Wednesday, 12 November 2014

Scammer Blacklisted : Paris

Paris, France

Kandkadventures.com

Saya teruja untuk membuat catatan tentang scammer dalam dunia travel sama ada pengalaman sendiri atau penceritaan orang lain. Niat adalah untuk membantu kawan-kawan atau sekadar peringatan untuk diri sendiri. Kan, kita sangat mencintai dunia jalan-jalan. 

Catatan kali ini dimulakan dengan berkongsi pengalaman bersama Faresha Joanis bt Johan dan Nasree Lim, anak saya.

Kalau anda berada di Paris, anda perlu berhati-hati dengan golongan Gipsy atau kulit hitam. Mereka berpakaian selekeh.Golongan ini sangat kasar, bengis dan suka memaksa kita. Mereka berada di merata-rata tempat terutama tube dan tempat-tempat pelancong. Berhati-hatilah,mana tahu tiba-tiba anda akan merasa tanpa di sedari tangan gadis Gipsy telah berada dalam handbag anda terutamanya di Metro. 

Kata orang itu memang kerja Gipsy, bagi kerja tak nak kerja. Hipothesis kot. Ini perlu dibuat research. 

Di antara scammer golongan Gipsy atau kulit hitam adalah seperti beriikut :

Situasi 1 :

"Do u speak English?"
Kalau jawab "Yes", Golongan ini akan suruh anda tanda tangan di atas sekeping kertas kononnya seperti petition. Selepas itu, anda akan di paw 10€. Nasree mengatakan bahawa kejadian ini hampir-hampir berlaku kepada kawan-kawannya di bawah Eiffel dan Louvre. Ada di antaranya dengan pantas menarik tangan kawan-kawan dan terus melarikan diri. Ada juga sahabat mereka yang telah menulis nama dan mengatakan no money dan terus belah cepat-cepat. 

Ada yang suruh sign petition. Dan kata mereka adalah dari persatuan deaf atau kurang upaya. Mereka akan meminta derma. Biasanya, kita akan memberi 5 Euro, kerana duit itu yang paling kecil. Mereka akan tunjuk kertas kerja yang mengatakan minimum derma adalah 10/20/50 Euro. Dalam tengah ambil duit tu, mereka dah pegang 5 Euro. Bila dah dapat 10 Euro daripada kita, mereka paw kedua-duanya dan terus melarikan diri. 

Nasree memberi satu situasi yang lain, hampir sama dengan do you speak English. Ini berlaku di Paris, geng Gipsy ini kononnya hendak buat silap mata. Mereka memegang tali hendak tunjuk magic dan serta ikat kedua-dua tangan. Bila dileraikan ikatan itu, masing-masing kena bayar. Atau beri tali kat tangan. Konon good luck charm. Kenalah anda bayar. Siap kena himpit pegang bahu tak bagi lari. Itu dah kena getah. 

Berhati-hati dengan golongan gipsy ini. Mereka suka sangat minta duit seperti Goblin dalam cerita The Merlin. Jangan sekali-kali melayan mereka. Buat muka bengis dan hati kering. Satu lagi yang sangat popular di Paris adalah gold ring scam. Gipsy ini bila nampak kita lalu, dia akan buat terjumpa cincin emas dari tanah. Akan bertanya ini anda punya kah? Sekiranya anda layan, mereka akan minta duit dari anda atau menyeluk poket anda tanpa disedari. 

Ada juga situasi di mana Gipsy akan datang kepada anda menjual benda terutamanya bunga. Gipsy ini akan membuat kita gelabah, kerana kita akan cari jalan menghalau mereka. Dalam sedar tak sedar, ada gipsy yang lain datang pickpocket pula. Mereka seperti segerombolan lebah datang menyerang anda.


Situasi 2:


Anda mungkin terserempak dengan sekumpulan gadis Gipsy. Sekiranya, anda telah dikenal pasti sebagai pemangsa, lebih-lebih lagi membawa beg branded dalam tube, kumpulan gadis Gipsy ini pasti mengekori anda. Gadis-gadis itu akan berdiri dekat pintu di tube. Gadis-gadis itu akan merampas beg anda sebaik sahaja pintu itu terkatup rapat. Begitu pantas pergerakan mereka seiringi dengan tertutupnya pintu tube. Sebaik sahaja anda berpatah balik ke situ,gadis-gadis itu telah menghilangkan diri.   


Situasi 3:

Ini biasanya berlaku di tempat membeli tiket terutamanya di setiap Gare. Biasanya, mereka tidak mempunyai kad pekerja.Pekerja itu sangat mesra. Menurut pengalaman bersama Faresha Joanis bt Johan, Tiket  hendak Ke Stesen Simplon dari Gare de Nord just 1.70€ je, dia pegi tunjuk yg harga 69.00€.

Nasib baik la saya pandai cakap French.
Saya tanya dia,
"Mana kad pekerja awak??"
Sebab semua pekerja dekat tube kena pakai kad pekerja.
Agaknye seorang pekerja tube tu nampak saya dah marah-marah budak ni.
Pekerja tu datang dekat saya,
"Attention ah. Il y a bcoup des picke pocket iรงi."
Bila saya pusing je, budak tu dah kena kejar dengan security. 
Kurang ajar. Nasib baik.


Pesanan dari penaja blog : 

1- Jalan dlm kumpulan. Jangan terpisah dari geng.

2- Kalau orang asing buat baik secara tiba-tiba . Eloklah berhati-hati. Dia suruh buat apa-apa, jangan buat.
3- BEWARE OF PICK POCKETS. Sekali dia seluk passport, memang habis tersadai kat situ.

