Wednesday 30 April 2014

Santuari Ikan Sungai Chiling

Letak di Kuala Kubu Bharu jalan menghala ke Fraser Hill

Sekiranya anda dari Kuala Lumpur, anda perlu exist tol Sungai Buaya, menghala Ke Rasa/ Bandar Kuala Kubu Bharu. Tol Sungai Buaya dibuka dengan rasminya pada bulan Januari 2014. Perjalanan dari kuala Lumpur ke Kuala Kubu Bharu lebih kurang 70 KM. Jika anda dari Utara exist tol Tg Malim, terus dan belok ke kanan dan terus menghala ke Pekan Kuala Kubu Bharu.  

Santuari Ikan Sungai Chiling terletak di Kuala Kubu Bharu, jalan menghala ke Fraser Hill. Kalau dari bandar Kuala kubu Bharu cari jalan ke Fraser Hill. Landmark yang penting anda perlu jumpa Empangan Kuala Kubu dan lebih kurang 10 KM sampai le ke tempat ini. Biasanya, anda melalui jambatan sempit dan di sebelah kanan tempat letak kereta untuk Kawasan perkelahan Air terjun Chiling. Anda teruskan perjalanan sehingga ternampak kereta parking kiri kanan bahu jalan kira-kira sampai le tu. Cari pintu gerbang tulis Santuari Ikan Sungai Chiling. Itu kira jalan masuk. Selamat berjungle trekking. Tiba-tiba teringat kat Rein. Kan blognya Janggeltrekker's life.

 Anda perlu melepasi Empangan Kuala Kubu Bharu
  
Selepas Empangan Kuala Kubu Bharu, anda akan sampai ke Jambatan sempit dan tempat letak kereta di sebelah kanan jalan menuju ke Air Terjun Chiling. Jalan lagi sehingga terjumpa kereta terletak di kiri kanan bahu jalan. Santuari Ikan terletak di sebelah kanan jalan. 

Jalan masuk ke Santuari Ikan Sungai Chiling. Palang itu bertujuan menghalang kereta masuk. Terus berjalan sehingga anda jumpa dengan pejabat atau kawasan perkemahan. Jalan sehingga lebih kurang 500 m. Bayaran masuk adalah RM1. Bagi yang ingin bermalam, boleh berkemah di tapak perkemahan yang disediakan. Deposit perkemahan adalah RM10 seorang. Deposit itu bertujuan memastikan kebersihan di sekeliling khemah.

Hanya dibuka hanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Tutup pada hari Isnin sehingga Khamis. Masa dibuka adalah dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Ini adalah lintasan 1. Anda perlu mengharungi 6 lintasan sebelum sampai ke air terjun di penghujung lintasan anda. 5 Lintasan adalah kawasan berair. Ada surau, wakaf dan tandas di sini. Siap buang air dahulu. Kalau terdesak, buang air dalam semak atau dalam air je. Nanti digigit sang ikan atau mohon sembah datuk moyang untuk kencing. Pengsan terus baca statement ini. Ada aku kisah. 

Pemandangan yang begitu indah. Jangan lupa bawa beg kalis air bagi menyimpan barang-barang anda dari dimasuki air. Laluan Denai adalah bersebelahan sungai. Anda akan melintasi banyak lorong tikus atau denai kecil.  

Banyaknya ikan kelah di sepanjang perjalanan. Memang teruja.  Anda dilarang memancing atau menjala ikan dan sekiranya ingkar akan didenda. Bawalah makanan ikan atau boleh beli sebungkus RM2 dari kaunter bayaran tiket. Geram tengok ikan-ikan tu.

Anda dinasihat bawa beg kalis air dan botol minuman seperti yang kami bawa. Masuk makanan ke dalam tupperware. Jangan sesekali bawa botol mineral atau makanan dalam plastik. Ini sudah pasti mencemarkan sungai. Maka anda perlu deposit sekurang-kurangnya RM50 sekiranya anda membawa botol-botol mineral dan plastik-plastik makanan. Sekiranya anda tidak berjaya membawa sampah sarap makanan keluar dari jungle trekking,maka anda anda kehilangan wang deposit RM50.

