Monday 23 May 2016

Gadis Melayu di Lata Makau

Kembara UPSI Staff Adventure Club (U-STAC)

UPSI Staff Adventure Club (U-STAC)  telah hiking ke Lata Macau (Sungai Luit), Kuala Kubu Bharu, Selangor buat pertama kalinya. Jelajah ini telah berlangsung pada 21 Mei 2016. Diketuai oleh Tuan Presiden sendiri, Tuan Abd Ghani Mansor.

Bagaimana hendak ke Lata Macau?

Air Terjun Lata Macau adalah terletak di Kg Pertak, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Ia terletak dalam perkampungan orang asli moden. Anda perlu ke Kg Pertak. Anda perlu bayar RM1.00 satu kepala kepada Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung Pertak untuk masuk ke situ. Anda boleh park kereta di tempat letak kereta. Sekiranya penuh, boleh letak di kiri kanan bahu jalan sebelum sampai ke Jambatan Gantung. 

Anda perlu mengharungi dua Jambatan Jantung terlebih dahulu sebelum masuk ke persimpangan ke destinasi masing-masing.  Selepas jambatan gantung kedua, anda akan berjumpa dengan simpang trek. Simpang trek itu sama ada menghala ke Lata Macau atau Medang dan Ke Bukit Kutu. Simpang ke kiri anda akan menghala ke Lata Macau dan Medang. Simpang ke Kanan anda akan menghala ke Bukit Kutu. Anda perlu ambil simpang ke kiri yang menghala ke  Lata Macau dan Medang. Anda dikehendaki berjalan terus ke depan sehingga jumpa satu lagi simpang trek sama ada ke Lata Macau dan Lata Medang. Ambil simpang ke kiri. Simpang Kiri menghala ke Lata Macau. Simpang Kanan menghala ke Lata Medang. Ikut trek ini sampai ke Lata Macau. Trek ini agak sukar berbanding dengan bahagian sebelumnya. Anda perlu melalui sungai dan batu-batan. Bersedia untuk basah. Bawa bag kalis air. Berhati-hati dengan bahan-bahan eletronik. Berhati-hati terutama di musim hujan kerana takut kejadian kepala air. Malang tidak berbau. Ibarat kata,'Sediakan payung sebelum hujan". 

Apa kata Pn.Marina Awang Ahmad tentang kejayaan meneroka Lata Makau buat pertama kali tanpa guide : 


"Alhamdulillah, tambah koleksi UPSI Staff  Adventure Club (U-STAC) hari ni.. Pendakian ke Lata Makau di KKB bermula jam 9.30am & tiba di lokasi jam 12.30pm..walau dengan hujan renyai & tiada guide, cabaran tetap ditempuhi dengan jayanya. Memperolehi  pengalaman yang  berbeza & menyeronokkan."

Maka bermulalah kisah Hang Tuah dan Tun Teja dalam misi untuk memenuhi hasrat Sultan Melaka. Hayatilah lagu kisah Hang Tuah dan Tun Teja kegemaran Tuan hamba, Kaki Travel Khairuddin.






Hang Tuah telah berjaya mengharungi dan melepasi Jambatan Kedua untuk mencari Tun Teja 

Hang Tuah telah berusaha untuk kembali ke Melaka. Hang Tuah ingin memperhambakan dirinya kepada Raja Melaka agar kesalahannya diampunkan.Raja Melaka ingin beristerikan Tun Teja, maka Hang Tuah telah berusaha ingin membawa Tun Teja ke Melaka untuk dipersembahkan kepada Raja Melaka.  

