Wednesday 2 September 2015

UPSI dari Udara

Tanjung Malim, Perak.

Dari udara, jelas kelihatan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terletak di Tg Malim, Perak., Bersempadan dengan Ulu Bernam, Selangor. UPSI adalah tempat melahirkan graduan pendidikan untuk ditempatkan di sekolah-sekolah menengah di seluruh negara sebagai Pendidik atau Guru. 

Anda boleh membawa lawatan ke UPSI terutama sekali melawat satu-satunya Muzium Pendidikan di negara kita. Muzium Pendidikan Nasional di bumi Mua'alim yang terletak di kampus utama, di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. 

Kelihatan di belakang adalah Banjaran Titiwangsa. Bangunan di depan sekali adalah Muzium Pendidikan Nasional. Di belakang Muzium Pendidikan Nasional yang berlambangkan singkatan UPSI lambang buku adalah Fakulti Seni,Komputeran dan Industri Kreatif.  

Kelihatan adalah Padang UPSI. Sebelah  di sebelah kiri adalah Dewan SITC. Pada suatu masa dahulu adalah Dewan Konvensyen Para Graduan UPSI. Kini dengan terbinanya Dewan Besar di kampus Sultan Azlan Shah, dewan itu disewakan kepada orang ramai untuk kegiataan umum. Contohnya, kampung pengantin, majlis-majlis keraian, dan pameran.        

Kelihatan di udara adalah padang UPSI di kampus Sultan Abdul Jalil, kampus utama dengan persekitarannya. 


Kelihatan bangunan seperti kelopak bunga yang sedang berkembang, empat buah bangunan saling melengkapi antara satu sama lain adalah dewan-dewan kuliah UPSI.

Foto Kredit Sulaiman Sarkawi.

 

26 comments:

  1. tak sangka cantik rupanya UPSI tempat saya belajar nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik dengan latar banjaran titiwangsa..Moga UPSI di hati selalu.

      Delete
  2. visit me nuraisyahsukor.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Wah menarik gambarnya ..Sangat cantik tempatnya Bro MK...

    ReplyDelete
  4. Cantiklah..pernah g dr um ke upsi tapi sesat..hehe

    ReplyDelete
  5. biasanya pusat pengajian tinggi kebanyakannya suasana persekitarannya indah menenangkan jiwa selesa utk merangsang pembelajaran siswa-siswinya...

    ReplyDelete
  6. terbaiknya photographer ni kan ... naik heli kot snap gambar :)

    ReplyDelete
  7. cantik UPSI ni ... brother MKL graduan sini ke?

    ReplyDelete
  8. Pernah sekali ronda2 kawasan ni...semasa menziarahi saudara yang tinggal di kampung berhampiran kawasan kampus...

    ReplyDelete
  9. Cantik view ..UPSI..sepatut anak sulung masuk sini dahulu, tapi dia tolak...terbaik .Nak minta izin copy satu gambar ya KL

    ReplyDelete
  10. Oo ya terima kasih kerana sudi lawat blog Pesona Mustika ya..sangat hargainya...

    ReplyDelete
  11. menarik. pasti pelajar dan graduan UPsi ingin melihatnya...

    ReplyDelete
  12. besar kampusnya...dulu masa takde PLUS highway, memang kena lalu sini utk balik kampung..last pergi sini gi Kpg Ketoyong..

    Tanjung Malim famous dgn pau Yik Mun, tapi saya tak pernah try..

    ReplyDelete
  13. Wah main 'aerial view' sekarang ni !

    ReplyDelete
  14. ngeh3.. penah lalu gate besar pintu masuk je =P

    ReplyDelete
  15. pemandangan yg indah dari atas ...

    ReplyDelete
  16. upsi tempat menyediakan para guru

    ReplyDelete
  17. cantik pula gambar dia dari atas ye

    ReplyDelete
  18. ni kampus yg baru tu kan...sempat hadir konvo adik kat sini

    ReplyDelete
  19. Bukan sahaja cantik UPSI nie, tapi penuh dengan sejarah...

    ReplyDelete
  20. UPSI ni tempat arwah bapa saya belajar dulu tahun2 60an... dulu MPSI.. bnyk foto2 hitam putih kenangan belajar di sana sebelum arwah jadi cikgu... saya pun pernah ikut arwah singgah tengok2 balik kawasan masa ke utara dulu. Tapi semua tu bangunan yg lama ala2 sekolah british dulu2... ingin nak ke sana sekadar jln2 nanti.

    ReplyDelete
  21. Ayah saya dulu lulusan UPSI. Antara tempat pertama beliau posting ialah dekat Sg Kelawar. Tak jauh dari UPSI.

    ReplyDelete