4. Sekiranya situasi 2 berlaku kepada anda. Anda akan bernasib baik sekiranya tidak memasukkan semua benda dalam beg anda. Katakan anda masukkan pasport dan cash dalam poket depan. Pengajarannya jangan letak duit atau barang-barang berharga dalam satu tempat. Letak  wallet dalam beg sling atau handbag menghala ke depan. Jangan sekali-kali letak beg di tepi atau backpack di belakang. Kalau letak wallet dalam pocket belakang cari nahas namanya.
5. Jangan cakap dengan orang tak tentu pasal. Dalam tengah-tengah bercakap tu, seorang boleh buat kerja kerana anda tengah ralit. Manalah nak perasan. Karang menangis kena toreh.
6. Berhati-hatilah apabila anda dihug dan tiba-tiba dikerumuni oleh sekumpulan Gipsy.
Nasree mengatakan bahawa kejadian seumpama ini juga berlaku di Spain terutama Barcelona dan Italy. Di Barcelona sendiri terdapat banyak pickpocket dan mereka adalah terdiri daripada golongan professional. Di Italy juga adalah lubuk mereka terutamanya di depan Menara Pisa dan Collaseum. Contohnya, di Colosseum, ada orang yang berpakaian seperti pahlawan Rome. Jangan bergambar tanpa tanya harga dahulu. Memang kena kaw kaw nanti.

Anda dipersilakan menambah pengalaman anda semasa berada di Paris terutamanya dengan mencatat di ruangan komen di bawah. Lain kali saya akan  bawa anda ke negara lain pula dengan scammer yang berlainan pula. 


21 comments:

  1. Saya memang terbaca banyak sangat kes scam ni..bila di Paris, saya asyik peluk handbag. Bila kat bilik hotel, saya akan transfer photo2 dari memory card camera ke dalam additional memory card dalam handfon..sebab takut camera dicuri...sayang gambar2. Tapi Alhamdulillah takde apa2 berlaku

    ReplyDelete
  2. Pengalaman SS sendiri waktu tunggu Rer B train di Gere Du Nord... Memang ramai pemintak sedekah... Just buat tak tahu dan jgn beri sesen pon...

    ReplyDelete
  3. Hebat betul diaorang ni... macam-macam cara digunakan untuk mendapatkan duit dengan cara yg tidak betul..

    ReplyDelete
  4. sebab tuh tak suka Paris.. hahahaha.. sekali cukup lah gi.. takmo repeat..
    Zurich, Geneva, Chamonix boleh repeat.. aman damai dan tenang.. hehehe.. x de pengepau pengepau..

    ReplyDelete
  5. thank you berkongsi pengalaman...

    ReplyDelete
  6. But I Love paris..kita rasa dia orang agak friendly...apa-apa pun kena hati-hatikan..

    ReplyDelete
  7. alamak..baru plan nk travel sorang ke Paris tu..tak jadilah..menakutkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lah travel sorang kak JM, ajak saya sekali...hehe

      Delete
  8. Bahaya juga ni...apa2 pun kena berhati2.

    ReplyDelete
  9. berani betul diorang buat macam tu. Thanks atas peringatan. Kalau aku kat sana memang takkan layan dengan peminta sedekah atau orang yang nampak penuh misteri..

    Goblin ada ke kat the merlin? dah lupa sbb dah lama tak tgk merlin lagipun the merlin dah habis episod. Tetiba jadi rindu dengan Cerita The Merlin. hahaha

    http://www.adarain.com

    ReplyDelete
  10. nice info... selalu org kata gadis gipsy ni sexy.. tatau lak penipu pencuri :)

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum...

    pickpocket berada di mana2 kan... kena berhati2 gak kat luar negara nie kan..

    mselim3

    ReplyDelete
  12. pengalaman yg xingin dialami ni...

    ReplyDelete
  13. Banyak juga dengar cerita macam ni dari kawan-kawan yang pergi ke Paris. So far alhamdulillah takde lagi pengalaman macam ni. Selalunya kalo masuk tempat yang sesak seperti bas/train, tangan memang ready jaga poket. Kalau ada yang serbu, laju-laju tinggalkan. Huhu

    ReplyDelete
  14. waduh.. kok di negara maju juga ada yang seperti itu ya Pak Lim. menakutkan juga ya. saya pikir kalau di Eropa itu aman-aman saja. ternyata banyak kejahatan juga ya .

    ReplyDelete
  15. Mmg bahaya mcm ni. Thanks sharing info.. tak pasal2 nanti sehelai sepinggang di tempat orang pulak... mmg kena hati2.

    ReplyDelete
  16. Thanks share abang MKL. Tak sangka kat negara maju pun ada macam gini ek.

    ReplyDelete
  17. wahh... info menarik nie... sebenarnya dimana2 pun kita kena hati2 kan... jangan jadikan percutian anda mimpi ngeri... huhuhuhu...

    ReplyDelete
  18. paris tu memang bahaya jugak lah. pernah pergi 2 kali, tapi rasa kena berhati2 tu memang kacau mood. setiap masa rasa kena berwaspada. nak naik metro tu, beg letak ke depan, dulu sy pakai jaket yg banyak poket berzip dalam jaket tu, letak benda2 berharga dalam tu.

    ReplyDelete
  19. Salam singgah, terima kasih atas perkongsian, nanti nak lawat sepupu dah tahu kes-kes macam ni. Kat malaysia pun ada juga, dalam bas metro. kena hati-hati kat mana-mana pun.. studioous.blogspot.com

    ReplyDelete
  20. Bestnya dapat tengok negara orang kan? :)

    ReplyDelete