Wednesday 6 April 2016

Sahom Fishing Pond Siri 2

Sahom Farm Retreat (SFR)

Memori indah bersama anak-anak di Sahom Village terutamanya Dr Nassier. Nassier dijangka kembali ke Melbourne untuk bertugas di sana. Terima kasih kerana menghabiskan banyak masa bersama abah. Abah menghargai setiap detik dan waktu bersama anak-anak. Doa abah agar semua anak abah berjaya dunia akhirat.

Selain aktiviti memancing atau menangkap ikan sungai terdapat pelbagai aktiviti lain. Antara aktiviti adalah seperti mandi-manda di kolam mandi, berkelah di air terjun dan melawat Kg Orang Asli. Anda boleh juga berkayak, menunggu ATV, Pinball, berbasikal, jungle treking, memanah, team building, telematch, berkaraoke, BBQ, pelbagai pilihan indoor game, menikmati buah-buahan tempatan, berjinak dengan haiwan ternakan dan meninjau burung. 

 Jalan menuju ke Sahom Fishing Pond


 Dr Nassier bersama adiknya, Naim

 Gunung ganang dengan kehijauan kolam ikan

 Anak semakin besar, teman semakin dimamah usia


 Terima kasih Nassier kerana menghabiskan masa dengan abah. Nassier dijangka berlepas ke Melbourne untuk berkhidmat di sana

Kenangan indah bersama Dr Nassier di Sahom Fishing Pond

28 comments:

  1. Bila dapat menghabiskan masa bersama-sama anak2 memang seronok KK..
    Hendaknya mereka bekerja jauh dari kita kan..
    Cantik permandang di kolam ikan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekurang-kurangnya ada kenangan indah bersama anak-anak. Teman sentiasa merindui kehadiran anak-anak.

      Delete
  2. ni kalau Nassier baca mesti dia terharu..hurm,lama rasanya tak pergi bercuti dengn Abah saya.dia minat memancing.menarik kalau bawa dia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seorang ayah tetap merindui anak-anak walau apa sekali pun. Kadang kala, kerinduan itu terpaksa dipendam demi anak dalam mengejar cita-cita dan impian mereka.

      Delete
  3. Sangat terharu membaca entri ini.
    mungkinkah saya kurang spend masa dengan parents... huhuhu...


    Good luck Dr.Nassir...

    Ramai malaysian doct kat melbourne...

    Semua tak mau balik malaysia...
    hu hu hu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah, rasa macam tu jugak..asal weekend je spend ngan kawan-kawan

      Delete
    2. Seorang ayah tetap merestui anak-anak walaupun apa sekali pun. Teman selalu mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak. Mahu anak-anak berjaya dunia akhirat. Kasih sayang seorang ayah tidak ada batasnya. Kasih seorang ayah dibawa sampai ke Jannah.

      Delete
  4. cantik n luas kolam ikan berlatarkan alam yg ndah, selamat bertugas di melbourne dr.nasir.

    ReplyDelete
  5. Tiada yang kekal bersama kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doa restu diiringi selalu. Yang kekal adalah Jannah. Semoga kita ketemu lagi di Jannah sekiranya ditakdirkan kita meninggalkan dunia ini.

      Delete
  6. Salam singgah sini MKL..... cantiknya pemandangan dia...

    ReplyDelete
  7. Selamat kembali bertugas buat Dr Nassier..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doa semoga Nassier berjaya dunia akhirat. Amin, insyallah.

      Delete
  8. indah permandangannya... luang masa yg berkualiti bersama anak2 nak2 yg ddk jauh.. selamat bertugas buat anak En.khairuddin... juahnya bertugas sampai ke Melbourne... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Rezekinya di sana. Doa agar Nassier berjaya dunia akhirat.

      Delete
  9. wah tempat yang idnah ya pak

    ReplyDelete
  10. Cantiknya suasana permandangan tu... terserlah suasana desa dan menyegarkan.. :)

    ReplyDelete
  11. cantik pemandangannya...selamat bertugas Dr Nassier..

    ReplyDelete
  12. Tahniah Dr Nassier!
    Saya dan keluarga merancang untuk membuat family gathering di Sahom, tapi malangnya semua tarikh dah fully booked oleh orang lain :C

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga tidak berputus asa. Boleh mencuba lagi. Mana tahu ada rezeki kelak.

      Delete
  13. Wah! Tak lama lagi mungkin dapat menantu ni MKL, mesti ramai yg berkenan, hehe...
    Tahniah dan selamat bertugas buat Dr Nassier!

    ReplyDelete
  14. lepas ni blh kerap ke melbourne jalan2 mkn angin sambil jenguk anak ...

    ReplyDelete