Wednesday 18 November 2015

Senarai Semak/Check List ke Melbourne

Victoria 2015, OZ (Summer).


Fikri Omar & Nassier di Melbourne,

Senarai Semak/Check List ke Melbourne adalah seperti berikut :

1.   Mata wang Australia (AUD). Lebih baik tukar di Malaysia. Setakat ini, tempat yang paling murah adalah di Mid Valley. My Money Master Sdn.Bhd. Toll free :1800 223030. Website :  www.moneymaster.com.my. Lebih baik call sebelum pergi ke sana. Tanya rate dan berapa hendak tukar. Ini memastikan bekalan wang adalah cukup pada hari tersebut.

2.   Visa diperlukan. Dapat khidmat Cik Intan. Email pasport, no. telefon, email address,flight detail dan alamat kepada Cik Intan di eta.australia@yahoo.com. Bayaran RM20 sahaja. Mahal terjah website Australian Electronic Travel Authority (ETA) untuk apply ETA dengan bayaran 20AUD. Sehari sahaja prosesnya, dah dapat email confirmation dari pihak Cik Intan. Dapat visa baru bayar Cik Intan.  Borang masuk & keluar perlu diisi. Isi semasa dalam flight. Letak Visa bersama-sama dengan Pasport Antarabangsa.

3.   Lesen memandu diperlukan bagi yang ingin memandu di sekitar Victoria. Lesen memandu Antarbangsa tidak diperlukan bagi negara-negara komenwel. Lesen memandu Malaysia valid. Lesen memandu yang terkini tidak perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris. Siap sedia ada dua versi. Satu bahasa Inggeris dan satu bahasa Malaysia. Bagi yang tidak ada dua versi, perlu pergi ke JPJ minta diterjemahkan. Caj RM10 sahaja.

4.  Kad Kredit. Aktif kad kredit antarabangsa.

5.  Bekalan makanan dan ubat-ubatan. Perlu check di web site berikut :http://www.agriculture.gov.au/travelling/cant-bring-form/australian_biosecurity.  Undang-undang OZ sangat ketat tentang bekalan makanan yang dibawa masuk. Declare semua bekalan makanan termasuk ubat-ubatan yang dibawa masuk. Buat Checklist atau senarai semak. Buat 2 salinan. Satu untuk disimpan bersama barang-barang. Satu lagi sebagai backup. Jangan sekali-kali menipu. Jujur adalah sikap yang terpuji. Selain itu, banyak berdoa setibanya di bahagian kastam. Teman hendak membawa ubat mabuk sekali terutama ke GOR. Bawa sunblock dan sungalsses.

5.  Kad Pelajar. Banyak diskaun untuk pelajar di OZ. Bawa kad pelajar. Sekiranya tidak ada terjemahan dalam bahasa Inggeris. Bawa surat pengenalan dari Universiti berkenan dalam bahasa Inggeris.

6.  Charger dan adapter. Bawa adapter antarabangsa. Extension wire yang banyak mata. Bawa charger untuk phone dan camera.

7.  Penginapan. Cari di booking.com atau agoda. Perlu tempah awal. Kami booking Hotel Ibis budget Melbourne CBD (Centre Business District), Elizabeth Street. Print out Hotel Voucher siap-siap.

8. Pengangkutan  awam sangat efisen di Melbourne. Naik free city tram dam free shuttle bas. Perkhidmatan tram percuma di Melbourne Free Tram Zone. Beli tiket train secara tiket harian. Guna Myki card. Myki sama konsep dengan Touch & Go. Boleh beli sama ada di Airport, semua Kedai 7 E atau kedai-kedai yang ada lambang Myki card.

9.  Toilet Management. Bawa botol air mineral yang kosong. Atau pun bergantung kepada stok tisu yang banyak di tandas awam. Basah tisu dengan air dan buat sebagai basahan. Jangan lupa sabun, ubat gigi, syampu, berus gigi, sikat dan alat komestik.

10. Sewa Kereta. Sekiranya lebih dari empat orang dalam satu kumpulan, elok sewa kereta. Kalau seorang atau dua orang lebih baik ikut tour. Sewa kereta hanya untuk lawantan ke luar city. Harga parking dalam city sangat mahal.

11. Ada prayer room di Melbourne Tullamarine Airport (Domestic Arrival Hall).

12. Ada Locker simpan barang di Southern Cross Station.

13. Banyak kedai halal. Google atau print info dari travel blogger.

14. Bersedia bawa Dry towel size XXL banyak kegunaannya kelak. Teman beli dari Azham Afzanizam Hamzah (face book), 80 x 140 cm. Super Soft, luxurious, Ultra-absorbent & quick dry. RM70.00. Gambar seperti di bawah. 

