Friday, 10 October 2014

Ikan Oh ! Ikan

Mencari ikan di Bagan Sungai kajang, Tanjong Karang 

Saya tinggal di Tanjong Malim, Perak. Sangat suka mendapat bekalan ikan yang fresh. Tidak berapa suka makan ikan ais. Lokasi Pasar Ikan di Bagan Sungai Kajang adalah terletak di Tanjong Karang, Selangor. Terletak kira-kira 112 km dan kalau drive kira-kira satu setengah jam dari Tanjong Malim. Cuba Waze untuk kira jauhnya dari tempat anda. 

Dari perhitungan saya, saya dah riki banyak tempat, dan tempat ini adalah antara tempat mendapat bekalan ikan fresh dari laut dengan harga yang cukup murah. Kaum nelayan akan menjual ikan mereka kepada taukeh di Pasar ikan Sungai Kajang. Mungkin pembaca blog boleh cadangkan saya tempat mendapat bekalan ikan yang murah.

 Bot-bot nelayan di jeti Bagan Sungai Kajang 

 Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Selangor Jeti Bagan Sungai Kajang

 Pasar Nelayan Kg Sungai Kajang

 Nasree dan Naim tengah membeli makanan di Gerai Jeti Bagan Sungai Kajang

 Kerang kutip satu demi satu. Harga sekilo di sini rm 3.50 dan di pasar adalah rm4.50
  
 Ikan gelama fresh dari laut

 No talipon Ali dan Amat. Selain itu anda boleh hubungi Amy di H/P : 013 672 9440 dan 013 263 7916. Satu lagi tempat bekalan ikan murah adalah di Bukit Belimbing, Selangor. No Wak ikan (Aziz) di sana adalah 0132599141 dan Mak ikan 0122760710

 Dua adik beradik. Semoga hubungan mereka baik hingga ke Jannah 

 Wak Ali, Peraih ikan yang mesra

 Ikan Cencaru

 Macam-macam ikan ada di sini

Restoran di Jeti Bagan Sungai Kajang. Anda boleh pilih ikan, sotong atau udang fresh dan suruh depa masak untuk makan tengah hari anda sambil menunggu nelayan pulang dari laut. Jenguh juga saya menunggu bot demi bot pulang dari laut. Biasanya, saya menunggu dari jam 12.00 tengah hari sampai pukul 3.30 petang untuk mendapat bekalan ikan yang fresh dan berpatutan.

25 comments:

  1. Wahhh kalau macam ni baru best dapat beli ikan yang segar .........

    ReplyDelete
  2. wah bagus info ni kak ni mmg suka beli ikan segar hala situ tapi xtau tempat ni selalu tu ke bagan pasir saja..

    ReplyDelete
  3. Fuhh best... kerang tu klu layan buat kerang bakar mesti manis2.. :) :)

    ReplyDelete
  4. kerang... lama tak makan, kerang bakar sedap~ ;D

    ReplyDelete
  5. Tetiba rasa nak makan ikan goreng.. ~.~

    ReplyDelete
  6. Ikan segar memang sedap dibuat lauk...

    ReplyDelete
  7. jauh nya pergi cari ikan fresh...pegi balik dah 3 jam....dh blk nanti masuk peti...jadi ikan berais jugak kan..kalau JM mmg x sanggup lah..jauh sgt..mahalnya kerang sekilo RM3.50..kalau di tempat JM ni baru RM1.50...ke harga dh naik

    'jenguh' tu apa abe MKL...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga kerang di pasar dah naik. Dah sampai RM4.50 sekilo sekarang. Jenguh tu maksudnya agak penat melayan.

      Delete
  8. Hebat Pak Lim, cari ikan segar dan murah sampai menempuh jarak 112 km. pasti pak Lim beli ikannya banyak banget.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak membeli. Ada kala sampai RM200.

      Delete
  9. Dok CH ni tak berangan nak dapat ikan fresh MKL... kalau ada ikan yang masih cerah mata tu kira untung la sesangat... memang sedap dapat makan ikan segar tapi apa nak buat, telan sajalah

    ReplyDelete
  10. actually tempat2 mcm ni la yg best nak brong ikan..
    segar.. terbaiklah hasilnya,,,
    x pe drive jauh sikit janji berbaloi.. "P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Apa sekali pun ikan mesti fresh. Baru nikmat hidup bab makan.

      Delete
  11. sedapnye kerang. kat sini kerang mahal. ikan fresh mmg terbaik dibuat bakar cecah dgn sambal kicap. yummy!

    ReplyDelete
  12. Balik kampung otw jalan ni boleh singgah. Saya biasa beli ikan fresh di sg batu, pantai remis..

    ReplyDelete
  13. tudia, sanggup merantau semata-mata untuk dapatkan ikan bersih. demi keluarga techenta, saya pun sanggup sebenarnya, hehe...kalau balik perlis, selalu jugak beli ikan dekat jeti, fresh and murah...

    ReplyDelete
  14. Singgah lagi tengok kerang & ikan segar... seronok.. :)

    ReplyDelete
  15. segarnyer! seronok beli ni
    kata orang, beli dekat pangakalan ni murah

    ReplyDelete
  16. selalu lalu Tanjung Karang...baru tau ada Bagan Sungai Kajang ni...nampak sangat tido sepanjang jalan..hihi

    ReplyDelete
  17. dlm dua jam perjalanan klu nak ke situ ...

    ReplyDelete