Thursday 30 April 2015

Hat Yai & Songkhla Itinerary 2015

Moh kita ke Hat Yai dan Songkhla

Bus tiket Konsortium Bas Ekspres Semenanjung (M) Sdn Bhd

Sudah berkali-kali saya bercuti ke Hat Yai. Ini antara tempat kegemaran kami suami isteri. 

Jom tengok Itinerary kami yang seperti berikut :

Hari Pertama.

Bertolak dari Pudu Raya Kuala Lumpur
Tiba di Kawasan Lee Garden
Merayau-rayau di sekitar Night Market di Kawasan Lee Garden

Hari Kedua

Hatyai Municipal Park
Planetarium
Hatyai Cable Car
Hatyai Ice Dome

Songkhla Beach Hatyai
Masjid Jamek Songkhla
Songkhla Aquarium
Songkhla Zoo
Tang Kuan Hill Lift Station

Central Festival
Hatyai Night Market

Hari Ketiga

Tan Nga Chang Waterfall
Magic Eye 3D Museum  
Chang Puak Camp Hatyai

Tinsulanan Bridge
Klong Hae Floating Market
Hat Yai Train Station

Santisuk Market
Hatyai  Festival Mall

Hari keempat

Berlepas pulang ke Kuala Lumpur

Para Sahabat Blogger, ada lagi tak kawasan-kawasan yang lain menarik untuk dilawati? Saya menghargai setiap komen dan cadangan anda tentang itinerary kami. Terima kasih daun keladi.






Read more ...

Tuesday 28 April 2015

Pantai Si Rusa Port Dickson

Batu 4 Jalan Pantai, 71050 Port Dickson Negeri Sembilan.

Pantai Si Rusa adalah Kampung halaman aku. Aku dibesarkan di sini bersama aluanan ombak, bisikan pasir laut, tangisan Sang Nelayan dan keriuhan Sang Helang. Di sini aku habiskan sebahagian besar usia remajaku. Di sini adalah tempat aku bermanja. Di sini juga aku dibesarkan sehingga usia mencapai 19 tahun sebelum melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi awam. 

Bagaimana hendak ke Pantai Si Rusa ? Waze atau dari lebuh raya Seremban- Port Dickson. Sebelum terus ke Teluk Kemang, belok ke kiri dan terus jalan sampai jumpa Bandar Tentera Port Dickson. Dari situ, terus sehingga ke jalan simpang, satu ke kiri dan satu ke kanan. Belok ke kanan, anda akan menghala ke Teluk Kemang. Belok ke kiri anda akan jumpa dengan Pantai Si Rusa, di sebelah kiri anda.

Pantai Si Rusa, Pantai Cahaya Negeri dan Pulau Burung adalah berjiran antara satu sama lain. Sekiranya anda bercanda di Pantai Sirusa, anda harus juga bersantai ke Pantai Cahaya Negeri dan Pulau Burung.

 Nun di kejauhan adalah Pantai Pulau Burung dan berdekatan dengan Pantai Cahaya Negeri.

 Bot-bot nelayan

 Pantai Si Rusa

 Tapak Perkemahan untuk bermalam

 Sahabatku, teman permainan adalah seorang nelayan sekarang

Tapak untuk kaum nelayan

 Pantai yang sesuai untuk pelbagai aktiviti pantai

 Jambatan menghubungkan Pantai Si Rusa, Pantai Cahaya Negeri dengan Pulau Burung

 Aku selalu merindui bau-bau pantai dan laut

 Bot, Laut dan Pantai adalah sebahagian daripada diriku.

 Begitu damai dan tenangnya hati apabila aku melawat ke sini kemarin. Harap dapat kembali ke sini menghirup bau-bau laut dan pantai berpasir

Walau pun aku telah kembali ke hutan belantara, sungai, kolam air panas  dan banjaran Titiwangsa yang menemani sebahagian sisa-sisa usia tuaku, aku tetap merinduimu, merindui sebahagian usia remajaku yang dibesarkan di sini. Aku pasti mengunjungimu, sayangku, laut dan pasir pantai.  Amin,insyallah.

Read more ...

Monday 27 April 2015

Pray for Nepal : Mount Everest Region

Life's a gift. so make every day count.

Our prayers to you and your sherpa community. Earthquake 7.9 just happened in Kathmandu, Nepal. 



|

I am a hiking and camping lover. So, Let's us all pray for Nepal and fellow trekker for Allah S.W.T bless and keep them safe. Subhanallah.

