Wednesday, 2 March 2016

Bukit Batu Putih Port Dickson


Port Dickson.

Kami sekeluarga telah melawat Bukit Batu Putih, Port Dickson. Lokasi adalah satu kawasan dengan rumah api Tanjung Tuan@Cape Rachado . Viewnya ohsem, rumah api Tanjung Tuan pun cantik. Panjat bukit pun mudah. Akhirnya, anda akan dihadiahkan dengan laut biru yang cantik.

Pandu Arahan :

Gunakan Waze atau Google Maps. Cari papan tanda ke Rumah Persekutuan Port Dickson. Lepas dari Rumah Persekutuan, cari signboard ke PNB Ilham Resort. Bukit Batu Putih terletak di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Pintu  masuk adalah sebelah Ilham Resort. Bayaran masuk adalah RM1 seorang sahaja. 

Laluan utama masuk hutan adalah jalan tar sampai sebelum anda nampak rumah api Tanjung Tuan. Pendakian adalah mudah. Jangan lupa bawa bekalan air yang secukupnya. Pakai kasut hiking yang sesuai. Baca doa sebelum masuk hutan. Moga selamat dan dipermudahkan urusan mendaki bukit. 

Kami bertanyakan pegawai di kaunter bayaran letaknya Bukit Batu Putih. Arahannya jalan sampai nampak rumah api dari kejauhan. Sebelum rumah api, ambil lorong masuk ke dalam hutan di sebelah kanan anda. Di sebelah kiri anda adalah tong sampah hitam. Malangnya, tidak ada sebarang papan tanda langsung. Kami berharap pihak yang berkuasa akan meletakkan papan tanda lorong masuk ke Bukit Batu Putih di masa depan. Jenguh juga mencari atau bertanyakan orang, takut sesat. 


 Pintu Masuk ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan@Cape Rachardo 

Jalan masuk bertar sebelum masuk ke lorong hutan Bukit Batu Putih 

 Jalan sehingga anda nampak Rumah Api Tanjung Tuan, baru cari lorong masuk ke hutan Bukit Batu Putih

 Lorong masuk adalah sebelah kanan anda. Belum ada sebarang papan tanda lagi semasa saya berkunjung ke sini

 Bertentangan dengan lorong masuk yang di sebelah kanan adalah tong sampah hitam di sebelah kirinya.

 Dr Nassier dan Naim menikmati keindahan jungle trekking.

 Jalan ikut trek yang tersedia sehingga anda jumpa sebongkah batu putih.

 Anda boleh nampak papan tanda Bukit Batu Putih dari kejauhan sebelum sampai ke destinasi anda

 Bersama Cinta

 Bersama anak, Dr Nassier

 View dari Bukit Batu Putih 

Pemandangan indah dengan laut yang cantik

39 comments:

  1. Dah lama tak pergi Port Dickson, Teluk Kemang ...last tahun 2006...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa kena pi Pee Dee. Banyak perubahan yang telah berlaku.

      Delete
  2. MELIHAT VIEW DARI BUKIT BATU PUTIH YG TINGGI MENGUJAKAN SEKALI KEINDAHANNYA KAN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pemandangannya cantik. Sama seperti Bukit Keluang, Besut. Ohsem sangat.

      Delete
  3. Pernah pergi sini tapi half way je, tak sampai rumah api. Jauh tak nak sampai atas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jauh nak ke rumah api. Boleh le tahan kalau nak ke Bukit Batu Putih. OKU boleh sampai. Anak saya, Naim itu OKU.

      Delete
    2. Tq kerana lawat blog. Dah masuk anda dalam bloglist saya.

      Delete
  4. tang tong hitam tu mmg ampehlah..gara2 tong hitam ne ler kami tersesat masuk lorong aritu dan dikejar entiti yang tidak dapat dikenalpasti apakah ianya huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teman baca entri Cik Zilla tentang Bukit Batu Putih untuk mendapatkan info. Thanks.

      Delete
  5. Assalamualaikum....Subhanallah....cantik pemandangan...

    ReplyDelete
  6. Menarik ! Kena pi jugak ni nanti !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendakian yang sangat mudah bagi anda. Silakan.

      Delete
  7. Nak kena skodeng juga tempat ni satu hari nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. View sangat cantik. Jelas kelihatan pemandangan secara bird view.

      Delete
  8. Cantik pemandangan dari atas - laut yang biru. Berapa lama masa digunakan untuk sampai ke kemuncak?
    Dr Nassier tu yang grad dari Monash University tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejam dikira dari pintu masuk/Gerbang Hutan Rekreasi Tanjung Tuan sampai ke Puncak Batu Putih. Ya, itu adalah Dr. Nassier yang graduan lulusan Monash University, Australia.

      Delete
  9. wah indah banget pemandangan dari bukit itu Pak Lim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah. Memang sungguh indah pemandangan ciptaan Allah s.w.t.

      Delete
  10. Menarik ni tuan... beriadah menyihatkan badan dan mengeratkan kekeluargaan juga... nk juga ke sini nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga hajat tuan tercapai untuk ke Bukit Batu Putih.

      Delete
  11. Tak tahu pulak dekat Port Dickson ada tempat menarik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharap anda dapat berkunjung ke sini bila ada masa nanti. Insyallah,Amin.

      Delete
  12. Subahanallah memang cantiklah permandangan..
    Laut biru terbentang..

    ReplyDelete
  13. Nice sharing :D

    Teringat kali terakhir saya buat aktiviti macam ni di gua Wang Kelian, boleh pulak kaki terseliuh, aduih huhuhuh...

    ReplyDelete
  14. teddia.. bersama cinta.. hahaha

    ReplyDelete
  15. banyak kali lalu tanjung tuan ni, tapi tak pernah masuk sebab anak-anak kecil lagi :)

    ReplyDelete
  16. Pemandangan yang sangat cantik

    ReplyDelete
  17. baguslaaa family Uncle ni.. semua suka buat aktiviti cenggini..
    shati sejiwa..

    ReplyDelete
  18. Kena pergi juga ni boleh tahu asal usul sejarah dan tempat rekreasi di PD

    ReplyDelete
  19. jarang gi PD..cantik view lautnya..

    ReplyDelete
  20. Slalu g pd... tp x jumpa part yg cantik... hihihi...

    Kna explore ni

    ReplyDelete
  21. hehe tahniah tuan, sampai juga batu putih :)

    ReplyDelete
  22. Nak pegi la..mcm cantik jer view nih.:)

    ReplyDelete
  23. Boleh bawa anak umur 6 tahun tak samapi ke atas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sampai ke atas bersama anak umur 6 tahun. Itu kalau diri teman. Lain orang lain caranya. Bergantung kepada individu. Kalau bawa anak kecil baik pergi awal, jangan lewat sangat.

      Delete
  24. Boleh tumpang tanya apakah masa paling awal masuk enterance Tanjung Tuan ini ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pukul 9 pagi di sebelah pagi atau pukul 4 petang untuk menikmati sunset.

      Delete