Sunday 4 January 2015

Koniciwa 1 : Winter in Japan

Tips melancung ke Jepun

Tarikh : 10 Dis 2014 (1.00 pagi) - 17 Dis 2014(11 pagi).

Bandar yang dilawati  : (i) Osaka    (iii) Himeji  (v) Nara   (vii) Wakayama (Shirahama)
                                      (ii) Kyoto   (iv)  Kobe    (vi)Otsu

Lapangan Terbang : Kansai International Airport, Osaka. Perjalanan adalah kira-kira 7 jam dari KLIA2 dengan Airasia X. Waktu di sini adalah sejam awal dari waktu Malaysia. Airport ini terletak di atas sebuah pulau buatan di Teluk Osaka.
  

Pesawat Air Asia X

Osaka Castle

Cinta dengan Zaleha Mohd Nasir di Kobe Mosque

Saya dengan Zainal Abideen di Kobe Mosque

Kobe Harbour Tower

Tinggi menjulang mencapai awan

Saki baki Autumn

Di Kiyomizu-dera

Berikut adalah tips melancung ke Jepun.

1.  Untuk check tambang murah, sila guna sky scanner.

2.  Tidak perlu visa melawat ke Jepun. Visa on arrival akan diberikan serta merta. 

3.  Jangan lupa bawa international adapter untuk caj handphone dan laptop kita. Bawa juga extension wire,seperti saya yang nak caj macam-macam.

4.  Bawa International Passport. Make sure valid sekurang-kurangnya enam bulan sebelum perjalanan bermula.

5. Buat Research. Baca blog-blog ke Jepun. Buat Itinerary. Buat traget tempat yang hendak dilawati. Banyak tempat alam semulajadi yang menarik di Jepun. Tengok juga website, banyak info yang berguna terutama laman-laman dalam bahasa Inggeris. Misalnya, www.japan.guide.com

6. Print tiket flight. Check tarikh perjalanan. Contoh flight 10 Dis 2014 jam 1.00 pagi. maka, kita harus berada di airport pada 9 hb Dis 2014 sebelum jam 1.00 pagi untuk berlepas ke Jepun.

7.  Tukar ke yen (Jepun). Tukaran adalah 1000 yen kepada Rm30 pada masa entri ini ditulis. Boleh download app currency converter.

8.  Aktifkan credit kad mengikut tempoh kita berada di Jepun. Hubungi bank berkenaan.

9.  Biasa saya suka shopping  di Seria (Kedai RM3 depa) di Jepun.

10. Bawa dictionary Jepun-English dan English-Jepun. Berguna pada masa kecemasan. Kalau tak faham tulisan (ada tempat yang tidak ada tulisan bahasa lain kecuali Jepun), boleh tanya sesiapa di Stesen terutamanya Kakitangan Stesen. Tanya pada orang muda berbanding dengan orang tua. Mereka akan membantu anda sedaya upaya. Bawa juga maps, dan gambar-gambar dalam i-pad. Boleh berkomunikasi depa dengan gambar atau maps pun ok le.

11. Masa dalam flight pakai compression stocking atau flight socking. Scholls Brand. Prevent ' Economic Class Syndrome'. Avoid clot in the leg that can dislodge and block important blood vessels in the body causing death.

12.  Bawa botol mineral sebab tandas di sana tidak ada paip seperti di Malaysia.

13. Bawa sejadah kain untuk solat di merata-rata tempat seperti di taman-taman atau di belakang tepi tangga nanti. 

14.  Cari tempat tinggal yang ada dapur (Little Kitchenette). Agak susah mencari tempat makanan halal dan tidak perlu membuang banyak masa. Bawa juga sudu dan tupperware.

15. Bawa bekalan makanan dari Malaysia. Bawa rice cooker (saiz kecil) untuk masak nasi. Biasanya, saya masak nasi sebelum tidor. Mengambil masa yang lama untuk masak. 

16. Saya suka membawa maggi mee, beras, makanan-makanan dalam  tin, biskuit dan sambal ikan bilis atau ikan masin. Jangan lupa isytiharkan makanan dan isi borang pendaratan. Kita perlu jujur dan tidak perlu sorok-sorok. Agak mudah memasuki Jepun.

17.  Guna Hostel world atau agoda.com untuk cari tempat tinggal yang murah. Cari tempat tinggal dekat dengan stesen train@subway dalam 5 - 15 minit jalan kaki ke stesen. Ini penting terutama nak angkat beg ketika pergi balik ke airport nanti.

18.  Perjalanan di Jepun adalah mudah. Banyak kemudahan pengangkutan awam. Bagi pengembara solo, anda boleh mengikuti laman independent traveller atau couchsurfing.org.
Seandainya ada peluang, anda mesti cuba Shinkansen (Keretapi laju). Cuba sekali pun jadi le. Goggle bagaimana hendak ke tempat yang hendak dilawati dan tambangnya sekali. Boleh naik train, subway dan bas. Ada jadual dan masa perjalanan lagi bagus.

