Wednesday, 1 April 2015

With love from Taiping : Kunang-kunang atau Kelip-kelip di Kuala Sepetang

Kunang-kunang Kampung Dew di Sungai Sepetang



Selepas makan mee udang di Salleh Stall, kami bergegas ke Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang. Saya telah berjanji untuk menyertai kumpulan lain melihat kelip-kelip berterbangan liar pada waktu malam. Kami terpaksa menyertai kumpulan lain untuk mendapat harga istimewa. Seorang dikenakan harga RM22. Sekiranya 15 orang ke atas dikenakan harga RM20 


Kamera saya bukan jenis yang dapat menangkap gambar kelip-kelip. Gambar di atas adalah dari kamera Arild Hagen Norway. Saya hanya dapat menceritakan pengalaman saya. Saya pernah melihat kelip-kelip di Kuala Selangor. Saya lihat tertarik dengan kelip-kelip yang ada di kuala Selangor berbanding dengan Kampung Dew di Sungai Sepetang. Kedua-dua tempat itu adalah antara tiga kawasan perlindungan kelip-kelip paling penting di dunia. Satu lagi tempat adalah di Great Smoky Mountain National Park di Tennessee, Amerika Syarikat.

Di sini, kami menaiki bot laju menyusuri sepanjang tepi Sungai Sepetang. Di kuala Selangor, kami menaiki sampan dan dapat melihat dengan jarak yang lebih dekat lagi. Menurut jurucakap, kelip-kelip hinggap pada Pokok Berembang (sonneratia caseoraris). Pokok Berembang adalah satu spesies pokok bakau.

Kelip-kelip adalah kumbang bersayap. Mereka kelihatan bercahaya atau pada perutnya boleh berwarna kuning, hijau, atau merah pucat. Hanya Kelip-kelip jantan yang boleh terbang. Kelip-kelip betina hanya menunggu di tanah. Ia  boleh hidup selama 30 hari tanpa makan. Kelip jantan mati selepas mengawan. Kelip betina mati selepas bertelur.

Saya dapat melihat mereka suka menyala bersama. Kelip-kelip juga suka menyala secara berirama.

Sekiranya ada peluang, lawatlah kedua-dua tempat kelip yang terkenal di Malaysia. Sumbanglah kepada sosio-ekonomi penduduk Kuala Sepetang dari segi tarikan pelancong. Kedua, sebagai penunjuk kualiti alam sekitar apabila iklim berubah seperti pemanasan global. 

Hubungi En. Abd Wahab (019-5547310). Harga sebelum GST. (1 April 2015). Firefly seorang RM22 dan 15 orang ke atas RM20.  

Selain, itu anda boleh mengikuti aktiviti yang lain seperti memberi helang makan, melihat matahari terbenam, dan melihat bangau dengan bot. 

Egret(Bangau) 1 Person RM8 dan 15 People above RM7.
K. Sangga Feed the Eagles 1 Person RM22 dan 15 People above RM20.
Sunset 1 person RM22, 15 People above RM20.
Min 6 People. Boleh join orang lain.

Aktiviti melihat kunang-kunang mengakhiri malam kami. Ini adalah hari kedua (20 Feb 2015). Hari pertama (19 Feb 2015) kami dipenuhi dengan perjalanan ke homestay di Kamunting. Kami telah singgah di Pasar Changkat Jering pada hari pertama. 
1.  Jogging di Taman Tasik Taiping
2.  Muzium Taiping
3.  Muzium Matang Kota Ngah Ibrahim
4.  Hutan Eko Pendidikan Paya Laut Matang
5.  Stesen Keretapi Kuala Sepetang (Port Weld)
6. Jambatan Kuala Sepetang untuk menikmati suasana matahari terbenam di Perkampungan nelayan
7.  Makan mee udang Kuala Sepetang
8.  Kelip-kelip Kampung Dew




18 comments:

  1. adanya kunang kunang adalah pertanda lingkungan di situ masih baik pak Lim. Sekarang susah menemukan kunang kunang karena lingkungan sudah rusak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelip kelip sebagai penunjuk kualiti alam sekitar.

      Delete
  2. pengalaman menarik...dua2 tempat belum pernah pergi..

    ReplyDelete
  3. cantik berkerlipan kunang2 ni ya..

    ReplyDelete
  4. Sangat menarik melihat binatang luarbiasa ini bercahaya bak lampu kelip2!

    ReplyDelete
  5. menarik juga percutian seperti ini. saya menunggu anak besar sikit baru mudah untuk bawa ke tempat seperti ini

    ReplyDelete
  6. Kunang2 penyeri malam... Cantiknyee...

    ReplyDelete
  7. cantik kan? arwah ayah nelayan. so, dari kecil memang dah biasa tengok & tangkap kunang-kunang :)

    ReplyDelete
  8. dulu study kat selangor pun tak pernah pegi tengok kelip2.. tengok keadaan boat takut boat tenggelam..
    tapi orang putih sakan sungguh kan jejak kelip2.. sentiasa ramai.

    ReplyDelete
  9. cantikk..... thanks sbb share tempat nie.. lama dah teringin nak tengok kunang-kunang nie . :D

    ReplyDelete
  10. Assalam,
    syok jugak tengok kelip2 tu
    dah laaaaaaaamaaaaaaaaa tak jumpa

    ReplyDelete
  11. ingat dekat kuala selangor aje ada menatang ni
    kat kuala sepetang pun ada juga ye
    cantiklah

    p/s - MKL, minta maap saya terdelete komen MKL tinggalkan tadi. sori. tak sengaja =)

    ReplyDelete
  12. Kalau bawa pasangan pasti sgt romantis ni.. pasangan tu isteri le kan.. :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaaa...ingatkan bawak pakwe or makwe

      Delete
  13. Wah menarik ni..ada kunang2 lagi tuu.bukan senang dah sekarang ni nk jumpa kunang2..thaks sharing MK..

    ReplyDelete
  14. Harga sebelum GST. (1 April 2015). Firefly seorang RM22 ...habis tu lepas 1 April...harga tu akan plus GST? tension kalau di kenakan GST...

    ReplyDelete
  15. dah lamer teringin nak tgk kunang kunang kt selangor...blom ada kesempatan...

    ReplyDelete
  16. masa saya kecil , kunang2 byk berterbangan di sekeliling rumah . hanya pd waktu tertentu sahaja . ada kalanya tersesat masuk rumah ... boleh ditangkap dan dipegang ...

    ReplyDelete