Tuesday 25 August 2015

Manila-Beijing-Xian-Shanghai

Kembara Autumn & Tropika Nov 2015

 Saya harap dapat duduk  di sini buat selamanya menikmati keindahan daun  yang keemasan, merah dan kuning pada waktu musim luruh

Peta Perjalanan Zul Messi

Akibat kejatuhan nilai ringgit yang merundum, USD1 = 4.26 hari ini (25.8.2015), teman ingin tukar destinasi pelancongan daripada Eropah ke China. 

Teman ingin adaptasi kembara Autumn & Tropika 2015 fb Zul Messi yang dipost dalam Backpackers Buddies Malaysia (BBM)

Planning Kembara Autumn & Tropika 2015 ( 9 hari China + 6 hari Philippines)
Kos penerbangan:

1) Kuala Lumpur - Manila - Kuala Lumpur (Air Asia): 
RM221
2) Manila - Beijing & Shanghai - Manila (Cebu Pacific): RM389
Jumlah: RM610.


Macam-macam dalam kepala bila currency jatuh. Macam-macam tempat nak pergi seperti Balkan Country. Namun hasrat ditangguhkan sebab currency Malaysia makin teruk. Sebelum ini dah merancang ke Philippines. Namun, tempoh 2 minggu terlalu lama di sana. Teringin nak pergi negara sejuk seketika. (Inilah kelebihan bergerak solo, boleh suka-suka hati.huhu)

Alhamdulillah, akhirnya, membuat keputusan untuk ke China melalui Lapangan Terbang Ninoy Aquino, Manila. Sebelum membuat keputusan ini, saya ada membuat kajian sedikit berkaitan 4 musim di sana. Niat di hati, nak pergi masa Autumn tengah lebat. Lazimnya, Autumn yang cantik di kebanyakan negara ( Hemisfera Utara) pada bulan Oktober sehingga awal November. Namun, cuti saya bermula pada 21 November ke atas.

Bagi kebanyakan negara 4 musim, Bulan November merupakan bulan yang penuh kesuraman terutamanya di Amerika, Eropah, Korea & China. Bulan ini merupakan peralihan di antara Autumn ke Winter. Cari punya cari, akhirnya menemui musim Autumn tercantik (daun-daun merah, kuning & keemasan) di Central Japan terutamanya Kyoto & Osaka. Namun, niat di hati nak menjejak ke China kerana Jepun telah dijejaki. Lagipun, flight ke Jepun mahal dari Manila.

Bulan November merupakan low season di beberapa bahagian di China terutamanya Beijing & Xian, Harbin, Urumqi bersiap sedia ke musim sejuk. Kumming, Guilin, Guangzhou pula masih melalui Autumn. Namun, pemandangan Autumn yang hebat pada lewat November sehingga Disember boleh dijumpai di Shanghai, Hangzhou, Nanjing & kawasan berdekatan. Hangzhou antara kawasan paling cantik di China!Saya sudah bertanya di website tour-beijing berkenaan ini. Mereka mengatakan waktu terbaik ke sana mulai penghujung November.

Jadi, akhirnya saya membuat keputusan untuk ke sana.Lebih-lebih saya tidak pernah ke China & tidak pernah melawat negara luar pada musimAutumn. Namun ,trip saya turut meletakkan Beijing dan Xian yang kaya dengan budaya serta sejarah. Di tempat berhampiran Beijing juga terdapat pokok-pokok berwarna yang masih cantik pada penghujung November iaitu Mutianyu Great Wall. Beberapa tempat di Philippines juga menjadi taruhan sekitar Luzon Island.

Berikut merupakan sedikit gambaran perjalanan solo saya:
21 Nov: Flight Kuala Lumpur - Manila (Air Asia). tiba di Manila Tengahari. 