Terdapat beberapa peristiwa penting dalam usaha Hang Tuah hendak melarikan Tun Teja ke Melaka  iaitu :

1. Hang Tuah menyampaikan hasrat hatinya kepada Tun Teja melalui inangnya.
2. Hang Tuah menyuruh inang mencalit ilmu pengasih pada tempat duduk Tun Teja.
3. Tiba-tiba Tun Teja berasa rindu terhadap inang tua itu dan Hang Tuah.
4. Hang Tuah ingin ke Melaka selama 3 hari dan Tun Teja berasa sedih.
5. Hang Tuah mengajak Tun Teja dan inang tua itu pergi ke Melaka. Akhirnya, mereka bersetuju.
6. Pemergian Tun Teja tidak diketahui oleh orang tuanya.  
7. Raja Inderapura marah kerana Hang Tuah melarikan anak Bendahara lalu dikejar mereka.
8. Sebaik tiba di Melaka, Raja Melaka sangat gembira lalu memeluk Hang Tuah.
9. Tun Teja menangis kerana dirinya akan dikahwinkan dengan Raja Melaka bukannya Hang Tuah.
10.Hang Tuah memberi sejenis sirih kepada Tun Teja supaya membenci dirinya dan suka kepada Raja Melaka.   


Apa yang dipandang oleh  Hang Tuah dan kawan-kawannya ?


Ini adalah penanda aras ke Lata Macau, BMW.
   
Hang Tuah dan kawan-kawan telah sampai ke Lata Macau.

Maka bertemulah Hang Tuah dan Tun Teja. Hang Tuah telah mencalit ilmu pengasih kepada Tun Teja. Tun Teja telah  bersetuju pergi ke Melaka tanpa pengetahuan ibu bapanya. 

Ini wajah-wajah gadis Melayu yang ayu-ayu belaka di Lata Macau.

Hang Tuah bersalam dengan sahabatnya kerana telah berjaya memperdayakan Tun Teja untuk dibawa ke Melaka untuk dipersembahkan kepada Sultan Melaka.

Siapa bilang jejaka Melayu
Siapa bilang gadis Melayu
Tak menawan
Tak menarik hati
Tak memikat hati

Senyuman mereka manis
Hitam pekat rambutnya
Budi bahasanya
Pandangan matanya
Sentuhan jiwa mereka 
Membuat semua terlena

Wajah Ayu Gadis Melayu, Tun Teja
Wajah kacak Jejaka Melayu, Hang Tuah.

Sekian, Sehingga ketemu lagi. Bagai itik beransur pulang di petang hari. Kita berpisah untuk bertemu. Bukan bertemu untuk berpisah. Maaf silap dan salah Kaki Travel Khairuddin. Wassalam. Wa'allahhualam.

15 comments:

  1. Wah! Tuanhamba punya gaya bahasa dan penyampaian yang sangat menarik, terhibur hati membaca sambil mendengar lagu. Terbuai rasa hati melawat ke blog ini!😍

    ReplyDelete
  2. Wah! Tuanhamba punya gaya bahasa dan penyampaian yang sangat menarik, terhibur hati membaca sambil mendengar lagu. Terbuai rasa hati melawat ke blog ini!😍

    ReplyDelete
  3. Wahh terbaik... jadi nostalgia tu... menarik.

    Tuan, typo kot 'jambatan jantung' kat entri tu... jambatan gantung tu kan.. :)

    ReplyDelete
  4. berbaloi meredah hutan belantara, jambatan gantung, utk ke destinasi yg cantik begini...kesian tun teja....huhu..

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum... saudara khai,

    wah... menarik entry nie. Siap ada gadis melayu dan hang tuah gitu. tersenyum membaca nya..

    mselim3

    ReplyDelete
  6. ehhh ramainya tun teja...yang mana satu dilarikan hang tuah hehe

    ReplyDelete
  7. CANTIKNYA TUN TEJA BERMANDI MANDA DI LATA MENGHIBUR HATI LARA DIPERDAYA HANG TUAH DENI RAJA....SETIANYA WIRA MELAYU.

    ReplyDelete
  8. menarik entry ni.rasa macam baca hikayat pulak..gigih bawak baju kurung, posing di air terjun.tahniah!hehe

    ReplyDelete
  9. Masya Allah...

    Comel nya entri ni...

    Dok baca berkali kali ni... hihihi

    ReplyDelete
  10. ingatkan puteri gunung ledang

    ReplyDelete