Wednesday 17 September 2014

University College Cork (UCC), Cork, Ireland

Cork, Republic Ireland


Selamat Sejahtera,

Penulisan kali ini adalah daripada anak pemilik blog ini, Nasree. Sudah bermastautin di Dublin selama 2 tahun dan masuk tahun ke 3. Berada di Dublin kerana sedang menuntut ilmu perubatan di Royal College of Surgeon in Ireland (RCSI) dan kini memasuki tahun ke-3.

Banyak tempat yang menarik di Ireland dan ini Cork merupakan salah satu bandar yang unik dan menarik.

Pada 13/9, saya telah ke Cork, Ireland.

Republic of Ireland yang berwarna hijau bersebelahan dengan UK.
sumber daripada Wikipedia


Cork berada di selatan Ireland
Sumber daripada google image

Menurut penduduk tempatan, Cork merupakan bandar ke-2 terbesar Ireland. Walaupun tidak sebesar Dublin (berada di timur), namun bandarnya cukup untuk menampung keperluan seharian. Bandar Cork merupakan bandar pelabuhan yang dipenuhi dengan lanskap-lanskap alam semula jadi yang menarik. Perjalanan dari Dublin ke Cork mengambil masa 3 jam tanpa henti . Harga tiket adalah 20euro pergi balik (return ticket). Sampai sahaja di St. Patricks Quay, Cork, suasana dan bau sama seperti di Port Dickson, Negeri Sembilan. Bau masin air laut dan tiupan angin yang kuat (Ireland memang terkenal dengan tiupan angin kencang setiap hari) semestinya membuatkan diri ini rindu dengan Malaysia.

Gambaran ringkas Cork City Center

Pemandangan daripada Richmond Hill, lebih kurang 3km daripada Cork City Center

Bersama rakan-rakan di Cork, dari kiri, diri sendiri, Bella (pelajar UCC) dan Imran (pelajar UCD)

Kelihatan beberapa orang sedang menikmati kehadiran matahari. Sebenarnya, jarang sekali Ireland di-rahmati dengan matahari yang terik. (Suhu ketika itu, 18 degree).

Bandar Cork dipenuhi sungai-sungai yang jernih walaupun berada di tengah-tengah bandar. Boleh nampak dasar.

Bukti telah sampai ke University College Cork (UCC)

Bunga-bunga nan indah dalam perkarangan Cork. Bangunan di hadapan itu merupakan Presidens Office, kesemuanya.

Ber'selfie' di hadapan Quadrangle, UCC. Lagenda berkata, jikalau pijak rumput hijau itu, gagal exam. Setengah penduduk tempatan masih percaya akan mitos tersebut. Tidak bagi diri ini... =P

Panoramic view of Quadrangle, UCC

Dewan paling lama di UCC dan digunakan untuk kelas dan upacara rasmi. Nampak seakan gereja tetapi inilah konsep bangunan-bangunan sekitar UCC.

Rak buku yang terdapat di sini bertarikh daripada 1700-1900 (yang ternampak je la. tak "check" semua.

Ogham script yang dipamerkan di dalam bangunan Quadrangle. Uniknya tulisan ini kerana setiap condongan garisan memberi maksud yang berbeza-beza.

'Translation' of the script. 

Melompat sikit...


Lagi sungai di antara dua bangunan Health Science.

Pemandangan dari satu sudut di dalam kampus Health Science, UCC.


18 comments:

  1. cantiknya..universiti saya dulu ada task je, tu pun jadi rumah kepada biawak

    legenda pijak rumput mungkin dicipta oleh tukang kebun mereka..hehe

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum... khairuddin,

    cantiknyer UCC nie kan.. kalau tak silap mselim3 universiti ini adalah antara universiti terbaik di dunia..

    mselim3

    ReplyDelete
  3. wah, seronok betoi dia, semoga berjaya with flying colors ;)

    ReplyDelete
  4. cantiknya bunga2 diperkarangan universiti cork...

    ReplyDelete
  5. Wahhh bestnya..untung dapat menimba ilmu sampai ke sana..=D

    ReplyDelete
  6. Wahh bestnyer....untung la dpt pergi sana

    ReplyDelete
  7. Wow menarik... belum berpeluang sampai lagi ke Cork. Suasana persekitarannya sungguh tenang. Gambar permandangan bandar dari atas bukit di atas tu mengingatkan saya suasana di Edinburgh.. Thanks sharing & semoga saudara terus berjaya. All the best.. :)

    ReplyDelete
  8. wah..untungnya dah sampai ke tempat orang...

    ReplyDelete
  9. Ideal btl suhu..18 degree..nice..x pns x sejuk, just nice...:) haha..blh kenal bau PD ya..

    ReplyDelete
  10. Cantik rumput, nampak sgt ramai x pijak sbb tkut fail exam... haha

    ReplyDelete
  11. Ehh ingatkan salah blog rupanya anak abe mkl up entry kat sini. Belsjar rajin2 ye dik blk nanti boleh berkhidmat kpd rakyat d msia. Ahamdulillah dpt sambung belajar d obersea, sis Jm ni berangan je lah tp x boleh sbb x pandai :-)

    ReplyDelete
  12. Wow. walau tak pernah sampai sana. tengok gambar dah macam ke sana. Jauh perjalanan luas permandangan
    terima kasih abg khairudin atas perkongsian

    ReplyDelete
  13. teringin nak rasa ada matahari tetapi udara sejuk jer ... indah sungguh view nya .

    ReplyDelete
  14. cantiknya ireland... mendamaikan...

    ReplyDelete
  15. Pijak rumput failed exam? Konspirasi tukang kebun turun temurun? Terbaik eyy, hihihi.. Cork yg mendamaikan. Cantik.. ☺️

    ReplyDelete
  16. Wahhh..cantiknya permandangan, Kalaulah rakyat negara ini sanggup bersama-sama menjaga kebersihan negara ini alangkah bagusnya

    ReplyDelete
  17. Teringin nak pergi Ireland bro...ada member nak sambung posting kerja doctor kat sana, maybe ini la masanya travel ke sana, ye dok

    ReplyDelete
  18. IRELAND Best...
    good luck...
    #Bestnyajadiorangbijak

    ReplyDelete