 Lintasan sungai yang menarik tetapi berair. Jadi, pakailah kasut atau sandal yang sesuai.

Ini adalah salah satu lintasan sungai. Airnya deras semasa hujan atau musim hujan. Semasa kami pergi, ini adalah musim kemarau, jadi airnya kurang deras. Memang tempat kegemaran muda-mudi. Mat Saleh pun ramai di sini.

Lintasan 6 adalah lintasan yang terakhir sekali. Jalan keluar ke tapak perkemahan atau opis kaunter tiket , anda perlu lintas balik semua lintasan tadi sampai le ke Lintasan 1, penghujung jalan keluar.

Air Terjun Santuari ikan Sungai Chiling, ini adalah ganjaran buat anda. Lubuk air terjun untuk mandi-manda. What a beautiful view.

Sampai sudah ke Santuari Ikan Sungai Air Terjun Chiling, penghujung jalan setelah penat berhempas pulas. Kan, anda kena bersusah payah dahulu sebelum sampai ke tempat yang indah. Biasanya selepas menempa tempat yang berliku-liku dan  curam akan terjumpanya lembah yang begitu indah sekali.
  
Airnya begitu dingin sekali, boleh le rendam-rendam badan. Ikan dok main keliling kita  tahap kaki je. 

Mana-mana kawasan, anda senang jumpa ikan kelah dan batu-batan. Ikan dok main celah kaki dan kangkang semasa mandi. Kena pandai teknik menepuk ikan. What a fish.  

Selamat jalan jambatan gantung yang tak berapa gantung. Ada rezeki dan umur yang panjang, datang lagi. Kawasan ini sesuai untuk trip sehari, berkelah dan BBQ di tepi sungai sambil beramah mesra dengan ikan-ikan kelah.

Anda boleh memanggil En. Shukri (0133089463) untuk memastikan kesesuaian untuk berjungle trekking. Sekiranya hujan deras, maka airnya akan naik dan berbahaya. Katakan anda ingin pergi pada hari Ahad, talipon En. Shukri pada malam sabtu untuk kepastian. Kalau jawapannya mengecewakan, anda masih boleh berjungle trekking ke Fraser Hill menikmati keindahan alam di sana. Perasaan kita tu perlu dilayan dan ditepuk amai-amai belalang kupu-kupu. 

Read more ...

Tuesday 29 April 2014

Lading Island (Krabi Via Hadyai siri 15)

Buffet Lunch & Relaxing

Kami masih di salah satu pulau di Hong Islands.Berbaloi dengan pakej RM70. Ini adalah pulau kedua terakhir yang kami singgah. Kami dihidangkan dengan buffet lunch. Diberi masa untuk snorkelling, berenang dan relaxing. Kami hanya sempat lunch dan menghabiskan banyak masa berbual mesra dengan Armin Ghazi suami isteri,couple dari Belgium. Baik & peramah orangnya. Depa teruja bila jumpa dengan bro & sister dari negara Muslim. Ada rezeki sampailah kami ke Belgium.


 Bro Armin Ghazi dari Belgium. Depa jemput kami lawat ke Belgium

 Armin Ghazi suami isteri dan pemandu pelancung yang berdiri di depan deck

 Lading Island

 Buai Laju-laju sampai ke cucur atap

 Kami buffet lunch dalam Gua Lading Island







 Long tail boat kami tersadai seketika  

Long tail boat kami , batu-batan dan dedaun
Read more ...

Monday 28 April 2014

Snorkeling di Than Bok Khorani National Park (Krabi Via Hadyai Siri 14)

Wah teruja dengan ikan-ikan warna warni  di Krabi

Besabarlah wahai pembaca yang setia. Kalau saya post entri mestilah panjang punya. Saya suka sangat dengan gambar-gambar. Pasal saya suka menggambarkan sesuatu tempat dengan mata minda. Ini dikatakan spatial atau visual ruang. Saya mungkin mempunyai daya imaginasi yang kuat. Saya kuat bermimpi di siang hari.   


