Friday 20 March 2015

With love from Taiping : Hutan Paya Laut Matang

Hari Pertama ( 19 Feb 2015)

Selepas melawat Muzium Matang Ngah Ibrahim, kami terus ke Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang. Kami berasa bertuah kerana telah dapat melawat hutan Paya Laut yang terbesar di Semenanjung dan sumber Pokok bakau minyak terbesar di Malaysia. Hutan ini terletak daerah Matang, Perak. Selain dapat melihat paya laut di hutan lipur ini, kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini adalah wakaf, tapak perkhemahan, chalet, jeti bot, dan tandas. 
Pusat ini di buka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan dan bermalam, sila berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah. Setakat ini,  tiada bayaran masuk dikenakan. (Sehingga 19 Feb 2015). Secara peribadi, pusat ini sesuai untuk kita mengenali hutan Paya Laut, beriadah, dan aktiviti naik bot di sepanjang sungai hutan Paya Laut Matang. Kira-kira 70 peratus daripada hasil hutannya adalah dijadikan arang dan dieksport ke Jepun dan negara-negara maju yang lain. Lagipun, kualiti arang kayu dari pokok bakau minyak di Kuala Sepetang ini adalah antara arang kayu yang terbaik di dunia. 

 Selamat datang Ke Hutan Paya Laut Matang

 Naimah dan Nadiah 

 Akar-akar kayu kayan menjalar di segenap pelusuk

 Kami keluarga bahagia sampai ke Jannah

 Pohon-pohon menjulang tinggi melangit

 Di celah-celah kayu kayan

Intai-intailah kami 

 Alang aje yang tak bersama kami. Alang tengah menyambung pengajian di Ireland

 Aku, Cinta bersama anak-anak

 Kita boleh menyusuri  sepanjang sungai dengan perkhidmatan bot yang disediakan.

 Aku Kaki travel Khairuddin

Aku Nassier, abang ngah dalam keluarga

31 comments:

  1. pohon bakau yg tinggi itu pasti umurnya ratusan tahun ya Pak Lim ? lambat besar pohon bakau ini. sayang kalau ditebang dijadikan arang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pohon bakau di sini berkualiti tinggi dan telah dijadikan arang.

      Delete
  2. Replies
    1. Siang tak ada nyamuk dan malam pun tak ada...

      Delete
    2. nyamuk sekarang semua ke bandar.

      Delete
    3. ahaks..Sal..itu sbb kawasan rumah sis ni asyik kena foging je

      Delete
  3. ye JM doakan Abe MKL sekeluarga bahagia hingga ke Jannah aminnn

    ReplyDelete
  4. view yg sangat menarik dan sejuk mata memandang

    ReplyDelete
  5. view yg cantik... anak-anak happy .. bahagianya :)

    ReplyDelete
  6. Wahh.. cantik sgt gambar2 tu.. Alhamdulillah.. keluarga bahagia.. Salam ceria selalu.. :) :)

    ReplyDelete
  7. gambar sekeluarga di celah2 pokok tu sgt cantik klu buat poster inkjet printing.. menarik..

    ReplyDelete
  8. salam, knal. saya dh ltk blog anda di bloglist projek travel :)

    ReplyDelete
  9. Seronoknyer sekeluarga dapat beriadah menyelusuri onak duri ranjau...menaiki bot dan merasai sendiri hutan paya laut dan hutan paya bakau yang asli dan indah...

    Memang satu aktiviti keluarga yang sangat meninggalkan kesan memori yang indah...

    ReplyDelete
  10. happy family, suka betul CH tengok.. lagi satu gambar yg KK ambil sungguh Cantik.. Subahanallah..

    ReplyDelete
  11. Tempat best untuk santai dan rehatkan minda!

    ReplyDelete
  12. wahhh keluarga yang heppy dan bahagia ya pak dan tempatnya sejuk juga hehe

    ReplyDelete
  13. pemandangan alam yg indah . kat sini ke yg byk burung tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Burung-burung yang berhijrah ke serata tempat dunia adalah di Kuala Gula Bird Santuary terletak di Kuala Kurau, Perak.

      Delete
  14. sejuk suasana hutan paya bakau...

    Alang di Ireland, ambik medik juga ke, mcm Angah?..Alhamdulillah..keluarga berjaya dan bahagia..

    ReplyDelete
  15. kilang arang tu tingin nak pergi.. tengok kawan buat wedding photoshoot kat situ cantik..
    kena pegi dengan org yang sama minat baru boleh ngam..

    ReplyDelete
  16. Salam kebahagian buat tuan MKL sekeluarga.. :)

    ReplyDelete
  17. cantik gambar akar pokok tu
    saya suka tengok gambar MKL sekeluarga, sejuk mata melihat
    terserlah kebahagian di setiap wajah anak-anak
    MKL ada berapa orang anak sebenarnya?

    ReplyDelete
  18. Taping pun banyak tempat menarik dan bersejarah untuk dilawati...

    ReplyDelete
  19. Saya juga pernah ke sini bersama keluarga dan bawa orang luar negara. Tempatnya cantik.

    ReplyDelete
  20. Assalam,
    he3
    suka benor nengok kemesraan family
    :)

    ReplyDelete