Wednesday, 2 December 2015

Mafia Money Changers Di Bali



Wajah di Pantai Kuta, Bali.


Bali memang terkenal dengan keindahan pantainya. Memang sesuai untuk honeymoon. Di sini, teman menceritakan tentang Scam. Scam yang terkenal di kalangan money changer,terutama di tepi jalan. Apabila kita terlebih belanja, kita akan mencari jalan untuk tukar kepada rupiah.

Anda perlu berhati-hati. Terutama, dengan kedai-kedai kecil di sekitar jalan Legian atau Kuta Beach. Biasanya depa akan tawar exchange rate yang lebih murah daripada harga pasaran.

Katakan hari ini (20hb November,2015) teman check kat website Moneymaster (mid valley) 1 juta = RM323.  Selain itu, boleh juga check di website Spectrum forex (nu sentral) sama juga. Depa akan tawar RM 300 katakan. Lebih murah dari pasaran. Berhati-hati semasa depa mengira wang tukaran itu. Semasa mengira, kami pun sama-sama mengira, mata tidak terlepas dari melihat gerak geri tangannya. Apabila wang itu diserahkan kepada kami, nampaklah beberapa kepingan note itu jatuh masuk semula ke dalam laci. Dia tak mengaku dan semena-menanya naik angin. Apabila diminta duit tukaran itu dikira semula, depa keras tak bagi dan siap ugut 'nak tukar ke tak'. Bila tak nak dan keluar dari kedai itu, kami masih kena sumpah seranah. Depa akan menyebabkan ketakutan di pihak kita. Teman pun menjadi takut dengan kejadian itu.  Kadang kala, bila dipulangkan duit, depa akan halau kita. Buat kita macam sampah. Jenguh juga bertengkar dengan depa. Stress jadinya.

Anda boleh goggle Youtube com, melihat kejadian seumpama itu. Scam money changer sangat terkenal di Bali. Video di atas adalah contoh scam untuk tonton anda.

Pengajaran daripada pengalaman teman :

i)   Baik aktifkan kad CIMB Antarabangsa anda. Boleh keluar duit di CIMB niaga.
ii)  Cari pengurup wang berlesen dan syarikat besar.
iii) Depa akan gunakan note yang kecil, senang untuk scam dan menggelirukan pelanggan.      Padan muka kerana tukar di backlaner money changer.
iv) Jangan termakan dengan kadar tukaran wang yang tinggi.
v)  Depa pandai tarik perhatian kita dan sangat mesra dengan muka yang manis.
vi) Boleh tukar di tempat yang rasmi seperti di Bank MANDIRI

Biar tukaran wang itu sedikit daripada terkena scam seumpama itu. 





28 comments:

  1. Sally mmg activate kad ATM Sally sbb Sally prefer keluar duit sendiri..hihihi...walaupun ada chargers yg tinggi tapi xpela kalau dah terpaksa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik aktifkan kad ATM semasa di luar negara terutama masa kecemasan.

      Delete
  2. Replies
    1. Second....anyway thanks sebab sudi singgah sini.

      Delete
  3. seram ar ... kalau perempuan yang tukar mesti cuak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuak pasal depa suka maki hamun bila tak bersetuju dengan cara depa.

      Delete
  4. memang nak marah kalau tertipu kan...kena sgt berhati-hati dgn urusan yg melibatkan wang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan terperdaya dengan tipu muslihat apabila berada di rantau orang.

      Delete
  5. Dah terdesak adalah yg nak ambik kesempatan.. Isshh..

    ReplyDelete
  6. Teringin nak pegi bali.. hehe

    ReplyDelete
  7. macam2 taktik nak menipu sekrg ni...lebih baik rugi sikit, daripada rugi banyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar kita rugi sikit daripada rugi banyak....pernyataan yang menarik.

      Delete
    2. Kalo dpt duit palsu.... huhuhu... lagi lah...

      Delete
  8. Salam singgah sini MKL...teringin juga nak pergi ke bali tapi macam tu lah...kadang ni yang buat takut ialah penipu ni...macam² taktik dorang gunakan untuk menipu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok je ke sana cuma jangan tukar duit di merata tempat. Cari syarikat yang besar dan berlesen. Rugi sikit tak apa...

      Delete
  9. huhuu... scammers are everywhere X"(

    ReplyDelete
  10. harus hati2..tak bagus lah jika them menipu kan Tuan Klim...berhati2 jika ke Bali

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum... saudara khairuddin,

    money changer pun ada penipuan gak kan... kena berhati2 gak nie, Terima kasih atas entry nie ringkas dan padat dengan informasi.

    mselim3

    ReplyDelete
  12. nak selamat baik tukar ka msia je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lh pasal kn JM...
      tp kdg ada keperluan terdesak kna tukar juga... kdg bgantung ngn credit card juga....
      Hihihi

      Delete
  13. CT kalau boleh nak elak any pertukaran wang kat negara orang.. kalau boleh buat di Malaysia.. buat..

    ReplyDelete
  14. Tuan... tengs utk reminder.
    Tp ok lg lh kalo scam bali tu bg duit ORI...


    Hrtu p china... lagi haru...
    Siap bg tukar duit palsu... huhuhu...
    Gerammmnyaaaa...
    Sib baik bukan sy yg terkena...

    Tp still geram lah...

    ReplyDelete
  15. Bahayanya.. kena hati-hati kalau macam tu..

    ReplyDelete
  16. Info mcm ni sgt perlu agar ramai yg tau dan tak terkena nanti... niaya je...

    ReplyDelete
  17. india pun kena hati-hati, duit carik dan palsu.

    ReplyDelete