Kredit : FB Azham Afzanizam Hamzah.

NepalQuake 
Read more ...

Sunday 26 April 2015

Panglima Awang : Traveller Melayu Pertama Mengelilingi Dunia

SEMINAR MENGANTARABANGSAKAN KEPAHLAWANAN PANGLIMA AWANG ORANG MELAYU PERTAMA MENGELILINGI DUNIA 


29 April 2015 (Rabu) di Dewan Seri Tanjong, UPSI, Tanjong Malim, Perak

Seminar ini akan menampilkan enam orang pembentang kertas kerja utama iaitu: 

1. “Kupasan dan Kritikan Empat Buah Novel Berkaitan Panglima Awang” - Zabidin lsmail, Persatuan Karyawan Perak

2. “Biografi dan Sumbangan Harun Aminrurasshid dan Penulis Lain Yang Menulis Tentang Panglima Awang dan Keturunannya” - Prof.Madya Dr.Talib Samat, UPSI

3. “Penelitian Semula Susur Galur Perjuangan Panglima Awang Selaku Orang Melayu Pertama Mengelilingi Dunia” - Mohd.Zamberi Abdul Malek, Mantan Karyawan Tamu Universiti Malaya

4. “Program Melestarikan Tapak Kelahiran Panglima Awang (Enrique De Malacca) di Kuala Sungai Baru, Melaka dan Kuburnya di Rembau, Negeri Sembilan” - Datuk Paduka Zainal Johan, Waris Bendahara Tun Perak.

5. “Proses Kreatif dan Pengalaman Menulis Novel Panglima Awang Penguasa Lima Lautan” - Rosli Mohd. Sah, Editor Yamani Angle Sdn.Bhd.

6. “Ilmu Pelayaran Dalam Novel Panglima Awang Karya Harun Aminurrashid” - Hasrina Baharum

Pameran beberapa contoh alat pelayaran yang digunakan oleh Panglima Awang semasa mengendalikan operasi pelayarannya pada abad ke-16 akan dipamerkan oleh Datuk Paduka Zainal Johan. Di samping itu diadakan juga majlis pelancaran buku dan novel tentang Panglima Awang terbitan ITBM, DBP, PERZIM, Yamani Angle Sdn.Bhd. dan Pekan Ilmu dan seumpamanya untuk mempopularkan semula tokoh Panglima Awang tidak mengenali tokoh ini. 

Majlis ilmu ini terbuka kepada umum. Keterangan lanjut tentang seminar ini bolehlah menghubungi Prof. Madya Dr. Talib Samat di talian 012-2269740.

Penyertaan adalah PERCUMA.

Kredit : Taman Pustaka
Read more ...

Saturday 25 April 2015

Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei"



Jom Join dan link adalah seperti berikut :


Selamat hari Si Lala
Semoga panjang umur, murah rezeki,dirahmati selalu
Semoga hari-hari yang dilalui begitu indah sekali
Yang buruk dijadikan sempadan
Yang baik dijadikan teladan


Read more ...

Friday 24 April 2015

Koniciwa 20 : Kinkaku-Ji Temple ll

Hari ke 3 (12 Dis 2014)

Assalamualaikum. Salam merindu semua pembaca. Semoga kalian mengetahui betapa berertinya seseorang dalam hidup kita. Hidup ini adalah singkat. Semua kisah itu adalah indah. Sesungguhnya,yang buruk itu adalah ketika kisah indah itu berakhir dengan air mata. Bukan airmata kebahagiaan, tetapi air mata kesedihan.

Saya terbitkan dua siri kerana temple ini adalah antara tempat kesukaan saya. Golden Temple harus dimasukkan ke dalam itinerary anda. 

  1. Kinkaku-ji, officially named Rokuon-ji, is a Zen Buddhist temple in Kyoto, Japan. The garden complex is an excellent example of Muromachi period garden design. The Muromachi period is considered to be a classical age of Japanese garden design. Wikipedia



Golden Pavillion

Begitu cantiknya tasik di keliling oleh dedaun keemasan

Retirement Villa untuk Shogun Ashikaga Yoshimitsu

Anda harus melawat Kinkau-Ji Temple sekiranya berada di Kyoto

Air terjun kecil

Membaling wang ke arah batu suci

Berdoa untuk nasib yang lebih baik

Tempat Sembahyang

Menuruni tangga dan dah keluar dari Golden Pavillion

Begitu indahnya Japanese Maple

Tuhan penjaga sudut atau penjuru pintu

Selamat Jalan Kinkaku-Ji Temple

Read more ...

