Tuesday, 17 May 2016

Aksi Extravaganza Peluncur Air di Pantai Bukit Kluang

Besut Terengganu

Teman berasa sungguh bertuah kerana dapat menyaksikan Sang Peluncur Air beraksi di tepi pantai pada waktu senja. Deme berlatih meluncur di atas air sambil memegang semburan api. Begitu terhibur hati di saat-saat mentari melaburkan diri. 


Di manakah letaknya Pantai Bukit Kluang ? Pantai Bukit Kluang adalah terletak di Kampung Bukti Kluang, Besut, kira-kira 4 km dari Pekan Kuala Besut.. Pantai ini adalah lebih kurang 4-5 km dari Pantai Air Tawar. Pantai ini adalah kira-kira 125 km dari kuala Terengganu, 60 km dari Kota Bharu dan 21 km dari Jertih. Ada entri sebelum ini, tentang Pantai Bukit Kluang. 


 Buat pertama kali, teman menyaksikan aksi sebegini.

 Ramai juga yang menonton di waktu senja sebegini.

 Masing-masing menunggu giliran untuk beraksi di gigi pantai.

 Pemuda-pemuda itu memberi sokongan yang tidak berbelah bagi antara satu sama lain.

 Begitu indahnya malam di senja kala.

 Bersungguh-sungguh sang pemuda bermain luncur air.

 Sang pemuda menarik luncur untuk ke pantai.

 Giliran pemuda lain beraksi meluncur di Pantai Bukit Kluang. 

Sesi Aksi Extravaganza Sang Peluncur Air.

16 comments:

  1. SS cuci mata... Seksi... Keh Keh Keh..

    ReplyDelete
  2. Wow meriah... seronoknya... :)

    ReplyDelete
  3. uiii first time tau ni...

    ReplyDelete
  4. Skali baca mula2 ingatkan Bukit Kluang nie kat Kluang Johor tapi rupanya kat Besut terengganu..hehehe..Stylo gak dorang bermain2 dengan api tu...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. perhh dgn view mcm ni klau shoot moment memang menarik !

    ReplyDelete
  6. Cantiknya pemandangan waktu senja..tk pernah pun tengok keadaan ini..seronoknya..

    ReplyDelete
  7. menarik....dan cantik untuk dirakam....

    dah lama simpan camera...

    ReplyDelete
  8. oo macam ni ke gaya hang ten. kat Malaysia macam jarang kan nampak org surfing

    ReplyDelete
  9. wahh! saya tak pernah tak kagum dengan gambar yang MKL snap
    cantik betul!
    anyway siapa sangka di malaysia pun ada aktiviti begini
    nice sharing =)

    ReplyDelete
  10. bestnya..view senja plak tu ptg..

    ReplyDelete
  11. menarik.... bukan selalu dapat tengok pertunjukan api sebegitu...

    ReplyDelete
  12. wow..terkesima tgk bunga api yg semeriah sebegitu
    lip lap..

    ReplyDelete
  13. cantik! aksi waktu senja? ERK!! dh solat ke semua nya huhuhu

    ReplyDelete