Wednesday, 7 January 2015

Moh kita bercuti : How to make the most of 14 Days of Leave in 2015

Dari Meja Kaki travel Khairuddin.

Moh kita travel sekerap yang mungkin. Moh kita buat kira-kira. Teman ada 35 hari bercuti dalam setahun. Jom kita mulakan pengiraan. Sudah tentu dapat menjimatkan cuti tahunan. Sudah tentu tidak perlu menghadap boss yang kadang kala keberatan meluluskan cuti kita. 

 Daun-daun Ginkgo(Maidenhair tree)  yang berguguran

Cinta dan Daun-daun Ginkgo dalam perjalanan ke Osaka Castle 

Bagaimana menjimatkan cuti tahunan untuk pergi bercuti sekerap mungkin ?
Tahun 2015 adalah tahun yang baik untuk mencari masa bercuti tanpa perlu mengambil cuti yang panjang. Berikut adalah senarai slot masa terbaik untuk keluar pejabat.

Slot #1 : Tarikh cuti pada 30 Januari hingga 3 Februari. 5 hari cuti.

Nota : Ambil cuti pada 30 Januari. 1 & 2 Februari cuti Hari Wilayah. 3hb cuti umum Thaipusam.



Slot #2 : Tarikh cuti pada 18 Februari hingga 22 Februari. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 18 Februari. 19 & 20 Februari cuti Tahun Baru Cina.


Slot #3 : Tarikh cuti pada 1 hingga 4 Mei. 4 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 4 Mei. 1 Mei adalah cuti Hari Buruh.


Slot #4 : Tarikh cuti pada 15 hingga 19 Julai. 5 hari cuti
Nota : Ambil cuti pada 5 & 16 Julai. 17 & 18 Julai adalah cuti Hari Raya.


Slot #5 : Tarikh cuti 27 hingga 31 Ogos. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 27 & 28 Ogos. 31 Ogos cuti Hari Merdeka.


Slot #6 : Tarikh cuti 16 hingga 20 September. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 17 &18 September. 16 September adalah cuti Hari Malaysia.


Slot #7 : Tarikh cuti 24 hingga 27 September 4 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 25 September. 24 September cuti Hari Raya Haji.


Slot #8 : Tarikh cuti 14 hingga 18 Oktober. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 15 & 16 Oktober. 14 Oktober adalah cuti Awal Muharram.


Slot #9 : Tarikh cuti 7 hingga 10 November. 4 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 9 November. 10 November pula adalah cuti Deepavali.


Slot #10 : Tarikh cuti 23 hingga 27 Disember. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 23 Disember. 24 Disember adalah cuti Maulidur Rasul. 25 Disember cuti Hari Krismas.


Jimat cuti tahunan. Tidak perlu mengadap boss yang kadang kala keberatan meluluskan cuti. Babai boss!

Nota : Slot diatas tidak mengikut cuti negeri. Sesuai juga aktiviti bersama keluarga, kenduri kendara dan perkahwinan
Kredit : FB (Norhanita Kayat)

Rumusan : Kita ada baki 11 hari lagi daripada 35 hari. Keseluruhan cuti tahunan kita adalah 58 hari termasuk Sabtu dan Ahad yang dikira sebagai cuti sambungan dari cuti perisitwa. Wah! Sangat sesuai untuk ke luar negeri serta menghabiskan masa yang panjang dengan orang-orang tersayang. Kita dapat maksimum cuti empat atau lima hari yang berterusan dengan cara pengiraan seperti itu. 

40 comments:

  1. Ada juga ternampak perkara ni kat FB

    ReplyDelete
  2. Wah..gigih mengira cuti... x apa..demi mengejar impian dan cita2... ke mana lepas ni MKL?

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin ke negara sebelah Hemisphere Utara ........hi3.

      Delete
  3. mmg syiok berjalan kalu cuti byk... He He He...

    ReplyDelete
  4. mmg perancangan yg sistematik tu ...

    ReplyDelete
  5. nice tips! tapi cam saya susah sikit
    sebab keutamaan cuti perayaan diberikan pada yang menyambut sahaja

    ReplyDelete
  6. Keme tak boleh ikut plan cuti singkat2 cenggini...
    Paling kurang mau 16 hari...kehkehkeh

    ReplyDelete
  7. wahh senang sekarang ada perancangan terbaiklah

    ReplyDelete
  8. ramai yang berkongsi bendani.. tahunni ramailer yang bercuti2an.. tapikalau dah semua apply memang tak dapatlerkan...

    ReplyDelete
  9. memang seronok tengok ni, tapi apakan daya, kerja macam saya kadang-kadang public holiday pun kena kerja..sob sob..kerna terpaksa aku relakan..huhu

    ReplyDelete
  10. ulalaa~ terbang ke mana pula ini tahun, saspen saspen~ ;3

    ReplyDelete
  11. hehehe..ini mmg tips terbaik...
    cuma pastinya cuti2 pjg ni akan dipenuhi utk bercuti-cuti....
    kalau dalam Msia ni konfem ramai org....huhu

    ReplyDelete
  12. Jyahoooo! Dah boleh plan la ni apa aktiviti nak buat tahun ni! Haha

    ReplyDelete
  13. Tq en khairuddin good info , kena plan awal2 pastu apply leave earlier 1 or 2 bulan mesti approve punya.

