Monday 7 March 2016

Hammock Oh! Hammock

Tanjung Malim

Sekarang tengah hangat pendaki-pendaki gunung di Malaysia tayangkan hammock masing-masing di face book Hiking & Camping Around The World.(HACAW). Rupa-rupanya ada pertandingan postkan gambar bersama hammock. Teman tak masuk pertandingan. Ada di kalangan kawan teman yang masuk pertandingan tersebut. 

Bulan ini bulan hammock ke ? Main tunjuk hammock semua.

Maklumat pertandingan postkan gambar anda bersama hammock teman perolehi dari face book Farhad Abdul Rahim. Maklumat adalah seperti berikut :

Sementara menunggu penyampaian hadiah dan contest seterusnye, en Falah Mokhtar dari traveout ingin membuat mini games. Sesiapa yg menang akan dapat hammock ticket to the moon single 2 colour. Syarat syarat
1. Postkan gambar anda bersama hammock
2. Letak hashtag ‪#‎traveout‬ dan ‪#‎hacaw‬  di setiap Gambar yg nak sertai.
3. Hanya gambar dari 3hb hingga 9hb March akan diambil kira.

4. Pemenang akan dapat hadiah di penyampaian hadiah di Jerangkang dan disponsor ke trip
Jerangkang oleh HACAW.
5. Gambar yg mempunyai likes terbanyak pada jam 23.59 9hb akan dikira sebagai pemenang.


Lokasi Gambar hammock tu dimana mana pun takpe. Ikut kreativiti masing masing. Kami beri kebebasan untuk anda berkarya.

Ada hammock jenis single layer. Ada hammock jenis double layer. Bentuk pula, dari segi empat sama atau segi tiga. Warna hammock ada jenis striking, gelap atau celoreng. Ada pelbagai jenama hammock di pasaran. Harga hammock adalah dari RM35 hingga mencecah RM1500.

Dari segi perlindungan, ada yang disertakan mosquito net dan ada pula siap dengan flyer (bumbung) untuk berlindung dari panas ataupun hujan. Tali pengikat ada yang disertakan atau dijual berasingan.

Seeloknya cuba di rumah terlebih dahulu sebelum berkhemah. Biasakan tidur didalamnya beberapa kali. Jika leher berasa tegang, gunakan baju sebagai bantal sokongan.

Cari dua batang pokok yang kuat. Kemudian, cari jarak pokok yang lebih sedikit dari panjang hammock. Ikat pada ketinggian kepala dan kekenduran tali lebih kurang 30 darjah. Kedudukan hammock yang ideal adalah dari paras pinggang ke dada. 

Cari hammock yang ada extra poket untuk menggantung powerbank dan handphone. Lampu tidur dipasang tidak terlalu terang bagi mengelak dari tarikan binatang dan serangga. Jika ada sleeping bag digalakkan memakainya. (Nauz Der Lusar)

Rupa-rupanya ada pertandingan. Begitu banyak hammock dalam facebook teman. Teman pun teruju. Moh kita tatap sebahagian dari hammock yang menarik perhatian teman. 


The Moon Hammock (Farhad Abdul Rahim)

Bukit Pergasingan, Lombok (Fakhrul Haziq).Tido dalam hammock memang syahdu.

Lata Medang (Apan Kapan)

Jerangkang Waterfall (Oley Saku Nake)

Sawah Padi & Air Kelapa Muda (Wawan BreWokz)


15 comments:

  1. menarik hammock ni tapi saya tak berani

    ReplyDelete
  2. Memang menarik... cuma kalau kat kayu spt di gambar kedua tu saya tak berani.. permandangan cantik tapi kedudukan tu mcm bahaye la hehee... :D

    ReplyDelete
  3. menariknya.. kena msuk dlm must-try list ni..

    ReplyDelete
  4. ok baru tau apa tu hammock ... biasa panggil buai ajer :)

    ReplyDelete
  5. best juga buai modern ni ... kalau bawa gi berkelah, mesti anak-anak suka

    ReplyDelete
  6. wah bestnya, kena beli satu nie

    ReplyDelete
  7. best tapi cem seram je hehehe.. kalo CT duduk dalam tu sure tak tahan lama wakakaka..

    ReplyDelete
  8. beli then gantung kat rumah jelaa.. huhuhu..

    ReplyDelete
  9. ada gak hammock ni tp dah lama xguna... mana entah DN letak. huhuhu....

    ReplyDelete
  10. saya tido lasak..confirm tergolek..haha

    ReplyDelete
  11. Oooo namanya hammock...

    Nice ni...hihihi...

    Awok panggil boyan je...

    ReplyDelete