19.  Apabila berhenti di setiap bandar, anda mesti singgah di kaunter i information untuk mendapatkan maklumat tentang tempat-tempat menarik untuk dilawati di bandar tersebut. Dapatkan peta kawasan. Biasanya saya suka memberitahu mereka bahawa saya ada 1/2 hari dan cadangkan tempat boleh dilawati dalam tempoh tersebut.

20.  Jangan lupa baju hujan atau sediakan payung setiap kali berjalan. Goggle ramalan cuaca di tempat yang hendak dilawati. Cadangan agar mengenali suhu sebenar sebelum memulakan perjalanan.

21.   Tentang pakaian. Masa ini winter. Sediakan winter coat atau jaket. Coat atau jaket harus fit dengan badan anda. Jangan terlalu longgar atau oversize kerana tidak akan memberi kepanasan kepada anda. 

Pastikan bertopi atau pakaian ada hood. Lindungi leher anda dengan skarf yang sesuai. Pastikan jaket ada poket. Ini memudahkan anda masuk tangan apabila perlu.   

Saya juga suka pakai seluar jean. Pastikan juga anda memakai sama ada tight atau thermal wear. Biasanya, saya suka pakai Longjohn sebagai seluar dan pakaian dalam. 

Saya juga suka pakai kain kapas yang tebal lagi bagus. (T-shirt). Itu pakaian lapisan kedua terakhir saya. Yang akhir sekali saya pakai flecce. 

Confused bukan ? Lapisan-lapisan pakaian saya :
1. Long John
2. T-shirt
3. Flecce
4. Winter coat atau jaket.

Lapisan-lapisan pakaian itu bergantung kepada diri anda. Saya ni jenis tak tahan sejuk. Tambah lagi heat-pack di tangan. Heat-pack banyak dijual di kedai-kedai. Daiso, Ikea ada jual heat-pack. 

Ada juga dijual Heat Sock iaitu jenis Uniqlo. Dua pasang harga RM39.90 untuk tahan cuaca sejuk.

Pastikan kasut kalis air. Pastikan sarung tangan kalis air atau kulit/PVC atau material lain yang kalis air.  

22. Anda perlu kenal pasti destinasi anda dan harga tambang keretapi untuk memudahkan perjalanan anda. Ini kerana anda perlu membeli tiket dari mesin. Isi jumlah tambang dan keluarlah tiket anda. Belian tiket keretapi di Jepun adalah melalui jumlah tambang dan bukan nama tempat seperti di Malaysia. Contohnya, isi tambang 2050 yen (RM65), keluarlah tiket. Harga tambang itu adalah dari Kansai ke Nara.

23. Banding beza antara tambang perjalanan dalam negeri Jepun. Contohnya, saya menggunakan Kansai Wide Area Pass untuk 4 hari perjalanan. Liputan kawasan lebih luas. Saya juga menggunakan Kansai Area Pass untuk satu hari perjalanan untuk kawasan yang berbaki. 

24.  Masa siang pada hari winter biasanya lebih pendek.Matahari sudah terbenam di sekitar jam 4 hingga 4.30 petang. Hari sudah gelap waktu itu.  Bangun lebih awal kerana hendak explore banyak tempat. Biasanya musim sejuk di Hemisfera Utara adalah di antara 20 hingga 23hb Dis setiap tahun dan berakhir pada 20 hingga 23hb March setiap tahun. Negara-negara di Hemisfera Selatan (Australia dan New Zealand) musim sejuk bermula pada atau di antara 20 hingga 23 Jun dan berakhir pada 20 hingga 23 Sept setiap tahun.

25. Bawa juga bekalan ubat. Misalnya, panadol, minyak angin atau Pil Chit Teck Onn.    

26. Kenalilah budaya Jepun. Jepun adalah bangsa yang unik. Jepun terkenal dengan bersih,ketepatan masa, berbudi bahasa dan rajin. Belajar sedikit bahasa Jepun. Contoh, 'Koniciwa' maksud Hello. 'Arigato Gozaimastu' maksud Thank you very much.  

Di atas, adalah senarai tips backpacker kaki travel. Anda boleh membantu saya dengan menambah perkara-perkara yang saya tertinggal di ruangan komen. Sekian. Terima kasih di atas kerjasama para blogger traveller.

46 comments:

  1. Wah..entri Jepun sudah mulai muncul. Menarik sekali. Cepatnya Pak Lim buat entri. saya tunggu entri-entri Jepun selanjutnya. Pasti lebih menarik lagi.

    ReplyDelete
  2. Sangat setuju part pilih tmpat penginapan yang dekat dgn subway.
    Shad slalu pergi sini beli barang2,
    # Uniqlo(Malaysia) dekat Mid Valley,
    #ataupun dekat IOI Mall. IOI Mall ni banyak cawangan dia.
    #Takpun Daiso Japan (Mid Valley). - tempat ni murah :)

    akuvsdiashadhira.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barangan Jepun tak mahal mana pun....ada barangannya yang sesuai dengan kehendak dan keperluan kita.