    ReplyDelete
  14. nak keman lagi y MKLIM..moga hajat tercapai ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Developed Countries kot.....yang lain dalam Cuti-cuti Malaysia....Malaysia banyak tempat yang menarik untuk diterokai.

      Delete
  15. wow Uncle da plan nak travel ke ni ? pegi maaana pulakzz

    ReplyDelete
  16. tips blog lebih ceria datang klik ya..moga tersenyum hari ini..http://madey09.blogspot.com/2015/01/senyumkan-blog-anda-pasti-ramai-ceria.html

    ReplyDelete
  17. rasa nak ikut ja ni MKLim..huuuu teruja nak melancong banyak pengalaman

    ReplyDelete
  18. bercuti merehatkan minda, meluaskan pandangan & pengalaman..

    ReplyDelete
  19. BESTNYA BOLEH RANCANG N SIAPKN JADUAL TRAVEL BERCUTI LBH AWAL...APAPUN YG NK DIBUAT KENA RNCANG DULU TAPI ALLAH YG MENENTUKANNYA...

    ReplyDelete
  20. Bagus nya dah merancang cuti awal2 :)

    ReplyDelete
  21. Tahun ini memang banyak cuti yang bersambung dgn hujung minggu... Boleh rancang percutian menarik tahun ini...

    ReplyDelete
  22. Tips terbaik penuh dgn perancangan rapi.. sungguh berhalus pemerhatian tuan..

    ReplyDelete
  23. Sangat menarik dan bermanfaat.. informatif.. :)

    ReplyDelete
  24. thanks for the info dan mohon izin utk C & P..thank u

    ReplyDelete
  25. Ramai jugak yang share ttg ni kat FB dan whatsapp..Tq sharing

    ReplyDelete
  26. Cuti tahunan cuma ada 20 hari je..hihi..kena on follow tarikh cuti umum niee..hihi

    ReplyDelete
  27. oerkongsian yang menarik. harap 2015 dapat travel sekeluarga ke tempat baru. Insyaallah

    ReplyDelete
  28. Cuti tahunan JM juga 35 hari setahun..kalau ikut hati nak bercuti sekerap mungkin tapi apa kan daya..budgettidak mencukupi huhuh

    satu lagi masalah...tiket flight x dapat harga murah dalam tempoh cuti yg di kehendaki melainkan cuti2 dalam negara je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti dalam negara pun jadi le...banyak lagi tempat-tempat menarik yang belum diterjah lagi.

      Delete
  29. Slot #4 : Tarikh cuti pada 15 hingga 19 Julai. 5 hari cuti
    Nota : Ambil cuti pada 5 & 16 Julai. 17 & 18 Julai adalah cuti Hari Raya.

    p/s : Ambil cuti 15 & 16 julai kan bukan 5 & 16 julai

    ReplyDelete
  30. sapa2 nk pg holiday dngn jimat dan dpt kn tawaran hebat boleh terus contact saye di whatsapp 0146964610 ..

    ReplyDelete
  31. Ayo rancang percutian mu di indonesia, dengan price pakej promo dari kami��
    .
    1. Mount Bromo Sunrise tanpa meninap
    Minimum 6 orang: rm250
    Minimum 18orang: rm240
    .
    2. Mount Bromo Sunrise dengan meninap
    Minimum 6 orang: rmrm320
    Minimum 18 orang: rm295
    .
    3. Mount Bromo sunrise + Ijen Crater Blue Fire 3Day 2Night
    Minimum 6 orang: rm380
    Minimum 18 orang: rm340
    .
    4. Lake Ranu Kumbolo, in Mount Semeru 2Day 1Night
    Minimum 6 Orang: rm520
    Minimum 15 Orang: rmrm450
    .
    5 Lake Ranu Kumbolo & Mount Bromo Sunrise 3Day 2Night
    Minimum 6 Orang: rm700
    Minimum 15 Orang: rm630
    .
    6. Mount Semeru 3Day 2Night
    Minimum 6 Orang: rm690
    Minimum 15 Orang: rm600
    .
    7. Mount Semeru & Mount Bromo Sunrise 4Day 3Night
    Minimum 6 Orang: rm830
    Minimum 15 Orang: rm790
    .
    8 Doble Summit Mount Arjuna & Mount Welirang 4Day 3Night
    Minimum 6 Orang: rm340
    Minimum 18 Orang: rm240
    .
    Request pon boleh��
    Maklumat dan tempahan boleh mengubungi:
    WA: +6288801741224
    BBM: 5997E67E .

    ReplyDelete