tinggi.


Lawang Sewu/ Pintu Seribu

Landmark lain di yang ada di Semarang adalah Lawang Sewu. Lokasi Lawang Sewu berada di tengah kota ini sehingga sangat mudah dikenali. Bangunan Tua ini merupakan pejabat NIS (Nederlands- Indische Spoorweg Maatschappij). Bangunan ini digunakan sebagai syarikat kereta api belanda pada zaman penjajahan Belanda suatu ketika dahulu.
Halaman di dalam Lawang Sewu.

Bangunan ini cukup luas dan gedung yang kosong. Halaman bangunan ini amat luas. Harga tiket bagi per orang dewasa adalah Rp10 000 (sekitar rm3.50-rm4). 

Loteng merupakan tempat penyiksaan tawanan pada zaman Jepun.

Loket Tiket Masuk ke Lawang Sewu.

Di sebabkan besar, jenuh gak lah pusing-pusing bangunan ini. Tetiba, dah di bangunan lain. Kami naik sampai kawasan Loteng. Loteng bangunan ini nampak terbuat dari kayu. Tempat ini masa zaman Jepun digunakan tempat penyiksaan tawanan.

 Baru sedar, setiap bangunan tu ade jalan bersambung dengan bangunan yang lain. Saya tak ambil pemandu, hanya berwisata sendiri. Biasa ler, nanti ada extra bayaran. Jimat punya pasal.hehe.

Pusing la punyer pusing sampai jumpe satu tempat ni, ramai jugak orang di sini. Rupenya, inilah di namakan Penjara Jepang (Penjara Jepun). Penjara ini terletak di bawah tanah. Pada zaman Belanda, bahagian bawah tanah ini merupakan tempat penyejuk bangunan atau dengan kata lain sebagai 'air-conditional' . Memang di bawah ini, nampaklah batang paip yang banyak sehingga boleh jadi air-cond. Masa ke Penjara Jepun ni kena cas lagi Rp15 000 per orang dan cas pemandu Rp30 000.  Masa ini agak terpegun sedikit sebab baru tahu cara air-cond zaman dulu. Zaman moyang kite dulu, nak beli kipas pun, tak cukup duit. Sebelum masuk ke Penjara Jepun ini, kena pakai kasut bot dan lampu suluh disediakan. Sebab ada air separas betis dan gelap.

PERHATIAN!!!

Semasa dalam penjara Jepun, dijelaskan terdapat 3 jenis penjara iaitu Penjara Berdiri, Penjara Jongkong dan Penjara Exklusif.

Suasana Penjara Jongkong

Kenapa dikatakan Penjara Jongkong? Jongkong tu maksudnya duduk mencangkung. Jadi tawanan yang kne humban ke penjara ni, kena duduk mencangkung, Terlihat seperti dalam satu bilik ada banyak kompartment. Dalam satu kompartment terdapat dalam 5-8orang. Astrafirullah, tak dapat dibayangkan keadaan manusia yang menjadi tawanan pada zaman Jepun dengan keadaan air sampai betis,duduk mencangkung lagi, sumbat beberapa orang. Ditutup dengan jaring besi. 
Penjara Berdiri

Kedua, Penjara berdiri maksudnya berdiri dan disumbat sehingga 10-13 orang. Penjara berdiri lagi kecil dari penjara jongkong. Ketiga adalah penjara Ekslusif. Masa bahagian ini, saya bau hanyir darah sangat kuat, rasa nak loya tekak. Rupenya, kalau dah masuk penjara yang pertama dan kedua tapi tak mati-mati lagi. Baru masuk penjara ketiga ni. Memang ekslusif lah layanannya. Layanannya adalah potong kepala. 
Penjara Ekslusif

Antara laluan penjara berdiri ke penjara Ekslusif tu terdapat satu pintu kecil. Pada zaman Belanda digunakan sebagai pembuangan logi najis salur ke sungai yang ada kat belakang bangunan ini. Pada zaman Jepun pulak digunakan tempat pembuangan mayat yang telah dikeringkan darahnya. Baru di buang ke sungai ni. Mayat dikeringkan di Penjara Ekslusif sebelum dibuang ke sungai. Gambar diatas sebelah kanan ini adalah tempat pembuangan mayat.

 Apa-apapun, takde la seram sebab dah tak ada apa-apa. Hanya bangunan kosong je dan dapat menghayati sejarah masa jajahan Belanda dan Jepun di negara Indonesia. Semoga kita ambil pengajaran dari kisah ini. 

Janganlah hidup sebagai tawanan orang. Kita harus mencintai tanah air kita. Kedamaian negara yang kita merasa sekarang adalah hasil perjuangan nenek moyang kite dahulu. Sama-sama kita pertahankan maruah bangsa kita. Hidup bebas, aman dan damai. Alhamdulillah. Syukur atas nikmat Allah yang banyak dan tak terkira.

Foto bersama.

Sekian. Membaca jambatan ilmu :)

21 comments:

  1. Melihat bangunan lama umpama melihat sejarah silam...
    Apa baik jadikan teladan, yg buruk jadi sempadan...

    ReplyDelete
  2. Kejam kan...berdiri lame pasti akan jatuh...tapi blom tentu mati...mencangkung lebih lwat utk mati...suatu penyiksaan...moga tiada lagi perbuatan sekejam itu dimasa kini...

    ReplyDelete
  3. kejamnya seksaan tentera jepun dulu :(

    ReplyDelete
  4. seronok dapat melawat negara orang

    ReplyDelete
  5. Macam ngeri jer tempat niee.... terutama kat penjara berdiri tu...

    ReplyDelete
  6. wah teruk dan kejamnya
    tak dapat bayangkan mereka yang terpaksa mengalaminya
    ikutan sebutan jawa, jekung tu duduk
    tak tahulah pula jongkong =)

    ReplyDelete
  7. Sejarah silam mengajar kita utk menghargai kesenangan yg kita kecapi skrng ini.. walaupun adakalanya dirasa tak berapa senang, tapi jngnlah sehingga terwujudnya penjara cangkung tu lagi.. nauzubillah.. Perkongsian pengalaman yg sgt menarik.. :)
    5x rhb sbg penghargaan sahabat.. :D

    ReplyDelete
  8. Rare tempat mcm nie.. kat malaysia tak de Penjara Pudu pun dah hancur huhuuu.. :D

    ReplyDelete
  9. jenis2 penjara pun dh cukup utk mengambarkan suasana pemerintahan dulu..

    ReplyDelete
  10. wah pintu seribu nampak unik..sure jauh n jauh
    seksa kan org dulu bila masuk penjara..bermacam seksaan yg kena

    ReplyDelete
  11. wah...unik,tringin nk tngok dpan mata..

    Salam Maulidur Rasul..
    Abak nak ajak join segmen :
    http://lorong-cinta.blogspot.com/2014/01/pelancaran-kempen-dan-segmen-blogger.html

    ReplyDelete
  12. waaa...

    salam maulidur rasul..

    ReplyDelete
  13. memang unik...

    SALAM MAULIDUR RASUL..

    ReplyDelete
  14. Mana lokasin ya..indon ye pak hiksss

    ReplyDelete
  15. Banyak betul tempat2 bersejarah di sana yer

    ReplyDelete
  16. Satu perkongsian sejarah yang bermanfaat. Terima kasih.

    ReplyDelete