Thursday 23 April 2015

Koniciwa 19 : Kinkaku-Ji Temple 1

Kinkaku-Ji Temple (Golden Pavillion)

Ohayogozaimasu. Catatan hari ke 3 di bumi Nippon. (12 Dis 2014) 

Entri aku ke Jepun masih belum habis lagi. Sekarang nak teruskan dan biar bernoktah. Selepas dari kiyomizu Temple kami terus naik bas ke Kinkaku-Ji Temple. Direction ke sini telah diberi oleh pegawai i information. Kami suka bertanyakan pegawai i information. Depa memberi maklumat yang sangat lengkap berserta dengan petanya sekali. Kami beli bus tiket kyoto (Kyto City Pass harga 500 yen). kami ambil satu hari sahaja.  Bus tiket boleh juga beli di Family Mart. Tapi peta dan informasi yang lengkap mesti diperolehi dari i information. Pusat i information depa sangat lengkap.    

Entrance Fee ke Golden Pavilion 400 yen. Kami tidak melawat Ginkakuji Temple (Silver Pavillion). Masa mencemburui kami dan adalah kos melepas. Kinkaku-Ji Temple adalah tempat tumpuan pelancungan. Bangunan Golden Pavilion dibina di tengah-tengah tasik dan berwarna keemas-emasan. 



 Laluan masuk

 Masa ini adalah permulaan winter

 Merenung jauh ke masa depan. (Futuristik)

 Pintu Masuk

 Begitu cantiknya pemandangan di sini

 Begitu cantiknya pepohon di kiri kanan

 Seni binaan begitu unik dan menawan

 Cinta hatiku

 Jalan-jalan untuk ke Kaunter Tiket

Kaunter Tiket

 Kinkaku-Ji Temple (Golden Pavillion)

Golden Pavillion adalah salah satu Zen Temple yang terletak di Utara Kyoto yang mana dua tingkat binaan diselaputi dengan dedaun emas. Pavillion ini dikenali sebagai retirement villa kepada Shogun Ashikaga Yoshimitsu.
Read more ...

Monday 20 April 2015

Batu Hampar, Otea dan Aroma Ikan Bakar

Batu Hampar Bukit Malawati, Otea Kuala Selangor dan Aroma Ikan Bakar Pantai Jeram.


Entri ini entri yang ketiga di Bukit Malawati Kuala Selangor. Entri pertama adalah tentang kenaikan trim ke atas Bukit Malawati. Entri kedua adalah semasa berada di Puncak Bukit Malawati. Entri terakhir adalah berjalan kaki turun ke bawah kaki Bukit Malawati. Pasal ingin menengok batu hampar yang unik. Berdiri teguh di atas busut anai-anai. Busut itu kosong dan dapat menampung batu yang begitu berat sekali. 

Selepas turun ke kaki bukit Malawati. Kami singgah bersolat di Masjid Pekan Kuala Selangor. Kami singgah di kedai Otea Kuala Selangor. Facebook : Otea Kuala Selangor. Satu gelas RM5.00. Malam kami diakhiri dengan makan ikan bakar di Aroma Ikan Bakar di Medan Ikan Bakar Pantai Jeram. Alamak lebih kurang sejam kami menunggu menu siap dihidang. Seekor ikan Jenahak lebih kurang RM59.00. Kerang bakar harga RM6.00. Tom yam tiga orang makan RM15.00. Jus Tembikai RM15,00 Nasi putih tiga pinggan RM4.50. Harga RM 99.50 belum termasuk GST.

Segerombolan Lotong

Lotong dan anak-anaknya

Batu Hampar. Terletak berupa seketul batu pejal empat persegi berukuran 5x5x1 kaki padu yang beralas longgokan tanah pasir sebagai kakinya. Ada pendapat mengatakan bahawa batu ini digunakan sebagai tempat memancung penderhaka. Pendapat lain pula mengatakan bahawa batu ini adalah tempat persemayaman Baginda Sultan Abdul Samad untuk memerhati pekan Kuala Selangor.

Sungai Kuala Selangor

Busat Malawati

Busat dan Wakaf Malawati

Pandangan ke bawah dari Busat Malawati

Makam Diraja Kota Malawati

Muzium Permainan Tradisional Rakyat

Keterangan akan Perigi Beracun

Perigi Beracun

Minum-minum petang di Otea Kuala Selangor
Buble Tea 

Aorma Ikan Bakar di Medan Ikan Bakar Pantai Jeram
Read more ...