Sunday, 18 October 2015

Syukur Oh Syukur

Tanjong Malim


Nassier, anak kurniaan illahi. Aku selalu bersyukur di atas kurniaan illahi terutamanya anak-anak, salah satu tiga perkara yang kita tinggalkan selepas kematian. Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh mendoakan untuknya.


Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup dipantai, merindukan gunung.
Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?

Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.

Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.
Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki...

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki...
Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki...

Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar...
Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun...

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk...
Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma sehujung kuku.

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.
Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan ,harta ,anak pinak adalah amanah yang dipertanggungjawabkan...
Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki...
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki...
Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki...
Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki...
Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki...

Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara,apa yang kita dan miliki hargailah ia....
Jauhilah sifat riyak dan sombong ,ujub,sum'ah dengan apa yg kita miliki... Ia bukan milik kita, ia milik Allah Yang Maha Esa...

Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur... Alhamdulillah, tunaikanlah kewajipan dan hak kita kepada Allah...

Marilah kita sama-sama berhijrah dari baik kearah yang lebih baik dalam mencari keredhaan Allah, diumpamakan dunia sudah makin menghampiri penghujung waktu Asar dalam menuju waktu Maghrib(Kiamat) bersedialah kita dgn bekalan yang secukupnya..

18 comments:

  1. Subahanallah MKL..terima kasih ya beri kita rasa kesedaran yang dalam. Semoga kita terhindar dari melakukan dosa..amin. Seolah lama ya tak bersiaran di blog maya. Semoga sihat

    ReplyDelete
  2. Betul tu en.Lim, sama2 kita bersyukur dan berhijrah menjadi lebih baik. Dunia ini sementara, dunia ini ialah penjara bagi orang mukmin. Rumah asal kita bukanlah di dunia ni, tapi di syurga, tapi nak balik ke rumah asal tu memerlukan bekalan yang mencukupi. Semoga bekalan kita semua sempat dicukupkan... huhuhu *nangis*

    ReplyDelete
  3. Rasa nukilan MKL ni..amat memberi rasa kesedaran..tahnia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Sebagai peringatan buat diri saya juga.

      Delete
  4. Peringatan terbaik. Terima kasih ...

    #syukur selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kita mengingati antara satu sama lain supaya tidak leka dan hanyut dalam kehidupan seharian.

      Delete
  5. Alhamdulillah semoga Allah menjadikan kita di kalangan yg mensyukuri nikmat Allah..

    ReplyDelete
  6. Children... the greatest gift from Allah ...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu daripada tiga benda yang akan kita tinggalkan selepas berpindah ke alam barzakh.

      Delete
  7. Assalam Abe MKL...lama nya menyepi..salam maal hijrah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sibuk dengan PhD...di samping tugasan harian yang lain. Salam Belated maal hijrah.

      Delete
  8. jgn pernah sesekali berhenti mengucapkan Syukur Alhamdulillah...terima kasih Allah

    ReplyDelete
  9. Sentiasa bersyukur dan beringat.....

    Akak follow sini..#602

    ReplyDelete
  10. sama-samalah kita sentiasa bersyukur dengan apa yang ada ... walau sekecil mana pun kan

    ReplyDelete