Wednesday 14 May 2014

Mabuhay Manila 1 : Go Hotels Otis Manila

Dari KLIA2 Ke Ninoy Aquino International Airport

Hari Jumaat ( Hari Pertama)

Flight kami adalah kira-kira jam 11.20 pagi . Kami tak biasa dengan KLIA2. Kami bergerak seawal 6.00 pagi dari Tg Malim, Perak. Sampai ke airport lebih kurang jam 9.00 pagi. Kelam kabut juga. Lagi pun kami tak dapat check in on line. Terpaksa check in di airport. Memang dah cuba beberapa kali malam sebelum itu. Kami check ini di Kiosk check in di KLIA2. Kami akan menaiki Zest Air ke Manila. Mak Datuk begitu besarnya KLIA2. Dari balai berlepas, terasa begitu jauh sekali, lebih kurang sama seperti KLIA. Jadi datanglah awal. Keadaan tak seperti LCCT, boleh relax walaupun lambat. Ini seperti bumi dengan langit.

Penerbangan mengambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit sebelum tiba di Ninoy Aquino International Airport. Pemeriksaan kastam sekejap je, cuma airportnya kecil je. Senang dan cepat. Kami mengambil taxi di airport. Lebih kurang peso 530 (RM39). Berhati-hati dengan taxi airport. Depa cuba buat tip lebih dengan kita. Depa itu Mr Tip. Depa kata boleh bayar dalam duit Malaysia iaitu RM50. Bukankah caj taxi cuma RM39. Sudah tentu saya tak mau. Depa bagi pilihan lain. Bayar 500 peso dan 30 peso dalam duit Malaysia. Maksudnya bayar 500 peso dan RM5. Pada hal 30 peso itu sama dengan RM 2.20. Geram sungguh. Dipujuknya saya agar bayar RM500 peso, tambah RM5 dan tambah lagi RM5. Yang tambah RM5 itu sebagai tip. Dua kali bayar le. RM10. Depa layak digelar Mr Tip. Keputusan saya..saya no to Mr Tip. Bayar je 530 peso. Jangan sekali-kali bayar duit RM kita. 

Harga flight di book semasa promosi dengan harga RM327 seorang (tanpa bagasi) dua hala. Waktu Filipina adalah sama dengan waktu Malaysia. Taxi terus membawa kami ke tempat penginapan di Go Hotels Otis, Manila. Lebih kurang 30 minit drive dari airport. Jam juga tapi tak seteruk Tanah Abang, Jakarta.  Go Hotels. kami cari di booking.com.   

Go Hotels Otis-Manila is situated along the stretch of Paz Guazon in Paco Manila. It is the 6th Go Hotels branch, 2nd in Metro Manila. Just beside Robinsons Otis Mall, this budget hotel in Manila is a mere 30 - 45 minute drive to the airport.
• Check In : 14:00 • Check Out : 11:00 • GMT Time : +08:00 - Singapore

Harga semalam : Peso 1218.56 (RM89.98) semalam. Hotel ini adalah hotel baru. Kami berasa sungguh puas hati dengan layanan mesra, Kemudahan best, wifi ok, dekat dengan LRT UN dan Rizal Park. Walking distance. Depa juga pandai berbahasa Inggeris. Depa cuba sedaya upaya membantu kita.

 Standard Twin Bed

 Selfish

 Bilik mandi

 Tandas

 Sinki

 Dua bilik air berasingan



 TV dan Air Con

 Ruang koridor

 Ruang meja makan di luar bilik

Ruang letak kereta di luar hotel

34 comments:

  1. Cantik dan murah hotel ni...

    ReplyDelete
  2. wah dah merasmikan KLIA2 nampaknya...hehehe hotel ni nampak menarik...tp bila asing toilet tu yg tak best...mesti takde paip di toilet tu kan...kurang selesa jadinya...hehuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun toilet dan kamar mandi asing tapi masih dalam satu bilik...kena cenduk air jawabnya dari kamar mandi le.

      Delete
  3. not bad...
    menabung sini.. :)

    ReplyDelete
  4. nampak mcm best jer hotel tu...harga pun ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik....Pelayan dan Pekerja-pekerja mesra, banyak membantu dan fasih berbahasa Inggeris.

      Delete
  5. Replies
    1. KLIA canggih, moden dan luas. Tapi jauh menapak ke Kapalterbang. Jenuh nak berjalan mencapai kapal terbang. Kena datang awal.

      Delete
  6. baru saya faham, tandas dan bilik air diasingkan tapi masih dlm bilik betul tak?

    ReplyDelete
  7. wahhh...murah gak hotel ini untuk sebuah hotel baru...memang puas hati kalau dapat bilik camtu..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. wah berjalan lagi yer...btw bagus abg khai share info pasal Mr.Tips tue la.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami suka berjalan..kaki jalan sementara sihat dan ada rezeki.

      Delete
  9. cantik hotel tu..mcm baru je...dah merasmikan take-off di KLIA2...teruja2..

    ReplyDelete
  10. menarik juga pengalaman ni, murah tambang flightnya ya...

    ReplyDelete
  11. Dah samai ke pili pina...kalau rega bilk just RM80++ then blik dpt begitu rupa mmg puas hati hati lah..
    ahahah...selfish katanya....
    Hai Mr Tip kat airpport nih...tak ada cara lain ke nak ke hotel tu...next pleasse...tak sabar nk tahu ke mana 2 merpati sejoli ni pegi :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah eja..selfie....ada cara lain..cari taxi bermeter....murah lagi tu....nanti saya kongsi dengan anda dalam entri akan datang.

      Delete
  12. salam.. singgah sini sebab kawan suggest.. nda sabar tunggu entri seterusnya sebab dalam perancangan juga ni ke Manila.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam...nanti saya singgah blog anda bila ada ruang dan kesempatan. Insyallah.

      Delete
  13. Cantiknya hotel ni..pemandangannya indah sekali

    ReplyDelete
  14. Menarik pengalaman ni.. saya suka filipina, tp tak pernah ke sana lagi... sharelah lagi nanti ye.. :)

    ReplyDelete
  15. Bersih dan kemas jer hotelnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terjaga kebersihannya. Merokok pun tidak boleh dalam bilik. As smoking areas are available for your use outside the ground floor lobby.

      Delete
  16. Manila hrs msk wishlist jgk tmbah2 boracay..tq for following

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tambah list nak melancong ke Boracay....cantik menawan tempat itu.

      Delete
  17. uihh cantik, kemas dan bersih betul hotel tuh yerk..siap ada dua bathroom....tak padan ngan harganya yang murah... moral of the story, tukar duit siap2 kt msia, tkde la kita terpaksa byr tambang guna duit msia kan...pandainye dorang nk mengetuk pelancong asing...boleh potong mood org nk bercuti jerk

    ReplyDelete
  18. pandai juga diorang putar alam ye
    kalau tak biasa memang senang-senang aje kena tipu

    ReplyDelete