Pada sebelah malam flight Manila - Beijing (Cebu Pacific).
22 Nov: Beijing
23 Nov: Beijing
24 Nov: Xian
25 Nov: Xian 
26 Nov: Nanjing - Hangzhou
27 Nov: Hangzhou
28 Nov: Hangzhou - Shanghai
29 Nov: Shanghai
30 Nov: Manila - Taal Volcano
1 Dis : Taal Volcano
2 Dis : Mayon Volcano
3 Dis : Legazpi - Manila
4 Dis : Manila
5 Dis : Manila - Kuala Lumpur

Apa kata kawan-kawan kaki jalan kalian ? Saya tengah hendak mengubahsuai itinerary ini dan merancang ke sana sama ada tahun 2015 atau 2016. Selamat mencuba. 


27 comments:

  1. wahhhh bestnya dpt tgok full autumn. autumn memg musim yg hebat seb sgt colorful. all d best MKL :-)

    ReplyDelete
  2. wah jauh perjalanannya tu...semoga ditemui apa yg diharapkan.

    ReplyDelete
  3. wow! solo ke en. MKL? currency makin teruk. pening kepala nak pegi mana dan nak simpan duit.

    ReplyDelete
  4. Rasanya kalau nak pergi en DIn boleh skip Manila tu... sebab dah ke sana dulu rasanya...

    ReplyDelete
  5. wpun duit dah jatuh ... tapi still semangat travel yer :)

    ReplyDelete
  6. pergi 15 hari? ... lama gak tu :)

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan perjalanan MKL di sana yer, jangan lupa kongsikan kepada pembaca yer ^-^

    ReplyDelete
  8. total tiket tu sgt murah tapi kalau rate RM macam ni bg JM tuggu RM dah stabil semula tapi bagi yg berduit seperti abe MKL mmg x jadi masalah kan heee

    ReplyDelete
  9. teringin nak buat trip overland mcm ni tetapi kekangan cuti...ofcoz cuti tidak akan di luluskan jika 15 hari...paling lama 11 hari termasuk cuti umum

    ReplyDelete
  10. bergerak SOLO? yes...gerak solo mmg best!

    ReplyDelete
  11. masa tu x tau lagi currency mcm mana ... semoag dipermudahkan perjalanannya nanti ...

    ReplyDelete
  12. En din plak pasni pegi mana? :)

    ReplyDelete
  13. Menariknya... teringin juga nk ke sana satu masa nnti. Mudah2an matawang cpt stabil... aamiin.

    ReplyDelete
  14. dengar cerita xian ada ramai org muslim kat sana..

    ReplyDelete
  15. wah.. kembara jauh tu. smoga banyak info yg dpt di negara org

    ReplyDelete
  16. menariknya bjalan ke china! jeles! :)

    ReplyDelete
  17. saya bukan kaki travel pun terasa kesan jatuhnya ringgit
    apapun have fun ye MKL
    sonok juga dengarnya tu

    ReplyDelete
  18. Tetap travel KL , sangat bangga dengan kelebihan yg ada..tahnia dapat banyak melihat dunia luar selain keindahan Malaysia

    ReplyDelete
  19. cukupkah dua hati satu detinasi ? tapi lebih baik sikit-sikit tapi banyak permandangan kan MKL

    ReplyDelete
  20. satu2 nya impian cik en.. teringin nak travel.. tp x pernah tercapai untuk buat

    ReplyDelete
  21. wow Uncle.. eheheh menariknya =) selamat yaaaa travel.. take care selalu..

    ReplyDelete
  22. hebatnya kuasa Allah..baru nampak sebenar imej..Jepun ni unik sekali..dah ramai masyarakat Malaysua visit Jepun

    ReplyDelete
  23. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    An Thái Sơn chia sẻ trẻ sơ sinh nằm nôi điện có tốt không hay võng điện có tốt không và giải đáp cục điện đưa võng giá bao nhiêu cũng như địa chỉ bán máy đưa võng ở đâu uy tín.

    ReplyDelete