Wednesday, 8 April 2015

Puncak Gunung Datuk

Gunung Datuk Rembau, Negeri Sembilan.

Kami telah sampai ke puncak Gunung Datuk Rembau. Gunung Datuk mempunyai pemandangan yang sangat cantik dari atas. Pemandangannya ohsem. Kesemua gambar berikut adalah pandangan di atas puncak Gunung Datuk.

Di negeri Sembilan, terdapat dua buah gunung yang sangat terkenal. Gunung Datuk Rembau. Gunung Angsi, Ulu Bendul Jelebu. Mana yang lebih cantik ? Saya mengatakan pemandangan di Gunung Datuk jauh lebih cantik daripada Gunung Angsi. 

Apabila berada di atas puncak, anda akan berasa ini adalah sebahagian daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah. s.w.t. Sesungguhnya rezeki bukan hanya dalam bentuk wang, tapi juga umur yang baarokah, kesihatan yang baik, dikelilingi banyak kebaikan dan suasana hati yang penuh dengan kedamaian. Subhanallah Alhamdulillah........



 Dua tangga kembar yang kedua

 Bila Sang Gunung berbicara

 Dua tangga kembar yang ketiga

 Tangga yang terakhir

 Yeaah berjaya ke puncak Gunung Datuk akhirnya

Menjejaki tapak kaki Hang Tuah. Harap anda akan menjejaki tapak Hang Tuah, Pahlawan Melaka yang terkenal. 

 View yang superb

 Kelihatan bandar Rembau

Rezeki kami. Subhanallah Alhamdulillah

 Nassier dan saya teringin makan laksa dan cendol di atas gunung dari kaki gunung lagi. Terbayang ada gerai laksa dan cendol di atas gunung.  

Nassier kini telah kembali ke Melbourne untuk menyambung pengajian perubatannya.

Nassier berdiri di atas batu yang terakhir. 

Setelah puas berehat, kami menunggu masa untuk turun ke bawah.

29 comments:

  1. Subhanallah cantiknya pemandangan dari atas puncak gunung Datuk. Anim yang ada kampung di Rembau pun tak pernah sampai ke sini lagi hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Rembau ye....ada masa dan ruang mesti cuba...

      Delete
  2. PUAS HATI DAPAT SAMPAI KE PUNCAK GUNUNG YG INDAH SEKALI VIEWNYA...XRAMAI YG BERPELUANG MENGECAPI PENGALAMAN MANIS INI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah alhamdulillah...rezeki dari Allah s.w.t

      Delete
  3. kalau cik akak ni abg khai...entah bila lah nak naik..haha
    wow serius memang cantik..kat malaysia pun ada tempat yg lebih menarik..kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita mempunyai banyak tempat yang menarik di Malaysia..Kena cari dan menerokai alam di Malaysia.

      Delete
  4. berbaloi..view yg awesome..

    ReplyDelete
  5. trek yg sangat mencabar...batu besar2..mmg perlu carefull

    ReplyDelete
  6. Tahniah kerana berjaya sampai ke puncak kejayaan

    ReplyDelete
  7. JM ingat ada DATIN sedang menunggu di puncak tu heee

    ReplyDelete
  8. Mantap juga stamina en Din..berjaya sampai di puncak...

    Nanti suruh JM buka gerai cendol kat atas tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Lang Mie..waktu nk bawak cendol tu ke atas...belum sampai habis masuk perut!

      Delete
    2. xixix.. tiap baca comment mbak JM, sayangak bisa nahan ketawa..

      Delete
  9. Cantik dan puas hati bila dah sampai ke puncak.

    ReplyDelete
  10. subhanallah cantik view kat situ
    x pernah lg daki setinggi tu, aktiviti yg bagus utk keluarkan peluh
    moga dibukakan pintu rezeki buat kita semua seluasnya

    ReplyDelete
  11. Luas permandangan, saujana mata memandang.. cantik, tp gayat juga.. :D

    ReplyDelete
  12. Pemandangan dari atas puncak, sangat indah pak Lim. hebat pak Lim, naik gunung setinggi itu tidak kelihatan letih...padahal sudah berumur. perlu minta tips jaga stamina dr pak Lim ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berjalan kaki tiap-tiap hari. Selagi boleh jalan saya jalan. Saya bermain dengan pokok bunga,pokok buah dan rumput tiap-tiap hari. Saya jaga makan dan minum. Saya tidor 8 jam setiap hari. Saya positif setiap hari. Perkara remeh temeh saya abaikan. Saya hidup dengan penuh kasih sayang setiap hari....Tidak ada tips yang istimewa pun. Hi3.

      Delete
  13. pernah sampai ke rembau . mmg cantik pemandangannya ...

    ReplyDelete
  14. cantiknya view dari atas. berbaloi letih mendaki :)

    ReplyDelete
  15. hihi gerai laksa dan cendol di atas sana ?
    sapa nak jual tu uncle ehehe..

    ReplyDelete
  16. Bestnyer kalau dapat join aktiviti camni ^-^

    ReplyDelete
  17. saya telah sampai dulu2 tahun 90an... nostalgia...

    ReplyDelete