Friday, 31 July 2015

Universiti Andalas, Padang

Fakulti Perubatan, Universiti Andalas (UNAND)

Universiti Andalas, adalah universiti tertua di luar Pulau Jawa. Universiti keempat tertua di Indonesia. Didirikan pada 23hb Disember, 1955. Fakulti Perubatan terletak di Kota Padang, di kampus utama, Limau Manis, kira-kira 12 km dari ibu kota Sumatera Barat.

Nama Andalas telah diusulkan oleh Bung Hatta. Andalas, dirujuk kepada nama Pulau Sumatera yang pada masa itu adalah terkenal dengan nama Pulau Andalas. Andalas adalah dirujuk kepada pohon andalas yang mana tumbuhan ini hanya ada di Pulau Sumatera sahaja. Andalas telah ditetapkan sebagai Flora Maskot Sumatera Barat.

Padang terkenal dengan adat minangkabau. Sebahagian daripada waris minangkabau terdapat juga di Negeri Sembilan. Kawasan pelancungan yang terkenal adalah bukit tinggi yang terkenal dengan tenunan kain sulaman yang sangat cantik. Sekiranya anda melawat padang, jangan lupa singgah ke Bukit Tinggi. Bukit Tinggi adalah tempat kelahiran Prof HAMKA, yang menjadi idola saya sejak di bangku sekolah lagi. Saya suka membaca karya-karya Prof HAMKA yang terkenal dengan nilai-nilai keagamaan, falsafah dan kesusasteraan. Beliau juga bergiat cergas dalam bidang politik. Saya suka membaca buku tenggelamnya Kapal Van Der Wick, Lembaga Hidup, Pandangan Hidup Muslim dan keadilan IIahi. 

 Gambar Kenangan bersama 9 orang pelajar Malaysia di Universiti Andalas, Padang

1Malaysia bersama sahabat keturunan India dari Malaysia

Andalas sebagai kebun buah
Kita akan menjumpai pelbagai jenis tanaman kayu, dan merupakan ciri khas Andalas. Di antara buah ditemui adalah mangga, durian, manggis dan lain-lain lagi. 

 Di depan Universiti Andalas (UNAND)

Air kelapa juga sangat terkenal di Padang, ibu kota Jawa Barat. Makanan dan minuman adalah lebih kurang sama dengan Malaysia.

 Bangunan Andalas adalah kombinasi dari model atap tradisional Minangkabau (tanduk kerbau) dan struktur yang bergaya moden.

Semoga Naimah dan kawan-kawan berjaya membawa pulang segulung ijazah perubatan dalam masa 5 setengah dari sekarang (Julai, 2015). Insyallah, semoga dirahmati dan diberkati Allah selalu. 

38 comments:

  1. Replies
    1. Semoga tercapai cita-cita di suatu masa nanti

      Delete
  2. Sukses buat Naimah ya pak Lim. Maaf Koreksi sedikit pak Lim. Padang mah ibukota Sumatera Barat bukan ibukota Jawa Barat. Bandung ibukota Jawa Barat...hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih. Fakta telah diperbetulkan. Tak disedari semasa menulis mas.

      Delete
  3. Semuga anakandamu berjaya membawa segulung ijazah dan bakal menjadi doktor yang dedikasi.

    ReplyDelete
  4. semoga najmah n siswa2 kita di sana sukses dlm bidang perubatan yg jadi pilihan mrk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih. Sama-sama kita berdoa ke hadrat illahi.

      Delete
  5. Baru tahu Pulau Sumatera dikenali sebagai Andalas suatu masa dulu. Nice sharing... Best dapat belajar kat luar...

    ReplyDelete
  6. wah tahniah, buat naimah serta ibu ayah ... rasa best tak brother mkl? anak masuk u, ambil medic lagi tu :)

    ReplyDelete
  7. kata orang ... kalau anak masuk u, rasa lagi seronok lebih dari diri sendiri masuk u. tahniah brother mkl dan isteri :)

    ReplyDelete
  8. tgk cntik universiti ni walaupun dah lama... teringin nak ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangunan baru selepas bangunannya runtuh akibat gempa bumi tempoh hari.

      Delete
  9. prof hamka idola saya jugak.. hebat beliau, penulis yg hebat.. dari novel sehinggalah tafsir alquran (tafsir al-azhar).

    ReplyDelete
  10. Tahniah naimah...belajor btl2 boleh bls jasa mak ayah...sy dulu keja dkt2 dgn sri andalas bang...tp sri andalas klang la bukan padang...he3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Berdoa untuk naimah semoga berjaya dengan kehendak Allah S.W.T.

      Delete
  11. Ramai tak pelajar dari Malaysia di universitas ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang 350 orang pelajar dari Malaysia.

      Delete
  12. Selamat maju jaya utk Naimah...seronok jadi pelajar ni, sambil2 tu dapat travel di negara orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq. Berdoa agar Naimah berjaya mencapai cita-citanya.

      Delete
  13. Ini yang saya jumpa masa sesi bersama blogger hari tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah anak yang Sal jumpa tempoh hari semasa hari blogger bersama Denaihati.

      Delete
    2. oh...dah agak. Ingat lagi wajah Naimah ni..semoga berjaya dalam pelajaran n dalam hidup ye dik!

      Delete
  14. Tahniah naimah dapat sambung pelajaran di obersea....good luck tau

    ReplyDelete
  15. Semoga berjaya dunia akhirat ...
    Semoga dipermudahkan segala urusan ...

    ReplyDelete
  16. tahniah.. semoga berjaya..

    salam singgah &follow

    ReplyDelete
  17. Universiti ni mmg popular tapi inilah kali pertama saya lihat suasana tempatnya di sini.. alhamdulillah, tahniah... semoga terus sukses dgn cemerlang... aamiin.

    ReplyDelete