      Delete
  3. Tips yg baguih....
    Lagi2 kalau ke negara beriklim lain.
    Cara nak berbelanja pun ada jugak....
    Wah....terima kasih :)

    info yg berguna...

    ReplyDelete
  4. Japan is one of the country that i wish to visit. Harapnya one fine day adalah la rezeki untuk ke sana. Really looking forward to see and experience their advanced technologies, polite people and breathtaking sceneries. InsyaAllah. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  5. Waahhh, Japan pun en.khai pergi tahun lepas... sakannya berjalan-jalan, happening~ ;3
    Betul tu, nak ke sana bagus kalau tahu basic nihongo sikit, nak mintak tolong tanya apa2 dari nihonjin nanti senang sikit, dorang pun hepi sikit nak assist kita, heheh ;3

    ReplyDelete
  6. Tips yang lengkap... domo arigato gozaimasu...

    ReplyDelete
  7. Kena persiapkan diri betul kalau nak ke jepun..t tak pasal..lain jadinya..kiki

    ReplyDelete
  8. Koniciwa..wahh.. bermain salji di Jepun..

    Persediaan pakaian waktu winter mmg penting..

    ReplyDelete
  9. I love Japan... menarik... Nice sharing.. :)

    ReplyDelete
  10. Nice shariing. Rindu sama jepun nak pegi lagi. Trip kali ni pergi berdua juga ke abe mkl

    ReplyDelete
  11. panduan yg cukup berguna diambil tahu jika nk ke Jepun ni...

    ReplyDelete
  12. konichiwa....

    wah, banyak tip berguna i. impian dah ada, cuma nak sampai tak tahu bila...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. Kos tak mahal mana pun kalau pi sendiri tanpa ejen.

      Delete
  13. terbaik..masa Etuza ke Osaka ikut group Bisnes Elken..menyesal tak pandai masa tu..tak aktif blod dahnya gambar pemandangan satu pun tak ada..aduh ..rasa nak lagi pergi ..kumpul duit inshaallah nak ikut tuan MKLim boleh tak? hehehe..aduh teruja lah melancong nikan best gilerrr!!

    ReplyDelete
  14. nice tips.. bila la dpt smp sana...

    ReplyDelete
  15. Teringin pergi jepu. nice sharing..

    ReplyDelete
  16. wow serooooonoknye..!! baru balik main snow la ni ye. okay nice tips tapi CT tak berminat ke Jepun lagi. esok esok mungkin datang minatnya hehehe.. CT ada kawan di matsuyama asyik ajak saja pergi and stay di rumah dia. tapi hehehe..

    patutlah masa pakai winter jacket dulu CT rasa macam tak panas aje. mmg baju tu besar dari CT pun hahahha..

    ReplyDelete
  17. great tips abang MKL..memang Jepun ni sentiasa duduk dalam wishlist..ok ke kalau travel solo?tunggu geng asyik takde je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Travel Solo ok je...Jepun negara selamat. Lebih Selamat dari Aussie.

      Delete
  18. MKL, awat x jumpa masa kat sana..? hehe...kami p 8 balik 15..he..he... ntah2 ada terserempak tapi x tau...hehe... dah start ya citer jepon..? saya pon nak start jugakla...:)

    ReplyDelete
  19. Wah.. Ini entri negeri matahari terbit pula..

    ReplyDelete
  20. waaa... ada masjid...
    salam tahun baru... :)

    ReplyDelete
  21. WOW!!! Subhanallah. Indahnya alam ciptaanNya.

    Tips yg amat berguna.

    ReplyDelete
  22. tips yang bagus.
    saya pakai long john sampai 2 lapis masa suhu -12.
    orang macam saya yang bersuhu khatulistiwa memang bukan senang nak sesuaikan diri bila suhu mencapai negatif...but pengalaman mengajar semuanya.

    ReplyDelete
  23. wah details tips yang diberikan
    harap bermanfaat kepada yang nak ke sana
    kalau saya, buat masa ni tak akan sampai kot
    saya dengar di jepun segalanya mahal

    ReplyDelete
  24. entri yang sangat berguna.. manalah tahukan kitapun boleh sampai ke sana...

    ReplyDelete
  25. Japan adalah satu2nya negara yg SS rasa nak repeat lagi... Memang best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pi sana musim autumn dan spring. Dua musim yang terbaik untuk lawat Japan.

      Delete
  26. Kalau nak g sana kena buat research dulu ni ..Nanti kalau berpeluang pergi Lya akan rujuk blog MK..tq sharing ..

    ReplyDelete
  27. wow..banyaknya checklist yg kena buat. tp ada certain tu lebih kurg jer checklist yg sy buat masa nk pi korea ari tu. waktu kt jepun samalah ngan korea kan, sejam awal dr malaysia.. thank u for d info ;-)

    zinziemeewah

    ReplyDelete
  28. Saya berasa sangat berbahagia bila jumpa N3 Khairuddin pasal Jepun. Insyallah nak ke sana nnt. in spring..

    ReplyDelete
  29. Tuan MKL... Share itinerary blh?

    ReplyDelete