15. Googles Map untuk ke destinasi impian kita. Print siap-siap.

16. Perlu bawa payung/rain coat. Sediakan payung sebelum hujan.

Last but not least, jika kehabisan duit, boleh berbusking jika berjiwa seni. Not me, buta muzik. Awesome, right ?


 Dry towel Size XXL (Ultra-absorbent & quick-drying)
Good for travelling since its lightweight

60 comments:

  1. Saya suka checklist yg last. Kalau terdesak boleh je busking. Kat sana mmg banyak buat persembahan jalanan.

    ReplyDelete
  2. hehe...boleh berbusking ye.kat sana memang banyak busker.geram je rasa nak join sekali

    ReplyDelete
  3. Abang MKL typo Hotel Iblis..ke sengaja?hahaha

    ReplyDelete
  4. selamat memandu di Melbourne..bertabah ye

    ReplyDelete
  5. thanks for the checklist..nak busking...hehe..

    ReplyDelete
  6. Awesome list tuan...

    Kita berangkat bersama ni tuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. no no no ... jangan berangkat bersama brother MKL.

      berangkat dengan anak dia boleh lah. hahahaha :p

      (gurau jer kay :)

      Delete
    2. Amboii BW... fikir apa ni... huhuhu...

      Delete
  7. Bnyk lg sy x prepare ni... huhuhu..

    Btw... IBIS ke IBLIS hotel tuan?

    Hihihi

    ReplyDelete
  8. patut buat check list tu agar memudahkan urusan yg nak ke melbourne...perkongsian berguna sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Check list itu sebagai suatu peringatan dalam memudahkan perjalanan kita ke luar negara kelak.

      Delete
  9. Awesome list tuan...

    Kita berangkat bersama ni tuan...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, smga bjalan lancar... In Shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq atas doa itu..Semoga kami sekeluarga dilindungi Allah selalu.

      Delete
  11. List yang sangat membantu mereka yang nak travel..

    ReplyDelete
  12. banyak info yang baru tahu ni ... thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  13. kalau suara merdu boleh la busking ... ni kalau suara cam katak, jangankan dapat duit, silap hari bulan dapat telur busuk. hahaha

    ReplyDelete
  14. gambar towel kat bawah tu ... untuk dijual ke apa? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli dari seorang sahabat di FB Azham Afzanizam Hamzah. Nak tunjuk sampel...ringankan bag pack teman.

      Delete
  15. uhh keren pak kim, tips yang print google maps itu kayaknya saya punya iode baru thx pak kim,,, segera saya ikuti print google maps hehehe

    ReplyDelete
  16. Wah...all preaparation is DONE..tunggu masa nak fly je lah ni eh

    ReplyDelete
  17. BUSKING? oh tidak...x de bakar tu

    ReplyDelete
  18. dulu buat ETA pun dengan Cik Intan ni..cepat!

    ReplyDelete
  19. sy terfikir, nk busking apa ek? err main kompang boleh x? hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. main kompang identiti kita, budaya Melayu. Kreatif dan menjadi tumpuan di sana nanti.

      Delete
    2. Joget arh anies... hihihi

      Delete
  20. Lama tak ke melbourne... kali terakhir tahun 2001. Pasti bnyk dah berubah... bajet pun berubah kan. Boleh cari makan busking kat sana tu hihii... :D

    ReplyDelete
  21. seronoknya taravel bersama Tuan Mklim...

    ReplyDelete
  22. wah details nya checklist
    saya tak tahu pula kita boleh memandu di negara komanwel
    tanpa lesen antarabangsa...awesome ni
    tapi entah bila saya ke sana...hehe

    ReplyDelete
  23. Tumpang tanya.. Tuan blog pergi bersepuluh? Saya tengah survey jugak accommodation dekat Melbourne ni.. Dekat mana ya sesuai.. Kami bersepuluh jugak (family.. 9 adults 1 infant).. Ada tak ala2 homestay kita ni dekat sana yang sewa satu rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. For booking and reservation, do contact us via;-
      1) Whatsapp at +61 402 966 473 or
      2) Email reservation@amnahome.com

      Hubungi AmnaHome.com atau Amna Home (Face book)

      Delete
  24. komen sekali lagi sebab lupa nak tick "notify me".. hahahaha

    ReplyDelete