Monday, 3 March 2014

Membeli belah di Jalan Malioboro

Sepanjang Jalanan Malioboro

Saya melawat beberapa tempat di sepanjang Jalan ke Malioboro. Jalan di sini adalah tempat untuk saya membeli belah. Kawasan yang sangat terkenal di Jogja dan semua orang kenal tempat ini. Di antaranya adalah :

(a) Tugu Yogyakarta adalah tugu simbol atau lambang dari Kota Yogyakarta. Tugu ini adalah garis yang bersifat magis menghubungkan laut Selatan, Kraton Jogja, dan Gunung Merapi. Jika ditarik garis lurus, anda akan menemui beberapa objek pelancungan seperti Gunung Merapi, Kalirung, Monumen Yogya kembali, Tugu Jogja, Stasiun Tugu, Malioboro, Pasar Bringharjo, Bentenbg Vredeburg, Alun-alun Utara, Katon Jogja, Alun-alun Selatan, Panggung Krapyak/ kandang Menjangan, Desa Wisata Manding sampai Pantai Selatan Parangtritis.


Tugu Jogja


Selepas itu, saya pergi membeli belah di sepanjang jalan Malioboro. Terjumpa banyak beca dan kereta berkuda. Banyak yang dijual hasil kerajinan tangan dan batik. Ini adalah kawasan kegemaran saya untuk bershopping. Macam-macam ada di sini. Anda perlu rajin tawar menawar. Saya membawa orang tempatan apabila membeli barangan di sini. 

 Kereta Berkuda

 Beca Jogja

 Pasar Beringharjo : Pasar Tradisional

   Saya suka shopping di sini. Pasar ini terkenal dengan kain batik Jawa, serta barangan            kerajinan tangan. Anda mesti berkunjung ke sini apabila ke Malioboro. Selepas itu, anda        teruskan perjalanan sehingga berjumpa dengan Mirota Batik.

 Mirota Batik : Key Chain, Fridge Magnet, Gelang tangan, dan kerajinan tangan ada di sini.

 Vredeburg (Museum Benteng Yogyakarta) Dulu dulu adalah Pusat Pentadbiran Belanda. Letak Museum ini adalah selepas Gedung Mirota Batik

Selepas Museum Benteng Yogyakarta, kita akan temui Titik Nol Km apabila anda terus berjalan ke arah simpang empat.  Titik Nol Km adalah di persimpangan Kantor Pos Besar Yogyakarta. Selain terdapat Gedung Agung, Benteng Vredeburg, Kantor Pos Besar dan Gedung BNI, di kawasan ini juga terdapat Monumen Serangan Oemoem 1 Maret serta Monumen Batik. Kawasan ini adalah tempat umum maka banyak pertunjukkan kebudayaan akan diadakan di sini serta juga aksi demo seringkali berlaku di sini. 

 Persimpangan Empat

Monumen Serangan Oemoem 1 Maret 



 Persimpangan Empat


 Persimpangan empat

Pangestu Batik : Pusat membeli belah batik design cantik

45 comments:

  1. wah tengok pun macam seronok jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok pun seronok, datang tgk sendiri lagi la seronok farah hehehe..

      Delete
  2. en.khairuddin pengusaha batin ??

    ReplyDelete
  3. membeli belah di tempat orang memang seronok n boleh dijadikan kenangan perjalanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong paridah.. Nak nak pulak barang kat tempat tu murah, lagiiiii la seronokkkk :D

      Delete
  4. waaaaa.. menarik tempat ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak tempat menarik kat jogja ni.. Salah satunya kawasan ni la

      Delete
  5. cantiknye.beznye selalu je jenjalan. saudara khai memang ejen travel erk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha xde la yumida..ada tiket murah terbang la, kalau tak de jalan dekat2 je

      Delete
  6. selalu encik khairuddin ke indonesia..

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak terjah sini, hari ni baru dapat terjah blog awk :)

    Mohon singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  8. Menarik ni.. seronok. T kasih atas perkongsian pengalaman yg infomatif ni.. mmg best.. :)

    ReplyDelete
  9. wah.. bestnya dapat naik kereta kuda.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak naik pun aiza..tak rasa nak naik masa kat sana, dah sampai malaysia bila tgk gambar balik rasa menyesal pulak tak naik hehe

      Delete
  10. Ada kawan kampung kat Jogja ni memang duk canang kat saya suruh masukkan tempat ni dalam travel list. Baca entries bloggers lain yang dah sampai sini memang menarik. Nak lagi kalau sebut pasal Borobudur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bie mmg kena masukkan tempat ni dlm travel list..kota yg penuh mistik haha..borobudur tu mmg sgt fantastik..

      Delete
  11. saya sempat naik beca dari hotel ke jalan malioboro... tapi tak pergi pun dekat tugu dan monumen tu... tak sempat ronda-ronda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak naik pun beca masa kat sana..menyesal pulak..tugu dan monumen tu unik..ramai org kat kawasan tu, nak bergambar pun susah

      Delete
  12. Ngerinya tengok tugu kaki tu... berakar2 lak tue...

    ReplyDelete
  13. Banyak yg kata Yogja lokasi menarik...ya! memang terbukti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jogja ni terkenal dgn borobodur dan prambanan dan juga gunung merapi..yg lain2 tu biasa je kot haha

      Delete
  14. kalau ke indon tak lupa beli batik sebab tak berkedut , tak payah berseterika

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu nieda..saya pun suka beli baju batik kalau ke indonesia..tp pada saya batik malaysia lagi cantik berbanding batik indonesia

      Delete
  15. cantik..best tgk En.Khairuddin selalu jln2xx..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak de la selalu sgt ikhwan..alhamdulillah ada rezeki dapat la berjalan sekali sekala

      Delete
  16. yg tugu kaki besar tu, macam merujuk kepada hantu raya je.. hehe

    ReplyDelete
  17. Assalammualaikum..

    Best nyer jejalan di Indonesia nie... tempat menarik dan cantik2 belaka..
    Bila agak mselim3 boleh jalan di Indonesia nie yer..hehehe

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berjalan kat indonesia ni seronok mselim..budaya dan bahasa tak jauh beza dgn kita..inshaallah akan sampai juga mselim ke sana

      Delete
  18. Knapa Vredeburg tu macam tutup je? Dulu aku masuk sampai dalam cuma kat pintu depannya dorang tengah renovate sikit bahagian pejalan kakinya..

    ReplyDelete
  19. murah tak barangan dekat situ MKL?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga biasa2 je yana..cuma barangan daripada batik mmg banyak jual kat situ

      Delete
  20. cantik2 tempat kat jogjakarta nie...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu azlan..jogja ni penuh keunikan dan kemisterian

      Delete
  21. tengok pun dah seronok apatah lagi pergi..memang selalu ke sana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak selalu sgt AP..kalau ada cuti panjang dan tiket murah boleh la jalan2 tgk negara org

      Delete
  22. Replies
    1. Tak de menyoping sgt Dhia..sy xpandai sgt bab2 soping menyoping ni hehe

      Delete
  23. lagi banyak bawa duit , lagi byk habis klu pergi ke tpt camni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha betul tu qaseh vee..kalau kaki shopping mmg heaven la

      Delete
  24. assalam,

    cantik ...bilalah bunda dapat mersa kesana yer..

    ReplyDelete
  25. Bestnya...pengalaman indah... tempat pun cantik2 semua

    ReplyDelete
  26. ada kaitan dgn malboro tak? hehe

    ReplyDelete