Wednesday, 27 April 2016

Pantai Cahaya Negeri & Pulau Burung di Senja Kala

Port Dickson

Perjalanan kali ini adalah melawat Pantai Cahaya Negeri dan Pulau Burung di Port Dickson, Negeri Sembilan. Pantai Cahaya Negeri terletak di Batu 4, Jalan Pantai. Pantai Cahaya Negeri dan Pulau Burung terletak berdekatan antara satu sama lain. Mula-mula anda akan berjumpa dengan Pantai Cahaya Negeri terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Burung. 

Pantai Cahaya Negeri telah ditutup kepada orang ramai bagi sebarang aktiviti riadah pantai sejak 4 September 2014 hingga 3 September 2015. Lawatan teman kali ini adalah pada bulan Februari 2016. Setakat terdapat beberapa bahagian yang belum siap sepenuhnya. Kami tidak dapat ke Pulau Burung yang belum dibuka kepada orang ramai .

Walau bagaimanapun, Kerja-kerja peningkatan kemudahan pelancongan telah pun dijalankan. Keadaan persekitarannya lebih cantik dan sedap mata memandang. Projek peningkatan kemudahan pelancongan ini telah membabitkan peruntukan sebanyak RM2.7 juta daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. 

Kemudahan-kemudahan pelancongan yang telah dibaikpulih adalah tempat letak kereta, menara tinjau, menaik taraf pencahayaan, laluan pejalan kaki sepanjang 100 meter di Pulau Burung, Kedai cenderahati, pentas terbuka, tandas awam, surau dan wakaf. Kami tidak dapat akses ke Pulau Burung. Menara tinjau setinggi 15 meter yang nampak gah dari jauh belum dibuka kepada orang ramai. Menara Tinjau itu boleh menampung sekitar 20 hingga 30 orang dalam satu-satu masa adalah tarikan utama di sini. Menara Tinjau membolehkan kita melihat panorama persekitaran pantai yang begitu indah.   

Tempat Letak Kereta yang telah dinaik taraf 


 Pantai Cahaya Negeri akan menjadi satu ikon pelancongan menarik kepada Port Dickson bersesuaian dengan pengiktirafan Port Dickson sebagai Pantai Peranginan Negara.

 Begitu indahnya pemandangan di senja kala.

 Anda juga boleh memancing di sini walaupun malam kian merangkak tiba.

 Pemandangan dari Pantai Cahaya Negeri ke arah daratan.

 Teman bersama-sama dengan anak, Dr Nassier yang baru bergraduat dari Universiti Monash, Aussie.

 Pemandangan di kejauhan, Menara Tinjau yang masih belum dibuka kepada orang ramai, Februari 2016
  
Bersama-sama dengan Cinta.

14 comments:

  1. banyak kemudahan utk pengunjung...ada menara tinjau, menarik ni..

    ReplyDelete
  2. cantik lagi kawasan Port Dickson nie rupanya...Its about time Port Dickson dinaiktaraf semula setanding dengan pantai2 lain kat Malaysia...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. lama xpergi PD... makin banyak daya tarikan untuk ke sana...

    ReplyDelete
  4. PANTAI2 DI PD CANTIK MENARIK N LENGKAP KEMUDAHANNYA...

    ReplyDelete
  5. Cantik juga eh PD haha

    p/s: singgah lah baca kalau sudi :) http://husnawho.blogspot.co.uk/

    ReplyDelete
  6. Wah... kalau dah siap di naiktaraf tentu lebih menarik Pulau Burung tu... lama tak ke sana...

    ReplyDelete
  7. wah piknik happy bareng keluarga nikmat pak kim alhamdulillah....

    ReplyDelete
  8. Cantiknya..last pergi port dickson tahun lepas..:)

    ReplyDelete
  9. Indahnya, boleh rehat2 tenangkan jiwa...

    ReplyDelete
  10. Pernah ke sini tapi tak ingat tahun berapa... pasti dah lagi cantik dan menarik skrng

    ReplyDelete
  11. ada tempat mkn best tak kat area tu..ikan bakar ke

    ReplyDelete
  12. byk nyamuk tak..kalau ada..nk spare ridset hihih

    ReplyDelete