Tuesday, 29 March 2016

Gurindam Jiwa bersamamu Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016


Gurindam Jiwa 1966


SBB2016 : Sepetang Bersama Blogger.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Teman akan menghadiri himpunan terbesar blogger yang dianjurkan oleh Denaihati.com. Perjumpaan kali ini akan menghimpunkan kira-kira 500 blogger seluruh Malaysia. Semoga kita dapat bertemu di sana. Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 (SBB 2016) akan di adakan di Dewan Cambell Complex, Kuala Lumpur. Tarikh : 16hb April, 2016. Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang. 

Teman telah mendaftar awal dengan bayaran hanya RM30 seorang termasuk goodies dan sehelai Tshirt. Kalau tahun lepas, Sepetang bersama Blogger 2015 (SBB2015) telah menawarkan iPhone 5s sebagai hadiah utamanya. Untuk Sepetang Bersama Blogger 2016 (SBB 2016), kita nanti apakah hadiah utama pula? 

Banyak faedah yang boleh diperolehi daripada perhimpunan ini. Antara lain membuat jaringan bersama rakan-rakan blogger dan barisan penaja yang hebat. Barisan penaja yang hebat adalah seperti berikut :

1 . Amna Home
(denaihati.com)

Kedua, kita boleh menambahkan ilmu melalui perkongsian 'mini forum'. Ketiga , kita berasa teruja apabila  mendapat hadiah yang menarik daripada cabutan bertuah yang dinanti-nantikan itu. 

Semoga kita berjumpa di sana. Terimalah Lagu Gurindam Jiwa hasil karya Almarhum Hamzah Hussien dan lagunya dicipta oleh Almarhum Pak Wandly Yazid.  

Tuai Padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Lagu tetap menjadi siulan teman sepanjang masa. Ibarat tak lapok dek hujan tak lekang dek panas. Cerita filem ini telah dilakonkan oleh Seniman Nordin Ahamd dan Seniwati Latifah Omar. 

Moh Kita ke Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016




16 comments:

  1. wahhhh siapa2 pun boleh join ke tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je. Asalkan ada blog. Jom join.

      Delete
    2. wah ... kena ada invitation ke?

      Delete
    3. tak payah,gi je huda..tahun lepas kte g ngan anies..

      Delete
    4. Sal dah jawab..kita apply je. RM30 sahaja.Murah dan berbaloi untuk networking di kemudian hari. Saya jumpa Sal SBB 2015.

      Delete
  2. bestnya..sayang betul 16 April tu ada hal..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jumpa tahun depan kot. Tahun lepas kita jumpa kan Sal.

      Delete
  3. SUKANYA LALAU DPT BERTEMU GENG BLOGGER YG HEBAT SEMUANYA NI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup,jumpa otai-otai blogger..memang best

      Delete
  4. sape laa yg dpt iphone tuuuuu

    ReplyDelete
  5. Saya ngak dapat join Pak Lim. Selamat berkumpul mesra. salam kepada semua blogger Malaysia Pak Lim..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah, teman akan sampaikan kat teman-teman yang mengenali bro Gun.

      Delete
  6. Tuan... tahun ni kita berjumpa lagi ea... kita selpie2 hehee... :D

    ReplyDelete