Friday 14 August 2015

Lawang Park, Bukit Tinggi

Lawang Adventure Park, Sumatera Barat.


Naimah telah mengelilingi Sumatera Barat dari Padang sehingga ke Bukit Tinggi. Di antara tempat menarik yang disinggah adalah Lawang Adventure Park yang terletak di atas bukit di Maninjau. Anda dapat melihat pemandangan Danau Maninjau yang sangat indah. Di sepanjang jalan anda dapat melihat ladang tebu tersergam indah. Lawang Park adalah tempat untuk beriadah. Fee masuk adalah kira-kira 10,000 rupiah satu kepala. Flying Fox dikenakan 25,000 rupiah satu kepala. Itu adalah salah satu permainan kesukaan kaki travel khairuddin. 

Sekiranya anda berada di Padang, sudah tentu anda tidak akan melepaskan peluang berkunjung ke Bukit Tinggi yang hawanya sejuk nyaman. Bukit Tinggi terkenal dengan tenunan sulaman tangan yang asli dan cantik.

 Di sepanjang perjalanan ke Lawang Park

      Kelihatan Kabus tebal, udara yang dingin

Bersama-sama dengan teman-teman sekuliah

 Kami berenam sehati sejoli ingin membawa segulung ijazah perubatan demi membalas jasa ibu ayah yang telah membesarkan kami. Itu adalah hadiah teristimewa untuk seorang yang bernama ayah dan ibu.

 Udara yang nyaman, dingin, dan menyegarkan di Puncak Lawang

Seekor Kumbang di antara  kuntuman mawar berduri.

21 comments:

  1. Cantik, tenang dan segar mata memandang panorama indah tu...

    ReplyDelete
  2. bukit tinggi yg indah sejuk nyaman..bukit tinggi di Msia pun gitu..

    ReplyDelete
  3. ingatkan bukit tinggi klang ... bila baca tajuk :)

    ReplyDelete
  4. bestnya tempat sejuk ... kabus tebal lagi tu :)

    ReplyDelete
  5. hehe ... kumbang antara mawar berduri? :p

    ReplyDelete
  6. Bkt Lawang ni saya pergi...ramai paraglider nak terjun dari sini..

    ReplyDelete
  7. Masya Allah.

    Subhanallah...
    Nice place... breathtaking view

    ReplyDelete
  8. Tuan... untung nya anak2 yang hebat...
    Masya Allah...
    Alhamdulillah

    ReplyDelete
  9. tebalnya kabus, mesti sejuk tuu.... blogwalking, hehehe :)

    ReplyDelete
  10. bestnya berkabus macam tu...sini ada kabus asap Vape je...hihihi

    ReplyDelete
  11. Semoga berjaya jadi doctor ya, adik2.

    ReplyDelete
  12. padang bukit tinggi mmg sjuk nyaman

    ReplyDelete
  13. cantik pemandangan
    mesti sejuk tempat ni

    ReplyDelete
  14. kabus kabus tu yang best tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  15. Pemandanga dan cuaca yang amat menarik utk di terjah huhuu.. :D

    ReplyDelete
  16. Suasana tempat tu nampak kesejukannya.. pasti segar dan nyaman

    ReplyDelete
  17. teringin nak merasa berada di tempat yg sejuk begitu ... masa kecik2 dulu , bila bangun pagi nak pergi sekolah selalu ada kabus mcm tu . jadi rindu pula rasanya ...

    ReplyDelete