Berikut adalah tentang Mud Crab atau pun Krabi Crab Statue yang saya post sebelum ini. Kebanyakan rakan blogger bertanya akan hal ini. Sebenarnya nama krabi tidak ada kaitan dengan Ketam. Asal-usul nama Krabi adalah dari perkataan Sword atau Pedang. Krabi Crab Statue hanyalah cerita Ketam dengan ibunya. Bagaimana seorang ibu mengajar anaknya akhlak serta budi pekerti yang mulia sebagaimana digambarkan dalam foto di bawah. Foto itu ada berhampiran dengan Krabi Crab Satue. 


Gambar-gambar berikut adalah masa-masa kami berdua dengan ikan-ikan warna-warni di Than Bok Khorani National Park, Krabi. Itu di antara aktiviti kegemaran kami sekeluarga.







Read more ...

Sunday 27 April 2014

Aku Isterinya Izzue Islam & Anzalna Nasir

Saksilah rancangan kegemaran anda mulai 2 April 2014 
Setiap hari Isnin hingga Khamis
dari jam 7 hingga 8 malam di TV3
Pengarah  Fairuz Loy
Penulis Novel : Acik Lana
Adaptasi : Novel Aku Bukan Mistress




Cerita ini mengisahkan Mya Arlissa dirogol bapa saudara dan telah dijual ke pusat pelacuran. Mya diselamatkan Mikail dan  telah hidup bersama selama 2 tahun. Tapi pada suatu hari, Adam kawan baik Mikail telah merogol Mya ketika Mikail mabuk. Sejak kejadian itu, Mya mula mencari arah tujuan hidup dan tidak boleh bergantung sebarang harapan pada Mikail.  

Mikail dihantui oleh kekasihnya, Lisa yang telah berkahwin dengan ayahnya hingga keluarga berpecah belah dan telah  menyebabkan kakaknya melarikan diri ke luar negeri. Ibunya hidup dalam kesunyian ditemani adiknya, Mimi. Mikail telah meletakkan syarat kepada Mya membayar RM50 ribu jika ingin dilepaskan. Mikail telah cuba sedaya upaya memastikan dia tidak kehilangan Mya. Suzanne, bekas kekasih Mikail juga muncul kembali dan telah menghasut ibu Mikail membenci Mya. Keadaan bertambah rumit bila bekas Kekasih Mya Shamil datang menagih janji lama.

Dapatkah Mikail dan Mya bersama selamanya ?   

Akasia ini rancangan kegemaran saya tahun 2014 dan ditonton secara offline bila saya ada masa.







Read more ...

Thursday 24 April 2014

Hong Paradise (Krabi Via Hadyai Siri 13)

Hong Island

Kami telah singgah di Hong Island selepas dibawa menjelajah ke Hong Lagoon. Hong Lagoon tidak mempunyai pantai. Kami telah singgah di Hong Island untuk melakukan aktiviti kesukaan kami. Kami hanya diberi masa selama sejam. Anda boleh snorkeling, berenang, berkayak, dan sunbathing. Kami hanya swimming dan snorkeling. Tak sempat nak bermesra-mesra dengan sahabat handai sekapal kerana masa sangat mencemburui kami.

Berikut adalah gambar-gambar di Hong Island. Gambaran saya akan Hong Island sebagai Hong Paradise. 'Lovely white sandy beach ideal for sunbathing, swimming and snorkelling. Enjoy great underwater adventures'. 












Read more ...

Wednesday 23 April 2014

Hong's Lagoon (Krabi Via Hadyai Siri 12)

Long tail boat to Hong's Lagoon

It is indeed a beautiful place. Enter by boat a unique narrow passageway leading to Hong Island's fantastic lagoon of green and blue waters, surrounded by limestone mountains and mangrove forests.

Depart from pier heading to Hong Islands

 Surrounded by beautiful limestone mountains

 What a great rock coming out of the sea

 Heading towards Hong's lagoon

 Inside Hong Island's fantastic Lagoon

 Green and blue waters

 Look at the Limestone Mountain

The lagoon was crystal clear and again another breathtaking site to see.

You can kayaking around the fantastic Lake

 Amazing Hong Window's

Look at the massive limestone rock formations

 My two great friends from Antwerp, Belgium

Heading out  from Hong's Lagoon
Read more ...