Friday, 15 August 2014

Kerling Hot Spring Hulu Selangor

Kolam Air Panas Kerling 

Kolam Air Panas Kerling adalah terletak di bawah kelolaan Majlis Daerah Hulu Selangor. Lokasi. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur, ambil exist Tol Tanjong Malim. Dari Tol Tanjong Malim, anda menghala ke arah Kuala Kubu Bharu.  Kolam Air Panas Kerling adalah kira-kira 10 km dari Tol Tanjong Malim dan terletak di Kampung Air Panas Kerling. 

Anda senang mencari Kerling Hot Spring kerana terdapat sign board di  jalan utama Persekutuan menghala ke arah Kuala Kubu Bharu. Kordinasi GPS adalah N03° 36.587' E101° 36.549'

Anda boleh berkelah di sini. Keistimewaan di sini adalah boleh mandi di kolam air panas, dan juga mandi sungai. Boleh rasa air sejuk dan air panas sekali.  Boleh buat BBQ. Kemudahan juga disediakan seperti wakaf, tandas awam, kawasan tanah lapang, jaga,dan tempat letak kereta. Kawasan ini terjaga kebersihannya. Kawasan ini adalah tempat riadah saya kerana saya suka berendam dalam kolam air panas. Itu antara hobi utama saya. Diharap anda membawa tuala dan pakaian serta ada disediakan bilik persalinan. 


Kelihatan Wakaf dan kemudahan tempat letak kereta. juga kawasan lapang untuk BBQ.

Jambatan menghubungkan sungai dan kolam air panas.

Di bawah jambatan, adalah sungai untuk mandi manda

Kolam air panas yang kecil hanya memuat antara 10 - 20 orang sahaja

Aktiviti merendam kaki. Saya suka rendam satu badan, mandi manda. 

Aktiviti  skodeng boleh dilakukan. Hihihi bergurau je kerana kami adalah satu keluarga dari keturunan Hanapi dan Asiah. 

Air yang cetek sesuai untuk kanak-kanak

Boleh mandi manda di sungai yang cetek dan bersih.

26 comments:

  1. lama juga dah tak bersantai di hot spring...

    ReplyDelete
  2. mama belum pernah sampai lagi kat sini

    ReplyDelete
  3. cetek jer airnya... memang sesuai untuk anak2 kecil...

    ReplyDelete
  4. sesuai tempat indah gini utk rekreasi keluarga...

    ReplyDelete
  5. umur dah 20an, tp x pernah pun lagi mandi di kolam air panas.. haha..

    ReplyDelete
  6. Wow... menarik juga ni. Boleh bawa keluarga jenjalan riadah ke sana nanti. Thanks sharing.. best.. :)

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak ke hot spring kerling ni walaupun dekat dgn rumah.

    ReplyDelete
  8. Menarik info ini. Boleh buat family gathering di sini ke? Ada homestay tak?

    ReplyDelete
  9. Salam Ukhuwah Fillah .. Singgah sini jalan2 ..
    Wahhh mesti seronok ... Boleh bawak keluarga jejalan kat sini kalau pergi Selangor ... Nice Sharing ..

    ReplyDelete
  10. Singgah sini menabung Waku Doki & OldTown White Coffee ...

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum...

    wah.. best nyer . Mselim3 suka gak aktiviti mandi manda nie.. relaks dan santai. Anak2 pun gembira.

    mselim3

    ReplyDelete
  12. laaa..baru tahu ada hot spring kat hulu selangor rupanya. T_T

    but thanks for the sharing! nnti nak ajak member la lepas dah habes final. heee

    ReplyDelete
  13. Wah.. Lama tak mndi kt kolam air pns... Last prgi yg kat baling...

    ReplyDelete
  14. untunglah org tu...dokek sgt kalau nk ke Kolam Air Panas Kerling tu tapi air sungai cetek sgt...tak puas kalau JM yang nak terjun..nak kuak lentang lagi

    kolam air panas nya ada 2 je ke bang?

    ReplyDelete
  15. Kalau rendam kaki dlm air panas ni badan jadi ringan kan...

    ReplyDelete
  16. Saya juga suka berendam di air panas Pak Lim. Apalagi air panas yang bersumber dari gunung berapi yang mengandung belerang, baik untuk kesehatan kulit.

    ReplyDelete
  17. pernah pergi sekali je ke kolam air panas, tu pun tengok2 je.. hehe

    ReplyDelete
  18. Berendam kt kolam air panas nie pi waktu malam lagi best..=D

    ReplyDelete
  19. Best nyer ... Dah lame tak santai-santai cam nie ...

    ReplyDelete